LEMBING DAUN BULUH
Lembing Daun Buluh puting berpulas dan tembus kejadian. Antara salah satu simpanan untuk dimaharkan. Item antik. Puting berpulas seringkali dikaitkan dengan sandaran kekuatan dan kepahlawanan. Puting lembing sejengkal membawa maksud ketahanan dan perisai diri. Kukuhan tunjangan kekuatan.
Lembing Daun Buluh ini juga mempunyai tembusan kejadian. Yakni putingnya yang tembus asal tatkala ditempa. Pedoman atasnya sebagai lerah kerezekian dan diringankan akan sesuatu musibah. Ketandaan yang lahir dari alami dan bukan dibuat-buat.
Secara pemahaman dan pengajian, Lembing Daun Buluh milikan ini tidaklah diguna sebagai alat bertikam darah. Melainkan sebagai pakaian diri semata. Dek kerana usulannya lebih ke arah 'anak lembing' yang panjang keseluruhannya hanya 26 cm.
Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat yang berminat. Serta diawali bagi sesiapa yang berpegang adat 'penarikan', 'permohonan' serta 'pengisian' agar menjauh. Tidaklah kalian diraikan untuk berurusan jika semata hendak menunjuk-nunjuk kebodohan kalian. Harap maklum.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment