BUTIR RALIK
Dalam istilah masyarakat Kelantan, Butir Ralik bermaksud sejenis makanan berunsur kekacang. Yang mana semakin dimakan semakin ralik. Kebiasaan Butir Ralik dimakan ketika bersantai, ketika memandu musafir untuk menghilangkan kantuk dan dalam apa jua aktiviti.
Dalam berzikir pun ada BUTIR RALIK yang tersendiri. Yakni biji tasbih. Atau dalam bahasa modennya, 'BIJI KE NERAKA'. Istilah dari kaum muda yang belum tumbuh kulit khitan.
Butir Ralik zikir ni tidak wajib adanya. Tapi jika ada lebih baik. Terbuat pula dari alamiah anugerah Ilahi. Maka secara bahasa mudah tanpa kiasnya. Kita mensyukuri dan menghargai peranan alamiah. Bahkan tiadalah disia-siakan akannya alam ini atas kejadian. Maka, adakah bersyukur atas anugerah Ilahi yang dinisbahkan pada alamiah itu haram dan membawa ke neraka? Dimana salah dan silapnya kebijaksanaan kaum muda yang kononnya mempunyai gulungan kertas kejayaan ini?
Bercakap bab halal haram orang lain sepertinya tiada hari untuk esok. Sedangkan yang dalam poket sendiri dipenuhi bara-bara neraka.
Berbalik pada Butir Ralik zikir. Butir Ralik zikir di nusantara ini mempunyai daya unik tersendiri. Kombinasi dari kebijaksanaan ilmiah leluhur dan spiritual keagamaan sebati menjadi alur dalam menongkah arus kehidupan. Dengannya adanya pelbagai pedoman. Pedoman yang menjadi sandaran pengajaran. Bukan sekadar bualan.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment