Assalamualaikum..
Firman Allah swt:-
"Hari manusia menjadi seumpama kelkatu yang berkeliaran." - (Al Qariah : 4)
Satu petikan dari Al Quran yang mulia. Bahawa manusia disaat tibanya kiamat. Hilanglah arah tujuan mereka. Hilanglah segala kecerdasan akal. Hilanglah segala kesihatan tubuh badan. Bergelumanglah ia seperti kelkatu merebut cahaya.
Dalam konteks kehidupan mereka yang mencari ilmu dan amal. Akan tiba saat dan ketika mereka menemui titik titik cahaya. Titik cahaya yang dirasakan ia adalah kebenaran hakiki yang dicari. Bagi mereka yang sentiasa mencari kelebihan diri. Tanpa ada ikhlas sejati. Tika inilah ghalibnya mereka akan terjerumus ke lembah yang hina. Kerana titik cahaya itu bukanlah cahaya yang hakiki. Melainkan hanya satu kepalsuan yang menyesatkan. Merugikan dan menyakitkan.
Makanya, dalam menuntut ilmu. Jangan terlalu gelojoh untuk menjadi guru. Dalam beramal, jangan gelojoh untuk ke puncak. Tenang dan rasailah kenikmatan ilmu dan amal. Wallahualam
Tok Bah
23 Ramadhan 1438
No comments:
Post a Comment