Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
MAKLUMAN
Untuk kesekian kalinya makluman sama di'refresh'kan. Terutama buat sahabat2 yang baru hendak berjinak dengan Tok Bah.
Pertama. Minimakan membuat panggilan telefon. Seharian Tok Bah boleh dikatakan amat sibuk. Hingga teramat jarang untuk menjawab panggilan. Bagi sahabat yang ingin bertanyakan sesuatu item, bolehlah kiranya berhubung melalui whatsapp atau messenger.
Kedua. Berkenaan tempahan. Tempahan sahabat akan dilakukan SETELAH PEMBAYARAN. Tujuh hari masa dipasak sebagai persiapan. Jika awal akan dimaklumkan. Jika terlewat juga akan dimaklumkan. Tiada istilah 'buat dahulu, bayar kemudian'. Melainkan sahabat2 yang mencukupi syarat. (Penilaian Tok Bah. Tidak usah bertanya apa syaratnya.)
Ketiga. Berkenaan janji. Beberapa nama telah pun berada didalam list pemerhatian. Yang mana hari demi hari berjanji. Minggu berganti minggu. Malahan ada yang telah memakan masa berbulan lamanya. Kononnya ingin menebus sesuatu item/membuat tempahan. Hingga ada sebahagiannya terus mendiamkan diri. Tanpa ada jawapan jadi atau tidak. Golongan ini akan diblock dalam masa terdekat bagi melancarkan aliran 'trafik'.
Terakhir. Berkenaan penerangan. Penerangan berkenaan sesuatu item telah didetailkan disetiap post Tok Bah. Maka, tidak perlulah kiranya bertanyakan soalan yang sama berulang kali. Tok Bah yakin sahabat sekalian bukanlah dari kalangan buta huruf dan cetek akal. Semuanya dari kalangan hebat2 dan bijakpandai.
Sekadar ini sahaja setakat ini. Bagi sahabat2 yang berterusan merapatkan silaturrahim. Tok Bah mengucapkan jutaan terima kasih. Mungkin akan dipertimbangkan untuk memberikan saguhati2 yang lebih istimewa pada kalian. Insyaallah
Wassalam
Tok Bah
11/10/2016
No comments:
Post a Comment