Wednesday, December 24, 2025

TIGA SERI SERANGKAI

 TIGA SERI SERANGKAI


Ikatan pinggang Tiga Seri Serangkai pada kali ini dibawakan khas dengan kamilan Teras Sudu, Teras Remia dan Kayu Kilir Memerang.

Apakala disebut “Seri” maka adanya makna bagi jasadi. Yakni sebagai pembangkit aura diri, penaik semangat, penguat tenaga batin, pengukuh saraf serta lainnya khasiat yang diberi izin olehNya sebagai kurnia alamiah buat manusia.


Adapun Teras Sudu itu khasiatnya sebagai pendinding diri. Penenang gobar dalaman.


Teras Remia pula telah mujarab ke atas sahabat-sahabat pemahar sebelumnya dalam ikhtiar merawat gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan juga saka.


Manakala Kayu Kilir Memerang menjadi pengikat seri utama dalam menguatkan tenaga batin dan juga untuk saraf. Telah mujarab bagi mereka yang berurut akan urat tersimpul. Dengan direndamkan Kilir Memerang ini didalam minyak urut. Dan telah mujarab pula atas mereka yang menguatkan tenaga batin. Bahkan dari sandaran sahabat-sahabat pemahar telah diperkatakan sebilangannya yakni mengunci semangat agar tidak mudah rapuh. Serta menjaga daya tahan diri.


Maka terjalinlah ketiga-tiganya sebagai Tiga Seri Serangkai. Sebagai suatu ikhtiar tambahan atas tiap satunya. Dengan izinNya jualah.  


Pada kali ini dibawa ikatan boleh laras. Tarik sahaja untuk melaraskan saiz dikehendaki mengikut pingang masing-masing.


Whatsapp : 01137440313








Tuesday, December 16, 2025

BUNTAT HARIMAU

 BUNTAT HARIMAU


Buntat Harimau ini asalnya bukan sekadar perolehan zahir, tetapi limpahan batin hasil suluk panjang seorang guru tua yang menempuh jalan salik dengan sabar dan taat. Ia bukan diberi kepada yang meminta dan bukan pula jatuh kepada yang tamak. Melainkan diperturunkan kepada yang faham akan keilmuan ini dengan rezeki kefahaman yang benar sebenarnya. Agar tiadalah terbabas akan batas syariat dan hakikatnya pula.


Dalam kias ilmu tasawuf, Buntat Harimau ini diibaratkan nafsu yang telah dijinakkan. Harimau itu lambang qudrat dan kegagahan. Manakala buntatnya adalah simpulan akhir yang mengikat segala keseteruan diri. Maka ertinya itu kekuatan bukan untuk membinasakan, tetapi untuk menundukkan diri sebelum menundukkan yang lain. Barang siapa mengenal dirinya, maka gugurlah rasa takut musuh terhadapnya, kerana yang berdiri di hadapannya bukan lagi diri yang lemah. Akan tetapi insan yang bersandar sepenuhnya kepada Yang Maha Perkasa.


Khasiatnya sebagai penggerun musuh bukan kerana ia menakutkan pada rupa, tetapi kerana wibawa batin yang terpancar dari dalaman. Auranya. Musuh gentar bukan pada benda, tetapi pada cahaya yakin yang Allah tiupkan ke dalam dada hambaNya. Melalui wasilah alamiahNya pula. Inilah rahsia haybah dalam pengertian tasawuf, di mana kehadiran sesuatu kelebihan itu menjadi sandaran akan tilikan tiap anugerahNya.


Sebagai penunduk ilmu lawan, Buntat Harimau ini bukan melawan dengan lawan, tetapi memadam dengan tauhid. Ilmu yang berdiri atas hawa akan gugur bila bertemu ilmu yang berdiri atas reda. Seperti api yang padam oleh air, demikianlah ilmu batil hilang sinarannya apabila berhadapan dengan hati yang sentiasa menyebut “La hawla wa la quwwata illa billah”.


Sebagai penjauh dan pembabas marabahaya, ia seumpama perisai yang tidak kelihatan. 


Dalam adat Melayu lama ada kiasan yang berbunyi 


“Bukan besi yang menahan, tetapi doa yang menghalang."


Maka buntat ini menjadi asbab zahir, sedang hakikatnya perlindungan itu datang daripada Allah jua. Ia mengajar kita agar sentiasa berjaga, beradab, dan tidak mendahului takdir dengan kesombongan.


Inilah hikmah adat Melayu yang bersulam tasauf. Tiap suatu dijadikan sabit halaan diri kepada Ilahi. Mengikat yang liar dalam diri, menundukkan yang ganas dengan kasih Ilahi.


Whatsapp : 01137440313













GOBEK BUTA TOK CHAOK

Gobek Buta Tok Chaok. Rahsia manusia bersifat Muhammadi.


Didalam pemahaman Gobek Buta Tok Chaok, terdapat suatu ilmu yang digelar Manusia Bersifat Muhammadi.


Adapun Gobek Buta itu menurutnya adalah 'diri manusia' yang tertutup segala ilmu dan terbatas akan segala akalan melainkan yang diberi izin hanya pada kadar kemampuan makhluk.


Terbutalah akan insani melainkan mereka yang diberi izin mengetahui batasan-batasan yang sekira-kira izin akan lebihnya dari yang lain.


Adapun sifat-sifat Muhammadi itu bukanlah hakikat jasad, bukan pula milikan nafsu. Tetapi nur adab dan kesempurnaan akhlak yang dianugerahkan Allah kepada insan yang mengenal batas dirinya.


Dalam fahaman Gobek Buta Tok Chaok, sifat Muhammadi terzahir pada manusia melalui penyaksian dan bukan dakwaan. Melalui adab, bukan pengakuan.


Antaranya:


Siddiq pada hakikat

Benar bukan pada kata, tetapi pada hati. Tidak menipu diri sendiri dalam ibadah, niat dan amal. Apa yang disembahnya hanya Allah, apa yang diharapnya hanya redhaNya.


Amanah pada rasa

Amanah menjaga rahsia Ilahi dalam diri. Tidak menjual agama untuk dunia, tidak memperdagang ilmu untuk kemuliaan palsu.


Tabligh dengan laku

Menyampaikan kebenaran bukan dengan lidah semata, tetapi melalui akhlak, sabar, dan kasih. Diamnya memberi makna, bicaranya menyembuhkan jiwa.


Fathonah yang beradab

Bijaksana mengenal tempat diri. Tahu bila harus maju, tahu bila harus menyepi. Ilmunya menunduk, tidak meninggi.


Rahmah yang meliputi

Kasihnya tidak memilih. Bahkan pada yang menyakiti, masih ada doa dalam diam. Kerana ia melihat makhluk sebagai ciptaan, bukan musuh.


Tunduk pada Qadha’ dan Qadar

Tidak melawan takdir, tidak mempersoal ketentuan. Hatinya redha, lidahnya syukur, jasadnya beramal.


Fana pada kehambaan

Hilang rasa memiliki diri. Yang tinggal hanya rasa “aku hamba, Dia Tuhan”. Inilah puncak Gobek Buta. Buta daripada selain Allah.


Maka Manusia Bersifat Muhammadi bukanlah mereka yang mengaku sampai, akan tetapi mereka yang semakin kenal diri, semakin hilang diri.


Kerana selagi diri itu terlihat, selagi itulah hijab belum tersingkap.


Dan bila hijab terangkat dengan izinNya, yang tinggal hanyalah kehambaan diri. Diam yang penuh maknawi.


Whatsapp : 01137440313












Monday, December 15, 2025

PETUNG JIWA

 PETUNG JIWA


Petung Jiwa didalam tradisi masyarakat Melayu lama disebut sebagai Lesung Jiwa. Yakni yang terbentuklah ia secara alamiah tanpa campur tangan manusia.


Ilmu Petung Jiwa telah tertutup sekian dek zaman. Namun, diteruskan legasinya dari turunan demi turunan. Antara salah satu ilmu yang tidak terdapat mahupun tercatit didalam mana-mana manuskrip kuno.


Petung Jiwa dipersembahkan sebagai suatu medium penawar yang mujarab dan telah mujarab ia akan orang yang telah melaluinya. Pedoman menyatakan bahawa akan segala khasiatnya itu akan bahawa ledungannya itu menjadi sabit utama dan diatas hulunya itu akan geligalah ia jua.


Adapun telah zahirnya ia melalui 'jalan diri' bagi mereka yang telah melaluinya. Yang bukanlah hanya menjadi penawar semata. Namun hakikatnya itu jua mendatangilah akan ia kerezekian bagi orang yang menyimpannya. Dengan berpetunjuklah pula ia akan kehendak Petungannya itu akan beberapa petunjuk yang diperkatakan mendatang setelah 41 malam hendaknya atas amalannya pula. Adapun petunjuk ini akan yang beramallah pula. Dan bagi yang tidak memahukan akan amalannya, cukuplah pada kadar alaminya semata akan khasiat dan kelebihan lainnya yang terjadi pada kemudian harinya itu.


Whatsapp : 01137440313










KERIS AZIMAT ADAM HAWA

 KERIS AZIMAT ADAM HAWA LOK GENAP


Keris Azimat Adam Hawa merupakan keris pakaian sulit yang tidaklah samasekali dijadikan senjata pertikaman.


Pada zaman dahulu, empu besi bukan sekadar empu yang menempa besi semata-mata. Padanya itu jua ahli hikmah. Yang darinya pula terciptalah warisan hikmat yang dipenuhi nilai-nilai tersurat dan tersirat.


Keris Adam Hawa ini berbentuk seakan-akan 'sperm' lelaki. Yang pada hulunya pula seakan alat sulit lelaki dan ditengahnya persis alat sulit perempuan.


Keris Adam Hawa mempunyai motif yang jelas sebagai aluran pengasih dalam kaedah SELIT SULIT diri.


Menambahkan akan jalan hikmatnya itu akannya pulalah berlok genap. Yakni mempunya empat lok. Lok Genap yang secara umumnya diketahui akan pedomannya sebagai pembungkam dan penyekok besar bagi diri dalam menghadapi arus khianat dan iri makhluk.


Jaluran sungai jelas diatas bilahan. Suatu ketandaan akan kerezekian dan keindahan aliran yang tenang dari pucuk kepangkal.


Keris Adam Hawa juga diperkatakan merupakan diantara salah satu dari 'azimat penyatu' juga 'azimat pemikat' dan juga dikenali sebagai 'azimat penunduk cinta'. Akan bawaan hikmahnya sebagai keinginan jalan yang diredhai. Terutama dalam keharmonian kasih suami isteri. Penenang tikakala hubungan retak mahupun sebagai penarik lawan jenis.


Whatsapp : 01137440313










Wednesday, December 10, 2025

GOBEK BUTA TUKU JERANG

 GOBEK BUTA KETANDAAN TUKU JERAM


Tuku Jeram pada ghalibnya berketandaan hanya pada bilah Keris. Apakala ini ketandaan menyongsanglah akan adatnya diatas Gobek Buta. Maka disitulah suatu bawaan pengisahan dari ilmu Melayu yang tersembunyi.


Ketandaan Tuku Jerang membawa maksud 'rezeki yang terhidang' dalam apa jua keadaan dan ketika. Segala apa yang terkait dengan Tuku Jerang ini mengikut adat istiadat lama Melayu, hanya dibawa tikamana dalam peperangan atau dalam permusafiran. Yang padakala dulu itu tidaklah seperti hari ini yakni mudahnya dalam mengatur rezeki perut di sepanjang perjalanan.


Dari pengisahan orang lama, Tuku Jerang menjadi suatu asbab akan datangnya rezeki. Mudah hadirnya. Tiadalah bersusah atasnya.


Maka diatas perihal Gobek Buta Tuku Jerang pula akan ia pengisahannya itu. Menjadilah keutamaan bagi para pedagang dahulukala. Sebagai suatu azimat dalam melindungi diri dan juga pemudah rezeki.


Ibarat pada kata


Rezeki yang datang tidak dipinta,

Rezeki yang tiba tidak pula dicari,

Hadir rezeki ketika hati berserah diri

Musuh ditiup jauh dari diri


Oleh demikian itu, Gobek Buta Tuku Jerang menjadi pegangan bagi pedagang. Tidaklah untuk menetak jasad. Hanya membuka likuan berhasad.


Dikata jua dari turunan bahawa tidaklah akan sunyi dari perbekalan bagi mereka yang menanggung ia akan seri tanda Tuku Jerang. Jika ke tanah orang tiadalah takut. Tatkala di tanah sendiri kukuhnya meratut. Demikianlah ilmu dikatakan takdir nan zahir dari pedoman.


Tiadalah pada tika ini dizahirkan akan penerangan Tuku Jerang sekukuh ini akan segala hikmat dan hikmah ketandaan. Maka ini yang pertama adanya pada kira-kira. Kerana Tuku Jerang bukanlah satu ilmu yang tertulis diatas kertas. Sahaya ia terkanun patrilah diatas jalan mereka yang telah melaluinya.


Whatsapp : 01137440313