KASTURI KIJANG ASLI
Adalah perihalnya Kasturi itu terhasil dari pusatnya Kijang yang tertanggal. Tiadalah sentiasa akan berlakunya ia melainkan adanya hari dan tarikh tertentu. Darinya ditanak dan dihasilkan misik yang harum mewangi.
Misik itu halal lagi bersih. Maka ambillah manfaat darinya. Baik dari segi dimakan mahupun dijadikan ikhtiar perubatan.
Sabda Rasulullah saw yang mulia :-
أَطْيَبُ الطِّيبِ الْمِسْكُ
"Wangian yang paling harum baunya adalah al Misk (kasturi)." -(Riwayat Tirmizi)
Antara fadhilat khasiatnya dari pedoman sahabat pemahar sebelum ini telah banyak dikhabarkan. Satu petikan sebagai perkongsian umum.
Salah seorang pemahar sebelum ini pernah memaharkan satu Kasturi Kijang sebagai sekadar wangian untuknya.
Timbul di benaknya untuk menyapu sedikit pada isterinya yang sekian lama pada kadar setengah tahun yang bermurung diri. Dioleskan sedikit wangian Kasturi ini pada pergelangan tangan isterinya. Pada malam tersebut si isteri meracau dalam tidur. Setelah disedarkan dan ditenangkan. Baharulah si isteri menceritakan bahawa gangguan yang bertenggek di atas bahunya terasa menghilang.
Demikianlah diikhtiarkan kemudiannya betulang kali. Setelahnya tiada lagi si isteri bermurung diri. Sedangkan sahabat pemahar tersebut sendiri tidak menyangka bahawa murungnya si isteri dek kerana gangguan halus. Asbab ikhtiar tanpa sengaja. Izin Allah swt menyembuhkan khasiat dari kelebihan wangian kecintaan Rasulullah saw.
*Perkongsian kisah ini telah diizinkan oleh tuan badan.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment