Friday, May 26, 2023

BESI 7 PA

 Whatsapp : 0189010623












Tuesday, May 23, 2023

WANGIAN HABIB BAHARU

 Wangian Habib pada awalannya dijangka tidak diteruskan pengeluarannya sejak November lalu. Namun hari ini kembali semula dengan wajah baharu. 


Baunya lebih manis dan lebih harum serta lebih lembut dari yang sebelumnya. Pagi pakai, petang masih ada bau. Baunya Tok Bah tidak nafi. Ada ke arah romantik gitu. Agak selesa bagi hidung yang cerewet seperti hidung Tok Bah. 


Harga masih sama seperti dahulu. RM20 sebotol tidak termasuk postage. Lima botol baru kita bagi free pos. 


Whatsapp : 0189010623 








Friday, May 19, 2023

LAM JALALAH SIMPULAN 8

 Tanduk Kijang Emas Luruh. Pahatan Lam Jalalah Simpulan Lapan. Lam Jalalah Simpulan Lapan merupakan salah satu dari turunan ilmu tua Tanah Melayi. Yakni ilmu hari bertujuh dan hari kelapan. 


Hari Bertujuh merupakan harian biasa yang kita lalui. Tujuh hari kitaran dilindungi dalam kalamnya Lam Jalalah. Baik urusan apa jua sekalipun. Insyaallah


Adapun pada itu Hari Kelapan akannya hari keberangkatan yang tiap manusia akan lalui. Hari Kelapan merupakan hari rahsia yang tidak diketahui oleh mana-mana manusia. Yakni Hari Kematian. Maka dengan izinNya terlindung jualah akan hari keberangkatan itu dari ujian yang memisahkan tarafan hamba dan Pencipta. Dengannya itu sabit pada pengakhiran jalan cerita hidup dengan sebaiknya. Asbab lindungan kalimah Lam Jalalah.


Demikian sedikit dari petikan dan kutipan permata cahaya ilmu leluhur. 


Whatsapp : 0189010623










Thursday, May 18, 2023

MUHAMMAD BERJUANG

 Muhammad itu zahir,

Asbab dari semuanya terlahir,

Muhammad itu batin,

Darinya terwujud apa yang diingin


Muhammad itu satu perjuangan,

Pelindung dalam kedukaan,

Pendinding saat kehancuran,

Pembimbing tika kebangkitan


Muhammad itu pengisahan,

Darinya tertulis kalam pengisian,

Kerananya wujudnya perwatakan,

Syurga dan neraka bagaikan medan


Ukiran Muhammad Berjuang diatas Tanduk Kijang Emas Luruh. Item terhad. 


Whatsapp : 0189010623









Thursday, May 4, 2023

MINYAK LEMAK HARIMAU

 Setanggi Perang


Setanggi Perang atau Minyak Lemak Harimau pada ramuannya itu terdapat bahagian-bahagian Harimau yang lainnya seperti bulu makhota, alis mata, kening, tulang, taring dan kukunya.


Dari pedoman leluhur, Minyak Lemak Harimau ini dijadikan sapuan pada mata senjata, tasbih, permata dan juga dijadikan asuhan perang. Yakni Minyak Lemak Harimau ini diletakkan pada gulungan kain atau diselit pada sampingan kain. Sebagai asbab meningkatkan wibawa perang dan pembangkit semangat keberanian.


Whatsapp : 0189010623














Monday, May 1, 2023

KERASAN BERDURI

 Didalam karunia ulama yang juga hulubalang iaitu Tok Janggut di dalam kitab amalan Senjata Sulit. Maka dinyatalah akan keberadaan Timah sebagainya senjata. Yang dinyatakan dalam amalan itu antara petikannya


"Timah datang, timah kunanti."


Sahaya demikian itu Timah menjadi suatu pa'alan senjata dalam kaedah Melayu Tua. Samada berat dan nyatanya ia mahupun ringan dan halusnya ia. Maka tetaplah padanya itu senjata.


Apakala termaktublah persenjataan maka balikannya pulalah sebagai bawaan. Pakaian diri bagi leluhur lama. Tertakluk pulalah pasalnya itu pasakan ibu rumah. Pengibu baginya pada empat tapak penjuru. Yang pada semolek adanya sebelum naiknya tiang rumah. Adapun yang telah berada akan segala tiang dinding serta atapnya. Maka tetap jualah pada empat penjuru. Moleknya dan padannya sebagai pendinding serta pemagar rumah dari segala kegusaran dan kecelakaan. 


Sandaran atas bawaan diri pula pada kebiasaannya sebagai ikatan pingang atau gantungan loket. Dimasa ini serta dizaman ini seringan bawaan pada diri itu diikat pada rantai kunci.


Bahawanya Timah ini digelar akannya Kerasan Berduri. Yang mana ianya telah dirajah dengan amalan. Yang tetapnya tika ini dari awalannya itu rajahan perang, rajahan pendinding, rajahan senjata fakir dan rajahan semilir sakti. Rajahan berhikmat dari amalan leluhur. 


Kata leluhur tua


"Di zaman kamu (kita), hendak beramal terhadnya masa. Maka carilah wasilah alam yang mampu ditumpangi."


Whatsapp : 0189010623