Thursday, October 13, 2016

JALAN KEHIDUPAN (14)

Assalamualaikum diucap kata,
Selamat sejahtera mengiringi pula,
Satu perkongsian ingin dinyata,
Mendekatlah wahai sahabat semua

Beramal kita biarlah berilmu,
Berkata kita biarlah beradab,
Jangan diikut hawa nafsumu,
Kelak merana ditimpa azab

Jeruk kangkung mamei berduri,
Anak ikan dalam lopak,
Tinggal kampung tinggallah negeri,
Air mata berlenang di tapak

Tiga bulan rejam dihutan,
Orang kata mati hilang,
Terputus hubungan airmata berlinang,
Gagah kerana semangat hutan

Merantau jauh diusia muda,
Menimba ilmu segenap cara,
Kusangka akhirku di tanah bermuda,
Rupanya pulang paruh keriba

Walau jauh kaki melangkah,
Tidak sekali si tua dilangkah,
Dijaga adab penuh berhemah,
Menanti kunjungan penuh hikmah

Ilmu ditimba setinggi gunung,
Hikmah pula tidak berpenghujung,
Merendah diri langit dijunjung,
Sesekali jangan celaka diharung

Tok Bah
12/10/2016

No comments:

Post a Comment