Saturday, July 27, 2019

SYAIR BUAT BANGSAKU

Bermula hikayat itu dari penceritaan,
Bermula sebuah cerita itu dari perjalanan,
Bermula perjalanan itu dari langkahan,
Bermula langkah itu dari awalnya kelahiran

Arakian tertulis hikayat bangsa,
Dari pengisahan kemegahan kuasa,
Merentas lautan melangkaui masa,
Gah berdiri di takhta suasa

Tarian bangsa menjadi ikutan,
Diatas air menjadi kecemburuan,
Didarat ia sembahan pahlawan,
Ucapan Melayu menggegar ilmuan

Namun itu sekadar imbasan,
Kemegahan silam runtuh kehinaan,
Kerana hasad dengki perkiraan,
Mabuk kuasa menjadi pegangan

Bangsaku masih berdiri,
Namun semakin hilang peribadi diri,
Sekian darinya telah bersemadi,
Menangis hiba ditakungan kendi



No comments:

Post a Comment