Wednesday, July 31, 2019

ANATOMI TERAS

Repost gambar lama. Sekadar menyegarkan kembali ilmu yang pernah dikongsikan. Bahagian anatomi kayu. Ada kulit luaran. Ada isi dalaman. Dan ada teras yang padu.

Kulit itu umpama jasad zahir manusia. Jika ahli maka cukup sekadar kulit sudah mengenal nama. Gubar pula umpama ilmu. Dari gubar berdirinya jasad. Hingga ke akhir hayat. Adapun ‘TERAS’ itu umpama roh dan amal. Yang kekal ia walaupun telah hancur jasad dan terhenti segala ilmu pengetahuan.

Tetaplah abadi ia membawa segala peribadi yang telah hancur dimamah bumi.

Gambar : Teras Beluru



Saturday, July 27, 2019

SYAIR BUAT BANGSAKU

Bermula hikayat itu dari penceritaan,
Bermula sebuah cerita itu dari perjalanan,
Bermula perjalanan itu dari langkahan,
Bermula langkah itu dari awalnya kelahiran

Arakian tertulis hikayat bangsa,
Dari pengisahan kemegahan kuasa,
Merentas lautan melangkaui masa,
Gah berdiri di takhta suasa

Tarian bangsa menjadi ikutan,
Diatas air menjadi kecemburuan,
Didarat ia sembahan pahlawan,
Ucapan Melayu menggegar ilmuan

Namun itu sekadar imbasan,
Kemegahan silam runtuh kehinaan,
Kerana hasad dengki perkiraan,
Mabuk kuasa menjadi pegangan

Bangsaku masih berdiri,
Namun semakin hilang peribadi diri,
Sekian darinya telah bersemadi,
Menangis hiba ditakungan kendi



Tuesday, July 23, 2019

CINCIN BESI LELEH

BESI LELEH

Besi Leleh bukan Batu Leleh. Nampak sama tapi tak serupa.

Sekian banyaknya hikayat telah terhampar akan perihalnya. Hingga mabuklah akan sekalian pemburu kelebihan diri. Teralpa seketika Tuhan telah menyembah bumi. Diambil alami sebagai ganti. Amatlah rugi.

Berpegang pedoman biar berpada. Pengisahan atas perjalanan leluhur itu hanyalah sebagai sandaran. Sandaran akan hikmat dan hikmah untuk direnungi.

Pematah sihir. Penawar bisa. Selisih santau. Kebal. Atau apa jua lainnya. Tidaklah sama sekali hikayat tanggungan bagi setiap manusia. Namun, tiap manusia itu tidak terlepas dari keindahan alami peruntukan Tuhan buat setiap hambanya.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










Friday, July 19, 2019

CINCIN TANDUK KIJANG

Tempahan sahabat. Cincin perak 925 random design. Permata Tanduk Kijang Putih Bakut.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










Tuesday, July 16, 2019

FOSIL TERAS UBI KAYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

FOSIL TERAS UBI KAYU

Teras Ubi Kayu banyak manafaatnya. Baik untuk kesihatan. Mahupun lainnya. Umum mengetahui perihal fizikal batang ubi kayu. Yang tidaklah berteras. Malahan berlubanglah sifatnya. Apakala sesuatu perkara itu menyongsang adat. Disinilah duduk perkara yang perlu direnungkan.

Batang ubi kayu biasa sahaja telah banyak guna kerjanya. Petua mengatakan, dibacakan surah Al Fatihah 41 kali. Beserta selawat 41 kali. Sambil dilurut pada batang ubi kayu. Setelahnya disentak pada orang gila atau kerasukan. Sembuh sekehendak jadiNya. Insyaallah

Adapun khasiatnya teras ini. Asbab padanya sebagai pembisa. Serta padanya pengasih dan kerezekian. Serta akannya ia sebagai penawar lenguh urat. Dan menjauhlah akannya musibah. Atau berkurangnya musibah dari menimpa si penanggung.

Adalah segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Petua dan pedoman diguna sebagai rujukan ilmu. Raikanlah ilmu sebaiknya.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Friday, July 5, 2019

TASBIH ULAR CINTA MANI

TASBIH ULAR CINTA MANI

Imam Cinta Mani Emas. Makmum Cinta Mani Cindai.

Asbab pedoman bagi Ular Cinta Mani telah banyak kali dimuatnaikkan sebelum ini. Yakni sebagai asbab ikhtiar dalam pengasih dan pelaris. Itu dua yang utamanya.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com












Wednesday, July 3, 2019

PAIP TEMBAKAU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PIPE TEMBAKAU
(TERAS KEMUNING EMAS)

Pipe Tembakau yang diperbuat dari Teras Kemuning Emas. Apa yang lebih menarik tentang Pipe Tembakau ini, ianya diperbuat dari 100% teras kayu. Tanpa ada campuran atau tambahan bahan sintetik lainnya.

Bahkan ianya dibuat sebagai item dua dalam satu. Iaitu sebagai Pipe Tembakau dan juga boleh dijadikan sebagai penapis rokok (filter).

Sebarang urusan tempahan atau rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com