Monday, May 1, 2023

KERASAN BERDURI

 Didalam karunia ulama yang juga hulubalang iaitu Tok Janggut di dalam kitab amalan Senjata Sulit. Maka dinyatalah akan keberadaan Timah sebagainya senjata. Yang dinyatakan dalam amalan itu antara petikannya


"Timah datang, timah kunanti."


Sahaya demikian itu Timah menjadi suatu pa'alan senjata dalam kaedah Melayu Tua. Samada berat dan nyatanya ia mahupun ringan dan halusnya ia. Maka tetaplah padanya itu senjata.


Apakala termaktublah persenjataan maka balikannya pulalah sebagai bawaan. Pakaian diri bagi leluhur lama. Tertakluk pulalah pasalnya itu pasakan ibu rumah. Pengibu baginya pada empat tapak penjuru. Yang pada semolek adanya sebelum naiknya tiang rumah. Adapun yang telah berada akan segala tiang dinding serta atapnya. Maka tetap jualah pada empat penjuru. Moleknya dan padannya sebagai pendinding serta pemagar rumah dari segala kegusaran dan kecelakaan. 


Sandaran atas bawaan diri pula pada kebiasaannya sebagai ikatan pingang atau gantungan loket. Dimasa ini serta dizaman ini seringan bawaan pada diri itu diikat pada rantai kunci.


Bahawanya Timah ini digelar akannya Kerasan Berduri. Yang mana ianya telah dirajah dengan amalan. Yang tetapnya tika ini dari awalannya itu rajahan perang, rajahan pendinding, rajahan senjata fakir dan rajahan semilir sakti. Rajahan berhikmat dari amalan leluhur. 


Kata leluhur tua


"Di zaman kamu (kita), hendak beramal terhadnya masa. Maka carilah wasilah alam yang mampu ditumpangi."


Whatsapp : 0189010623















No comments:

Post a Comment