Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TERAS PAHLAWAN MERAH
(SIMPANAN KHAS)
Satu simpanan kesayangan Tok Bah. Teras berbuku. Sekali imbas seperti kepala kapal. Dari sudut sisi. Terkilas seperti kalimah tauhid.
Yang lebih unik. Didalamnya terdapat amber pokok. Amber atau getah pokok kebiasaannya berada diluar sisi pokok. Namun, milikan Tok Bah ini ambernya berada di dalam. Malahan di dalam teras. Keunikan ciptaan Ilahi yang amat jarang ditemui. Mustahil bagi teras mengeluarkan amber atau getah. Namun inilah suatu hakikat yang perlu direnung dan difikirkan.
Teras Pahlawan Merah amat terkenal pada suatu ketika dahulu. Terutama dipakai guna oleh pendekar dan pahlawan. Dek kerana kesukaran menemuinya. Ditambah lagi ramai yang tidak mengenalnya. Titipan zaman ini bagaikan dikambus sepi dari kaedah pemakaian diri.
Teras Pahlawan Merah membawa resam penggerun, cah ligah (cepat ligat), pembisa, keras semangat, tahan urat, pembabas dan pendinding. Demikian perihalnya yang didapati dari segelintir tinggalan terdahulu.
Tok Bah membuka ruang bagi sahabat2 yang berminat untuk menempah permata dari teras sulit ini. Insyaallah
*Komen pm tidak akan dilayan. Silakan pm atau whatsapp Tok Bah terlebih dahulu. Terima kasih.
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment