Sunday, September 3, 2023

LARAK

 Larak Salah Jantan + Teras Larak Jantan + Larak Salah Betina. 


Kamilan versi Larak ni ada kisah tersendiri. Berkenaan seorang sahabat pemahar yang memakai cincin gabungan tiga serangkai ini ketika isterinya ingin melahirkan anak kelima. 


Puas teran puas pusing kiri kanan. Anak tak keluar. Kain kuning kejap ikat kejap lepas. Kejap balut kepala. Kejap sendeng ke perut. Tak keluar juga. Sampailah sahabat ini teringat pada kemungkinan Larak yang memainkan peranan. Selangkah sang suami melangkah keluar dewan persalinan. Terus meluncur laju sang anak gelungsur keluar dengan mudahnya. Pegang pada sabit. Jangan kejat membabi buta. 


Sememangnya ada beberapa perkara yang turunan leluhur menghalang dari kita bawa semasa isteri hendak bersalin. Antaranya larak salah atau teras larak. Kelapa buta, cekati buta, gobek buta, teras sireh alun, ranting secekak, batu petir dan ada lagi yang lainnya. 


Kerana khuatir bertemu duduk hari meragamnya. Bahasa mudahnya. 'Dia' nak tunjuk dia ada dan dia berasbab atas berlaku kejadian. 


Whatsapp : 0189010623














Thursday, August 10, 2023

BESI KUMBANG

 Besi Kumbang. Berbeza dengan pemilikan sebelum ini iaitu Batu Sayap Kumbang. Besi Kumbang pendagingannya bersifat besi dan melekat pada magnet. Dan warnanya hanyalah pada dua kitaran. Semua hitam atau hitam bercula kuning.


Pemilikan ambo adalah dari hitam bercula kuning. Yang amat jarang ditemui. Alhamdulillah


Mengikut pedoman. Besi Kumbang merupakan antara besi malu di alam mistik Melayu.  Besi malu yang membawa maksud tidaklah senjata bersifat besi, tembaga, perak atau emas dapat menembusi bagi orang yang memiliki besi malu. Demikian kadar pedoman. Apapun bab kebal ni ambo selalu ulas. Kita pegang pedoman dan kita jangan taksub. 


Adapun leluhur menyatakan pula akan khasiatnya Besi Kumbang adalah ia membawa resam pemansuh ilmu kebal lawan. Terutama pada seteru yang membawa atau memakai susuk raksa. 


Dan padanya itu digelar Besi Kumbang akan sangkakala angin. Yang padanya dibaca akan seranahan dalam genggaman terkemudian pula dihembus pada orang diniat atau digenyeh pada permukaan telapak tangan dengan niat orang dituju. Maka dengan izinNya tertimpa akan seteru akan musibah. 


Dapat 4 biji sahaja. Rough tak besar mana. Kenan boleh terus whatsapp.


Whatsapp : 0189010623











Friday, July 28, 2023

TERAS GEMUNGGAL MATI BERAGAN

 Teras Gemunggal Mati Beragan. Ikhtiar penangkis dan penawar sihir. Asbab ikhtiar pendinding diri. 


Whatsapp : 0189010623








Friday, July 21, 2023

TANDUK LEMBU MATI BERANAK

 Tanduk Lembu Mati Beranak


Pasakan :-

Debu Batu Petir

Debu Meteorite

Debu Tanduk Kerbau Balau Dipanah Petir

Debu Besi Kuning

Timah Maqam Datu Kelampayan


Whatsapp : 0189010623













Sunday, July 16, 2023

TASBIH IBOI

 Ada orang dia suka biji tasbih besar. Sekali tarik bunyi tap..tapp..tappp..tu yang wahabi marah tu. Sebab bunyi dia kuat. 


Baik. Sahabat yang berminat pada biji tasbih besar. Anggaran saiz 15/16 bercampur.f. Ni ada Tasbih Biji Iboi atau Mulong berserat. Lawa seratnya. Sedap genggamnya. 


Biasa jumpa Iboi licin kan? Ini istimewa punya pengeluaran. Tali nak tali asal boleh. Kalau nak request 7 warna. Info. Nanti ambo kasi. Ikat sendirilah. Aturan Iboi ni mudah sahaja. Tukar tak sampai 5 minit. 


Kenan boleh terus whatsapp. Insyaallah


Whatsapp : 0189010623











Monday, June 5, 2023

PERMATA TELAPAK HARIMAU

Gabungan Telapak Harimau, Tukang Sendi dan Bulu Harimau

Harimau Asli 


Whatsapp : 0189010623