Sunday, February 28, 2021

SUATU PERIHAL

REPOST

Dunia ini sementara. Dunia tidak kekal selamanya. Dunia ini hanya persinggahan. Selalu kedengaran bukan? Bersama kita memperhalusi ayat-ayat ini. Insyaallah

Benar. Dunia ini hanya persinggahan. Dan kita adalah para musafir. Musafir dalam menuju alam yang kekal abadi. Tujuan kita adalah perkampungan yang tidak akan binasa. Yang tiada kegelisahan atau kesedihan didalamnya. Yang tiada kecemburuan dan hasad dengki. Yang tiada persengketaan dan pertelagahan. Yakni SYURGA. 

Wahai teman. Wahai sahabat. Ingatlah. Datuk dan nenek kita berasal dari syurga. Syurga itu adalah perkampungan kita yang sebenarnya. Keturunan kita semua adalah orang syurga. Hanyasahaya singgah seketika di dunia ini. Mencari perbekalan untuk perjalanan kembali ke perkampungan nikmat.

Dalam mencari perbekalan. Makanya perihal itu ada yang melebihi perbekalannya. Ada yang mencukupi. Ada yang cukup-cukup. Yang dikhuatiri andai perbekalan itu tidak mencukupi untuk merentas perjalanan. Hatta sebesar zarah ketidakcukupan. Maka merugilah diri. 

Disamping perbekalan diri. Yang diharap sebenarnya adalah rahmat dan keampunan dariNya. Sebanyak manapun perbekalan. Terputus rahmatNya. Kita tidak sesekali dapat melihat. Bahkan tidak dapat menghidu tanah nikmat.

Apakala kurangnya rahmat dan tiadalah terlihat pengampunan. Maka itu syafaat menjadi pilihan. Syafaat Rasulullah saw tentunya menjadi idaman. Apakala itu terasa sedih dalam diri ini tatkala segelintir manusia melarang puji-pujian untuk Rasulullah saw. Sedang dengan pujian itulah menjadi asbab pandangan Rasulullah saw melihat kita. 

Sedepa-depa ingatan akan kutipan ilmu akan perihalnya keindahan perkampungan datuk dan nenek kita itu. Tiadalah apa yang diinginkan itu tidaklah kedapatan. Melainkan tertunai akan segala hajat sekejut-kejut lintasan fikiran. 

Di perkampungan syurga. Tidak ada persengketaan. Andai dua manusia yang berseteru di dunia ini dan keduanya memasuki syurga. Nescaya terhapuslah segala perseteruan mereka dan berkasih sayanglah keduanya dengan kasih sayang yang tidak pernah wujud di dunia ini.


وَنَزَعْنَا مَا فِيْ صُدُوْرِهِمْ مِّنْ غِلٍّ اِخْوَا نًا عَلٰى سُرُرٍ مُّتَقٰبِلِيْنَ

"Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."
(Al Hijr : 47)

Tiada lagi kesakitan dan kesengsaraan. Tiada lagi penuaan. Tiada lagi kematian. Tiada lagi air mata perpisahan. Tiada lagi segala yang akan binasa. Kekal selamanya. Nikmat kian detik kian bertambah. 


جَنّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَ نْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا ۗ وَذٰلِكَ جَزَآءُ مَنْ تَزَكّٰى

"(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat."
(TaHa : 76)

Wallahualam

Tok Bah
26/02/2021

No comments:

Post a Comment