Larak Salah Jantan + Teras Larak Jantan + Larak Salah Betina.
Kamilan versi Larak ni ada kisah tersendiri. Berkenaan seorang sahabat pemahar yang memakai cincin gabungan tiga serangkai ini ketika isterinya ingin melahirkan anak kelima.
Puas teran puas pusing kiri kanan. Anak tak keluar. Kain kuning kejap ikat kejap lepas. Kejap balut kepala. Kejap sendeng ke perut. Tak keluar juga. Sampailah sahabat ini teringat pada kemungkinan Larak yang memainkan peranan. Selangkah sang suami melangkah keluar dewan persalinan. Terus meluncur laju sang anak gelungsur keluar dengan mudahnya. Pegang pada sabit. Jangan kejat membabi buta.
Sememangnya ada beberapa perkara yang turunan leluhur menghalang dari kita bawa semasa isteri hendak bersalin. Antaranya larak salah atau teras larak. Kelapa buta, cekati buta, gobek buta, teras sireh alun, ranting secekak, batu petir dan ada lagi yang lainnya.
Kerana khuatir bertemu duduk hari meragamnya. Bahasa mudahnya. 'Dia' nak tunjuk dia ada dan dia berasbab atas berlaku kejadian.
Whatsapp : 0189010623
No comments:
Post a Comment