Sunday, October 27, 2019

DARI CETUSAN MINDAKU

Ada lembing dibuat bertikaman. Ada lembing dibuat lontaran. Ada lembing dibuat pakaian. Ada lembing dibuat perlindungan. Ada lembing dibuat tanda perdamaian. Ada lembing dibuat hiasan. Boleh dikata masing-masing ada peranan.

Sayangnya generasi kini tidak lagi berminat untuk mengenali. Akhirnya ilmu tertimbus kali. Yang rugi adalah bangsa sendiri. Meratap moyang dibawah bumi. Melihat keangkuhan keturunan penuh sepi. Disembah agung bangsa berkecuali. Maka, makin lenyaplah jatidiri. Menunggu masa dikambus bumi.

Peribumi akan menyepi. Melayu, Iban, Dayak, Bajau dan lainnya kian tidak mengerti. Malunya anak bangsa untuk memperagakan yang sejati. Khuatir ditinggalkan arus modenisasi. 

Tiba masanya warisan dipelihara. Kerana ini tinggalan harta. Warisan moyang yang bijaksana. Alami dikamil sutera ilmu. Sebagai panduan untuk anak cucu.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Sunday, October 20, 2019

KULIT BEDUK PECAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KULIT BEDUK PECAH

Beduk merupakan sebuah alat yang dipukul bagi menandakan waktu solat suatu ketika dahulu. Demikian mengenai perihal kematian, atau fungsi lainnya. Beduk akan dipukul menandakan adanya sesuatu aktiviti yang akan berlaku. Kebiasaanya beduk diperbuat dari kulit lembu atau kerbau. Adapun pemilikan Tok Bah ini dari kulit kerbau.

Kulit beduk pecah menjadi buruan kebanyakan peniaga, pemancing serta lainnya. Yang berpedomankan fungsinya sebagai 'pemanggil'. Yang diasbabkan akannya ia sebagai pelaris dan penarik daya perhatian.

Demikian halnya pedoman leluhur terdahulu. Yang dijadikan padanya hal sebagai ikhtiar. Segala sesuatu itu wajiblah dikembalikan padaNya. Wallahualam.

*gambar akhir merupakan beduk pecah dari Masjid Tok Pulau Manis, Terengganu. Kali akhir Tok Bah ke masjid tersebut, beduk sudah tidak kelihatan. Mungkin telah dialihsimpan oleh jawatankuasa masjid.

Simpanan kulit beduk Masjid Tok Pulau Manis masih ada sebahagiannya dengan Tok Bah.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Sunday, October 13, 2019

KIJANG BAKUT EMAS

Ikutkan hati semua sayang taknak bagi usik. Nak dapatkan satu-satu bukan mudah. Tapi dah ni jalan cari rezeki. Kena usik jugalah. Maka janganlah dipersoalkan.

“Kalau betul susah dapat. Kenapa tuan nak jual?”

Itu ayat orang kurang cerdik. Berfikir dulu sebelum berkata-kata. Jangan cepat sangat nak tunjuk pandai. Kang kena gelak kang kau panas.

Kijang Bakut Emas ini antara koleksi kesayangan Tok Bah. Telah dimaharkan 1/2 oleh sahabat dari Temasek. Perihal Kijang Emas pernah dimuatnaikkan sebelum ini. Boleh rujuk post lalu untuk rujukan.









Friday, October 11, 2019

SEMAR

SEMAR

Syiling Semar tidak asing lagi dalam kalangan minoriti umat Nusantara. Pelbagai cabang ilmu diketengahkan dalam bawaan Semar. Sebelum ini pernah juga Tok Bah ketengahkan perihal watak wayang kulit yang penuh sakti ini beberapa kali.

Sedikit pengenalan watak pada syiling Semar. Pada ghalib keadaan, syiling Semar mempunyai empat gambaran. Untuk memudahkan. Gambar pertama adalah Semar (kanan) dan Turas (kiri). Gambar kedua. Inul (kiri) dan Galuh (kanan).

Masing-masing dari watak ini mempunyi peranan masing-masing. Namun, yang ingin diketengahkan hanyalah Semar. Yakni watak yang paling berperanan besar dan gagah.

Ada dua versi bawaan Semar. Yakni versi putih dan hitam.

Versi Putih bagi Semar adalah versi Azazil. Iaitu Iblis sebelum dikenakan laknat akibat penderhakaan di langit.

Versi Hitam pula adalah versi Iblis. Yakni yang telah terlaknat ia.

Dalam hikayat wayang kulit, Semar dikenali sebagai ‘Pok Dogo’. Orang tua yang hodoh dan bersifat bodoh. Namun, memiliki kebijaksanaan dalam setiap kelakuan. Sisi mayang jelmaannya jarang diperlihat. Bersisik tunggal. Berbulu roma songsang. Digelar juga oleh sesetengah dalang sebagai ‘Pengasuh’ kepada Maharaja Serama.

Kembali kepada bawaan. Yakni terpakai ia sebagai pakaian diri sesetengah dari manusia akan ia Semar. Bergantung pada niatlah ia. Terutama apakala melibatkan barang lama yang dikategorikan sebagai antik mistik. Kerana kemungkinan telah ada bangkitan-bangkitan yang tidak kita ketahui. Waspadailah.

Rujuklah kepada orang yang lebih arif sebelum dijadikan bawaan diri. Wallahualam





Saturday, October 5, 2019

TERAS PINANG EMAS

TERAS PINANG EMAS 
(TERAS PINANG HUTAN)

Antara pembisa berbintik yang amat jarang ditemui. Untuk gelang dan tasbih. Teras ini dihentikan sementara pembuatannya. Cukup untuk permata sahaja.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com














Friday, October 4, 2019

FOSIL MADU LEBAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MADU LEBAH JADI BATU

"Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang-orang yang berfikir." -(An Nahl : 69)

Demikian sedikit petikan dari kitab yang mulia berkenaan perihalnya madu lebah.

Ikhtiarnya sebagai pengasih, pelaris, pemanis, seri diri, penarik kerezekian dan diantara sekalian penawar yang mujarab.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com