Monday, August 2, 2021

TIGA JANDA

 Dagangan hikmah alam Melayu mempunyai sejuta keistimewaan. Ribuan sandaran. Bahkan menjadi suatu denak kalam ilmu warisan yang kian terhapus dek zaman. Antara salah satunya 


SENDUK TIGA JANDA (S3J)


Senduk Tiga Janda pernah diketengahkan di Bahlol Dana suatu ketika dahulu. Hari ini Tok Bah naikkan sekali lagi secara umum. Anggaplah ini suatu perkongsian warisan.


Untuk memperolehi S3J ada syaratnya. Senduknya hendaklah diperbuat dari tembaga. Kayu, besi atau lainnya tertolak. Kalau dapat tembaga merah. Itu satu bonus. Tapi jarang kejadian senduk tembaga diperbuat dari tembaga merah.


Syarat seterusnya lebih menarik. Senduk ini hendaklah dimiliki secara warisan di dalam satu rumah. Yakni dalam satu rumah itu terdapatnya nenek berstatus janda, anak berstatus janda dan cucu berstatus janda. Ketiga jalur janda ini hendaklah masih hidup. Tiadalah dapat dikira andai telah matinya salah satu. Apakala berstatus janda. Maka kena retilah bahawa ianya diceraihidup. Bukanlah bercerai mati. 


S3J mempunyai sandaran dalam ilmu leluhur. Tidaklah Tok Bah ingin ketengahkan secara terbuka perihal ini. Cukuplah sekadar pengetahuan bagaimana S3J mendapat namanya.


Cincin di gambar diperbuat dari S3J. Tok Bah memperolehi S3J ini melalui seorang sahabat perempuan yang berstatus seperti dikehendaki hampir dua tahun lalu. Ramai tukang menolak untuk mencairbentukkan senduk ini. Tidak pasti mengapa. Mungkin dek kerana tembaga lebih mudah mengeras bilamana dicairkan, menyebabkan kesukaran dalam pembentukan. Tukang terakhir inipun hasil kena paksa dengan Tok Bah. Barulah siap belah rotan S3J. Dua saiz S3J disiapkan. Saiz 21 (gambar) dan saiz 18 yang satu lagi.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






No comments:

Post a Comment