Wednesday, December 10, 2025

GOBEK BUTA TUKU JERANG

 GOBEK BUTA KETANDAAN TUKU JERAM


Tuku Jeram pada ghalibnya berketandaan hanya pada bilah Keris. Apakala ini ketandaan menyongsanglah akan adatnya diatas Gobek Buta. Maka disitulah suatu bawaan pengisahan dari ilmu Melayu yang tersembunyi.


Ketandaan Tuku Jerang membawa maksud 'rezeki yang terhidang' dalam apa jua keadaan dan ketika. Segala apa yang terkait dengan Tuku Jerang ini mengikut adat istiadat lama Melayu, hanya dibawa tikamana dalam peperangan atau dalam permusafiran. Yang padakala dulu itu tidaklah seperti hari ini yakni mudahnya dalam mengatur rezeki perut di sepanjang perjalanan.


Dari pengisahan orang lama, Tuku Jerang menjadi suatu asbab akan datangnya rezeki. Mudah hadirnya. Tiadalah bersusah atasnya.


Maka diatas perihal Gobek Buta Tuku Jerang pula akan ia pengisahannya itu. Menjadilah keutamaan bagi para pedagang dahulukala. Sebagai suatu azimat dalam melindungi diri dan juga pemudah rezeki.


Ibarat pada kata


Rezeki yang datang tidak dipinta,

Rezeki yang tiba tidak pula dicari,

Hadir rezeki ketika hati berserah diri

Musuh ditiup jauh dari diri


Oleh demikian itu, Gobek Buta Tuku Jerang menjadi pegangan bagi pedagang. Tidaklah untuk menetak jasad. Hanya membuka likuan berhasad.


Dikata jua dari turunan bahawa tidaklah akan sunyi dari perbekalan bagi mereka yang menanggung ia akan seri tanda Tuku Jerang. Jika ke tanah orang tiadalah takut. Tatkala di tanah sendiri kukuhnya meratut. Demikianlah ilmu dikatakan takdir nan zahir dari pedoman.


Tiadalah pada tika ini dizahirkan akan penerangan Tuku Jerang sekukuh ini akan segala hikmat dan hikmah ketandaan. Maka ini yang pertama adanya pada kira-kira. Kerana Tuku Jerang bukanlah satu ilmu yang tertulis diatas kertas. Sahaya ia terkanun patrilah diatas jalan mereka yang telah melaluinya.


Whatsapp : 01137440313















No comments:

Post a Comment