Friday, March 8, 2019

SELOKA JUMAAT

Assalamualaikum pembuka kata,
Buat sahabat dikasihi semua,
Sekadar Tok Bah ingin berseloka,
Mari semua rapatlah kita

Penyisir Bunian diberi nama,
Beroleh dari tanah yang pertama,
Dibuka hijab sekeping nama,
Menjadi sempadan nyawa nan sama

Dipetil kemenyan berambu wangian,
Diusir anyam sebagai panduan,
Dimenterai janji sebatas sempadan
Antara zahir diri kebatinan

Berhulu badik dijelmakan jasad,
Halus ukiran bagaikan tarian,
Tidaklah hati ingin berhasad,
Kerana ia alami kejadian

Adalah syair si ratu pari,
Menjadi kalam pengganti diri,
Siulan sakti melangkah dinihari,
Terhenti akal dirempuh syari’e

Hikayat terhenti mengundur diri,
Semoga kita kan bertemu lagi,
Andai kasih datanglah kemari,
Agar Tuhan terus mencemburui,
Berkasih hamba syurga menanti







No comments:

Post a Comment