Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam Jumaat yang penuh barokah.
CAPAL
Seperti dipost sebelum ini. Capal ini dibuat secara handmade dan bukan melalui kepingan phim. Melalui kombinasi beberapa kaedah tua. Apakala itu, fahamilah bahawa telah digunakan ‘KAEDAH’ khusus dalam pembuatan. Sebagai suatu batasan baharu dalam kaedah bawaan. Diperbuat seratus peratus dengan perak. Campuran Perak 999 dan Perak 950.
Bagi seorang seseorang yang berpegang teguh pada kecintaan. Bawaan Capal ini tidaklah menjadi kesalahan dan kekeliruan. Bukanlah Capal ini yang disembah. Melainkan memuliakan sesuatu yang dimiliki oleh sang kekasih. Iaitu Saidina Muhammad saw.
Kemuliaan Rasulullah saw ini diterjemahkan dalam kesufian yang jelas dan nyata. Yang tiada berbelah bahagi akannya. Bahawa yang menjadi injakan telapak kakinya lebih mulia dari diri kita. Kerana tapak injakan ini tidaklah dipisahkan dari jasad Baginda saw saat mengadapnya Baginda saw di hadapan Raja sekalian alam tika peristiwa Israk Mikraj. Yakni bertemu Allah swt.
Nisbah kemuliaan ini seumpama garis pemisah yang membedakan kedudukan kita manusia biasa yang mengharapkan kasih dan rindunya. Melalui pengzahiran yang paling sekecilnya dari tinggalan Rasulullah saw.
Yakinilah, setiap yang bersama Rasulullah saw itu adalah mulia. Sukarlah kiranya untuk difahami terhadap mereka yang menentang terhadap keberadaan ‘binasa dalam cinta’. Tanpa rasa ini, maka berlakulah pertembungan pendapat yang membawa perbalahan yang sia-sia.
Ukiran Capal menjadi antara asbab ingatan terhadap Sang Kekasih. Terlihat sahaja, maka fikiran akan terus menuju ke arahnya. Selintas mungkin akan beberapa detik sirahnya bagi yang mengetahui.
Apakah syirik dan khurafat apakala sesuatu yang terlihat itu menimbulkan kerinduan terhadap Sang Kekasih dan Sang Pencipta? Renungkan.
Diatas segala kerinduan dan kasih sayang yang luarbiasa ini. Maka, mujarablah ia sebagai ubat hati. Tatkala hati telah terubati. Apakah masih rasanya sakit yang lainnya? Terhapus. Insyaallah
Bukan sekadar eksklusif dan elegan. Yang utamanya itu berkat dan manafaatnya. Diusahakan agar mampu milik untuk semua. Insyaallah
Untuk tempahan dan pertanyaan :-
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment