KERIS SEMAR
Keris mempunyai pelbagai jenis. Antaranya Keris Pandai Saras, Keris Selit, Keris Beko, Keris Bugis, Keris Anak Alang dan pelbagai jenis lagi. Diantara kepelbagaian jenis ini. Ada pula di tiap jenisnya itu pecahan. Ada jenis Selit. Ada jenis Tikam. Bahkan ada pula jenis loknya. Lok berapa. Lok genap. Lok ganjil. Bahkan yang lurus. Ada pula pecahan disitu. Banyak. Ilmu perihal keris ini banyak. Kebah tangan jika hendak dituliskan semua sekali.
Adapun Keris Semar ini bukanlah tergolong dalam kalangan Keris Bertikam. Akan tetapi sebagai Keris pakaian diri. Atau dalam mudah fahaman. Keris Azimat.
Tempaan tukang dahulukala mempunyai pelbagai ragam. Mengikut kehendak si pemakai. Ada acuannya. Ada wajahannya. Bahkan ada kaedah-kaedah rahsianya. Besinya besi pilihan. Ukirnya ukir bertitih ilmu. Tiap tempaannya berisi bacaan-bacaan. Adatnya dari ayat-ayat suci.
Keris Semar pada ghalib kejadiannya diwajahkan dengan kemuliaan, kerezekian, pembisa serta pengasihan terhadap si pemakai. Bahkan adanya bangkitan-bangkita tertentu mengikut ilmu-ilmu tua. Mengikut kesesuaian bawaan.
Tempaan lama walaupun berwajah Semar. Tetap menjaga lekukan dan fizikal asli 'Keris'. Bukan seperti semar kuningan. Yang jika dilihat. Telah hilang fizikal kerisnya. Tempaan lama menjaga kehalusan seni.
Ada dua bilah dengan Tok Bah. Item antik. Dari besi sepuhan. Sememangnya Tok Bah berhasrat memaharkan keduanya sekaligus. Jika berminat boleh terus whatsapp. Komen PM Tok Bah tak layan tu. Beritahu awal terus.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment