Nak pakai teras kayu. Pakailah. Nak ambil pedoman dari leluhur. Ambillah. Jangan sampai tercabut Tuhan sudah.
Ada segelintir yang whatsapp tanya. Pakai terus jadi ke? Confirm ke mujarab? Berapa lama baru nampak kesan? Boleh test? Dan macam-macam lainnya. Gaya soalan pun dah dapat tangkap jenis orang macam mana.
Sebab itulah tidak semua orang diberi kefahaman tentang perkara sebegini. Ramai yang terburu mencari kelebihan. Hingga teralpa pedoman dari keagungan ilmu leluhur zaman. Pedoman dari leluhur merupakan pedoman yang telah mujarab atas mereka. Adapun pengisahan ini kemudiannya menjadi sandaran buat generasi seterusnya.
Adapula dari pengalaman diri. Terkadang dimasukkan jualah dalam penulisan sebagai penghikayatan. Walau tiadalah tiapnya dinukil. Kerana adanya itu sebagai menjaga diri dari kerakusan kebanggaan yang melalaikan.
Demikian sesetengah itu berkeinginan menyudi dan setengahnya berkehendak menganjing. Tidaklah merugikan masa Tok Bah pada asalannya. Melainkan membuka kebodohan diri kalian yang kononnya telah menggapai kefahaman terhadap apa yang kalian sendiri tidak fahami. Hanyasahaya menjadi jenaka senyuman buat-buat kami yang telah jenuh kalanya melayan sifat perangai kebudakan tersebut. Wallahualam
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment