Rezeki ni telah ditulis oleh Kalam Takdir. Kadang orang lain lalu kawasan tu, dia tak jumpa. Bila kita lalu mudah pula ketemu. Kerana rezeki itu telah ditakdirkan untuk kita.
Ambil secara ringan terlebih dahulu sebelum masuk jauh ke dalam kaedah 'batin'. Mungkin masa lalu tidak terperasan. Kita lalu terperasan. Situ duduk.
Adapun pada ukiran Kalam Takdir. Jika sesuatu itu telah terukir untuk kita. Siapapun yang mencari tidak akan ketemu sama sekali. Hatta diilai pada tempat yang sama. Akan ada 'sesuatu' yang menudung kacip dari terlihat. Menunggu masa terzahir dan terlihat.
Tiadalah istilah 'penarikan' bagi ambo. Ambo tak reti nak tarik-tarik barang ghaib. Jumpa kira rezeki. Tak jumpa kita usaha lagi. Petua ambo mudah sahaja. Sebelum mencari sesuatu alamiah. Ambo baca doa makan. Tak bergurau langsung. Benda nampak ringan. Fadhilat dia besar. Kita doa minta berkatnya rezeki atas apa jua rezeki yang Allah swt nak bagi atau sudah dibagi. Diatas rezeki tu kita minta dilindungi dari api neraka. Tu jelah amalan ambo kalau masuk cari barang.
Tak adanya nak jampi serapah deal dengan ketua bunian. Last dapat zamrud berbuih kat dalam. Masuk dalam pesbuk jual atas nama pemberian alam sebelah. Ambo tak reti tu semua.
Tanduk Rusa Putih Jadi Batu ni sedikit sahaja barangnya. Canai dapat empat ketul sahaja. Masih belum berpemilikan semuanya. Patut lima, satu terbang masa nak polish. Cari tak jumpa. Haaa..itupun dah bukan rezeki kita. Nak buat macam mana. Takdir awal dapat semua. Takdir bila siap canai dapat empat sahaja. Kena redhalah apa yang dapat.
Bab khasiat Tanduk Rusa Putih ni carilah post-post lama ambo. Dah banyak kali dikongsi. Cuma lebihnya yang ini ianya jadi batu. Jadi fosil. Barang kalau dah jadi fosil ni faham sendirilah. Barang makan masa ratus tahun untuk berubah sifat. Maka atas pedoman 'masa' kita simpulkan secara mudah makanya dilebihkan atasnya dari yang tidaklah berubah sifatnya.
Yang ambo dapat ni bahagian umbi tanduk. Bab umbi ni khasiatnya besar. Antaranya sebagai pengukuh kedudukan, punca penawar, paku salam (tanya orang-orang tua benda ni apa, ambo malas nak hurai) dan segala macam lainnya. Atas rasi dan izinNya. Bermanfaat untuk yang memiliki. Insyaallah
Makanya ambo jemputlah bagi sahabat-sahabat yang berminat. Diingatkan ambo jenis tak suka orang meleret. Sahabat yang dah biasa urusan tahulah perangai. Yang baru nak berjinak. Kena pandai-pandailah.
Gambar akhir ambo kepilkan Tanduk Rusa Putih (bukan fosil) dan Tanduk Rusa Putih (fosil). Sebagai rujukan buat semua.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment