Tuesday, September 30, 2025

BESI LELEH (LEKAT MAGNET)

Besi Leleh (lekat magnet)adalah antara perhiasan alam yang tidak ternilai, menjadi buruan sejak turun-temurun. Seumpama rahsia yang tersembunyi di balik bumi, ia memendam kekuatan yang hanya terbuka bagi mereka yang arif menyingkap hikmahnya.

Sifatnya yang melekat pada magnet menjadikan ia berbeza daripada segala besi biasa. Ada getar halus yang mengalir padanya, seakan menghubungkan tubuh dengan denyut kekuatan semesta.

Dari turunan ilmu tua, Besi Leleh diyakini memiliki tampalan dan bekalan sifat:

Pelumpuh sihir, penawar bisa dan racun halus.

Pembisa serta penggerun, menundukkan yang angkara.

Pemagar diri dan benteng gaib, penyekat santau dan niat jahat yang tersembunyi.

Namun, sebesar mana pun rahsia yang dibawa besi ini, hakikatnya manusia tetap kembali pada amal dan pekerti. Ilmu tanpa adab adalah kosong, kekuatan tanpa iman adalah sia-sia.

Tasbih 33 dan Gelang Untuk dimaharkan 

Whatsapp :01137440313

#berpayungadatwarisankeramat

KULIT BEDUK PECAH & BENANG KISWAH

فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا اْلبَحْرَ كَمَا سَخَّرْتَ اْلبَحْرَ لِمُوْسَى وَسَخَّرْتَ النَّارَ لِاِبْرَاهِيْمَ وَسَخَّرْتَ اْلجِبَالَ وَاْلحَدِيْدَ لِدَاوُدَ وَسَخَّرْتَ الرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ وَاْلجِنَّ لِسُلَيْمَانَ


Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman


Kulit Beduk Pecah pada kali ini dibawa khas dengan rajahan khusus yang diambil daripada petikan doa agung dalam Hizib Bahar. Rajahan secara tembus diukir penuh adab, lalu diwajahkan secara khusus oleh guru tua yang mursyid. Setiap rajahan dan wajahan mengandungi rahsia doa, rahsia zikir, serta rahsia nafas keberkatan yang diturunkan dari silsilah amalan para ulama terdahulu.


Umum mengetahui Kulit Beduk Pecah sebagai alat pemanggil kerezekian. Namun ianya lebih dari itu.


Pemanggil Kerezekian.

Membuka jalan yang sempit, melembutkan hati para pemberi, serta melapangkan keberkatan rezeki.


Pemanggil Pengasihan. Menjadi daya tarikan yang lembut, meningkatkan kasih sayang sesama manusia, mengharmonikan rumah tangga serta persaudaraan.


Pemanggil Pertolongan Ghaib. Menjadi sandaran doa ketika berhadapan dengan sesuatu yang mustahil di mata manusia, agar hadir pertolongan Allah seperti api memamah sekam. Cepat, deras dan tidak dapat berhalangan.


Tambahan pula akannya itu hikmah doa Hizib Bahar yang terukir padanga. Hizib ini diketahui para Arif Billah sebagai himpunan doa yang menghimpunkan rahsia para Nabi:


Nabi Musa a.s. dengan laut yang terbelah.


Nabi Ibrahim a.s. dengan api yang menjadi sejuk.


Nabi Daud a.s. dengan bukit dan besi yang tunduk pada Baginda a.s.


Nabi Sulaiman a.s. dengan jin, syaitan dan angin yang patuh.


Semua peristiwa itu adalah tanda kekuasaan Allah yang tiada batas. Maka doa ini diijazahkan terus kepada setiap pemahar. Dijadikan rajahan khusus ini sebagai peneman diri setiap masa.


Lebih daripada itu, ia turut dikepilkan bersama helaian Kiswah Kaabah dan Kiswah Rasulullah ﷺ, sebagai tanda penghormatan dan tambahan keberkatan. Sampingan diri yang membawa aura kesucian, keberkatan dan kemuliaan.


Adapun wajahannya yang diijazahkan guru tua adalah doa khusus yang berfungsi sebagai wajahan pemanis diri dan peningkat wibawa. Serasalah akan penanggungnya itu akan karisma yang berwibawa, disukai manusia serta dihormati lawan dan kawan.

01137440213 : Berminat Whattsap 


Monday, September 29, 2025

ILMU NAFAS MELAYU

Pemahaman Ilmu Nafas Melayu

Orang Melayu dahulukala melihat nafas sebagai suatu rahsia. Tanpa nafas, tiada tenaga, tiada gerak dan tiada nyawa. 

Maka para hukama membahagikan peringkat-peringkat dalam kaedah ilmu pernafasan.

IBADAH
Tiap bait doa, zikir, bahkan solat itu sendiri dituntut supaya hadir bersama kawalan nafas. Nafas wakaf. Nafas sabdu. Nafas dengung. 

PERSILATAN
Nafas menjadi kekuatan pukulan, ketahanan tubuh dan kelincahan gerak. Nafas pengeras kulit. Nafas pemberat pukulan. Nafas menahan serangan.

PERUBATAN
Antara yang umum mengetahui adalah nafas yang disertai doa menjadi medium bagi meguatkan tempaan rawatan kepada pesakit.


Adapun pula Jenis-Jenis Amalan Nafas

NAFAS ROHANI
Nafas digunakan untuk menghidupkan hati dengan zikrullah.

Menarik nafas perlahan sambil menyebut “Allah” dalam hati. Membayangkan kalimah suci tersebut menyucikan tubuh zahir dan batin. Dihayati makna keagunganNya, kemudian menghembus perlahan sambil menyebut “Hu”. Dengan niat dikeluarkan segala kotoran dalaman diri dari tubuh zahir dan batin.

Amalan ini menenangkan hati, menghalau was-was, dan mendekatkan diri kepada Allah.

NAFAS BADANIUN
Nafas Badaniun atau Nafas Jasmani menjadi asas ilmu tahan pukul, tenaga dalam dan kelincahan.

Berdiri dengan sempurna (siaga) dan tariklah nafas sekeras mungkin dan menahannya di bahagian perut (pusat), kemudian melepaskan nafas ketika membuat serangan. Pukulan menjadi lebih padu dan berisi.

Demikian juga kaedah "menyimpan nafas" untuk meningkatkan daya tahan tubuh, contohnya tahan dipukul atau berjalan jauh tanpa penat.

NAFAS AURA (PERUBATAN)

Biasanya nafas aura ini halus sedutannya. Panjang masa tarikannya. Dan lama daya tahannya. Namun, sekilat petir pulalah hembusannya.

Simpulan keyakinannya adalah hembusan nafas itu membawa doa dan ikhtiar perubatan.

Amalan Asas Ilmu Nafas Melayu

Amalan Tenang Jiwa (Zikir Nafas)

Duduklah dalam kedudukan Bunga Teratai. Tenang. Pejamkan mata.

Tarik nafas perlahan-lahan sambil menyebut

لاَ إِلَ 

'Tiada Tuhan' dan tahan akan ia nafas sebentar. Hayati benar benar kalimah demi kalimah. Hembus perlahan. 

Peringkat ini dinafikan akan segala wujud.

Kemudian tarik kembali nafas perlahan sambil menyebut
 هَ إِلَّاالله
'Melainkan Allah'. Maka disaat ini pula adalah pengisian rohani yang sebesar-besarnya. Bayangkan kalimah 'الله' mengalir didalam tubuh. Menyucikan salur-salir darah, hati, jantung dan segala batin diri. Sinarilah dalaman jiwa dengan kalimah Agung ini. Hembus perlahan. Bayangkan kalimah ini mengeluarkan segala kotoran batin dari jasad kita. 

Ulangilah sehingga perut merasa ketat dan mampat. Apakala telah ketat dan mampat akan ia. Maka disaat itu diri akan merasai suatu kekuatan dalaman yang belum pernah dirasai.

Kesimpulannya, Ilmu Nafas Melayu adalah warisan turun-temurun yang memenuhi kehendak tenaga, jiwa, dan doa. 

Demikianlah kebijaksanaan nenek moyang kita dalam menyusun kaedah. Yang bukan hanya sesuai dizaman mereka sahaja. Bahkan sangat-sangat berguna dizaman yang penuh tekanan dan cabaran sepertimana hari ini.

Sunday, September 28, 2025

GABUNGAN TERAS ISTIMEWA

Teras Gemunggal Pulau, Teras Pahlawan & Teras Bujang Galak

Tiga teras istimewa yang digabungkan dalam satu edisi khas.

Rahsia warisan alamiah yang menyimpan seribu hikmah. Tidaklah sia-sia diciptakan sesuatu. Mustahil tanpa sebarang asbab dari titisan kebesaran Ilahi.
Tiga Pembisa sebagai benteng zahir dan batin, menangkis segala niat jahat yang tersembunyi.

Tiga Penunduk asbab ikhtiar menundukkan musuh, meredakan amarah, melembutkan hati yang keras.

Tiga Pengasih sebagai sarana penarik kasih sayang, memupuk keharmonian dalam pergaulan, mempererat hubungan.

Tiga Pelumpuh Sihir dan Pukau. Menjadi perisai diri daripada ilmu hitam, menangkis sihir pukau. 

Tiga teras terpilih yang telah dirajah dan diwajahkan dengan titihan ilmu guru tua.

Whatsapp PM 01137440313
#berpayungadatwarisankeramat