Monday, October 31, 2016

FOSIL SULUR BERTAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

FOSIL SULUR BERTAM / SULUH BERTAM

Sulur bertam mempunyai daya kelasnya yang tersendiri didalam golongan 'pembisa'. Umum mengetahui khasiatnya sulur bertam.

Tidak seperti golongan pembisa lainnya. Sulur bertam mengikut pengajian Tok Bah, merupakan satu item pembisa yang tidak mengenal tuan. Makanya, penanggung atau pemakainya haruslah berhati2 ketika mengenakannya. Terutamanya jika dibuat cincin, maka hendaklah telapak ia tidak dikenakan pada kulit si pemakai.

Pun perihalnya sulur bertam ini. Tatkala binatang2 yang bergayutan melewatinya. Akan dipatah2kan pucuk dan pohonnya. Kerana dikhuatiri akannya ia tersental pada tubuh mereka. Yang mana jika tersental, maka bawa umurlah akannya binatang.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan untuk item ini buat sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Sunday, October 30, 2016

BUJANG GALAK / PINANG PUTERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BUJANG GALAK / PINANG PUTERI

Adahal halnya bujang galak ini. Akan namanya juga sebagai pinang puteri. Mempunyai kelas tersendiri dari kalangan kelas pembisa. Uniknya ia dari pelbagai segi. Maka halnya khasiat.

Utamanya ia merebahkan  ilmu yang songsang. Menjatuh ia tabir pendinding seteru madu. Hingga terbuka ia kelemahan seteru.

Dikata orang pembisa terulung. Kebal tiadalah kebal akan bisanya. Tahan tiadalah tahan akan bisanya. Bahkan ia khasiatnya pengasih. Mengunci kasih dalam lingkaran. Tiadalah membawa keluar garisan.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk menempah Bujang Galak Pinang Puteri ini. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Friday, October 28, 2016

JALAN KEHIDUPAN (16)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SEKADAR PERKONGSIAN

Hanya sebiji batu jalanan,
Datangnya dari orang ketuhanan,
Diambil berkat serta pedoman,
Dijadikan ia sebagai pakaian

Tok Bah
28/10/2016

Wednesday, October 26, 2016

BATU PETIR PUTIH (LINTAR KAPAK PUTIH)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BATU PETIR PUTIH (LINTAR KAPAK PUTIH)

Batu Petir Putih atau Lintar Kapak Putih atau Lintar Api Biru. Adalah ia item yang sama. Hanyalah panggilan yang berbeza. Adapun Lintar Kapak Putih ini. Tidaklah isi dagingnya berwarna putih. Melainkan ia kelabu kehitaman. Inilah satu keistimewaan yang tidak ada pada batu lintar jenis yang lain.

Adapun leluhur terdahulu menurunkan. Akan mujarab ia pada perjalanan. Akan khasiat ia atas manusia. Padanya beberapa sukuan ilmu. Yang berlapik atas beberapa cabang.

Bahawa ia Batu Petir, membisa akannya penanggung. Membisa segala amal yang dibawa, mahupun membisa akan gerak langkah. Dan ia membawalah adat penunduk dan penggerun. Hingga jika ditanggung ia atas orang yang disihir. Tawarlah ia sihir. Ditanggung atasnya orang kerasukan. Sembuh ia kerasukan.

Adapun diambil dari sifatnya itu, tidaklah mendekat gangguan halus yang berniat jahat. Melainkan menjauhlah ia pada sekira kira pandangan.

Telah dirujuk padanya orang2 yang arif. Barangsiapa yang beramal ia, ditanggung pada mereka batu petir. Sekilat kilat ia masak amalan. Utama baginya orang yang dikata 'lembap'. Demikian itu pedoman.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk menempah permata Lintar Kapak Putih ini. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Monday, October 24, 2016

HIKAYAT KEDEWATAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

HIKAYAT KEDEWATAAN

Semar nama diberi titih,
Raja Serama diasuh dilatih,
Lahirnya ia dari sisi yang putih,
Sakti ia menuruni sepih

Diwajah akannya dalam kandungan,
Agar selamat dari kecelakaan,
Duduk ia penuh keamanan,
Bersiaga amanah sebelum keberangkatan

Heiii....Pengasuh!
Diundang kamu agar disuruh,
Dilindung penjaga dihentak musuh,
Tidak sekali daulat diruntuh

Tok Bah
24/10/2016

Saturday, October 22, 2016

BERKENAAN TANDUK RUSA PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BERKENAAN TANDUK RUSA PUTIH

Ini sebagai sebuah perkongsian buat sahabat2 Tok Bah yang dihormati.

Dikalangan sahabat2 Tok Bah, ada yang mencerca dan menafikan item ini. Semoga bersifat lebih terbuka pada kali ini. Jika tidak mengenal. Berdiam diri itu lebih indah. Jika pengajian kalian hanyalah melalui pencarian google. Dan dirujuk pula pada tok guru kalian yang 'konon'nya serba tahu. Dan nak tunjuk diri terlalu pandai. Sila jangan berurusan dengan Tok Bah. Tok Bah tidak berminat.

Gambar yang ditunjukkan adalah dua tanduk rusa. Iaitu tanduk rusa biasa. Dan tanduk rusa putih di sebelah kiri. Nilaikan sendiri bezanya.

Dua gambar akhir adalah kedua2 belah tanduk rusa putih milikan Tok Bah.

Ditegaskan juga disini. Jika ada sahabat2 yang berminat untuk memilikinya. Tok Bah hanya membuka ruang untuk dijadikan permata sahaja. Tidak usah tanyalah berapa harga untuk keseluruhannya. Duit BR1M kalian pun tak cukup untuk menampung kosnya.

Sekadar ini sahaja dulu. Tok Bah memohon kemaafan andai terkasar bahasa dikali ini. Bagi yang ingin meminangnya sebagai permata. Dipersilakan. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com