SYILING ISA
Syiling Isa merupakan antara item peribadi Tok Bah sekian lama. Kini terasa hendak dimaharkan. Terlebih dahulu. Sedikit perkongsian mengenai Syiling Isa ini melalui galur penerimaan ilmu kias oleh Tok Bah dari mereka yang hidupnya berpegang khusus terhadap pedoman alam Melayu.
Syiling Isa merupakan suatu kias terhadap peristiwa akhir zaman. Yakni tatkala kelak turunnya Nabi Isa a.s untuk memerintah dunia sebelum kiamat.
Adapun gambaran di atas syiling itu bukanlah gambaran Nabi Isa a.s. Melainkan gambaran kita sebagai umat Islam yang membawa perbekalan amal untuk menerima pemerintahan Nabi Isa a.s yang kelak akan memerintah dunia ini dengan hukum hakam Islam. Kerana itu duduknya gambaran itu melalui 'jalan kembali'. Iaitu dari kiri ke kanan. Dan menuju ke Nabi Isa a.s yang akan meneruskan syariat Rasulullah saw.
Adapun pulalah gambaran kambing dan bulan serta bintang itu sebagai kias terhadap Rasulullah saw sebagai seorang pengembala kambing sebelum peristiwa kenabian. Dan bulan serta bintang itu mewakili agama Islam yang menyeluruh.
Demikian sedikit perkongsian umum terhadap Syiling Isa. Berminat boleh terus whatsapp Tok Bah.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Jumpa dek ahli arkeologi ni, tentu² nya dorg akn kata tu syiling org parsi purba.
ReplyDelete