Friday, March 29, 2019

TERAS GADING / SEGADING

Sekitar bicara kedai kopi pada pagi ini. Seorang sahabat bertanya

“Pakai kayu kilir memerang masa bersama isteri mengurangkan lenguh badan dan sakit pinggang. Tetapi kenapa bila buat kerja (berkebun), sakit tu tetap ada?”

Persoalan sahabat ini amat menarik. Baik. Kes ini seumpama seorang doktor memberikan preskripsi ubat metformin kepada pesakit yang tiada sejarah diabetes. Kerana tiada fungsi dan asbab untuk diberikan.

Begitulah pula halnya dengan pakaian alamiah. Ada tempat dan fungsinya tersendiri. Pun demikian adalah dalam halnya beberapa hal. Yang mencanggahi aturan. Diatas asbab ‘sekung rasi’ (keserasian). Demikian itu segala sabit pada sifat alamiah.

Seumpama kes sahabat ini. Bilamana ditanggung akan kerja buatnya dengan teras segading atau teras sudu. Mengurangi sakit akannya ia. Dan tiadalah mujarab atasnya dengan tanggungan kayu kilir.

Adapun letak sabit itu pada ghalib kejadian. Kerana alamiah ini hukumnya berbeza ia akan tetapan sandaran ubatan moden. Sekadar kiasan agar mudah difahami.

Gambar : Teras Segading / Teras Gading

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Tuesday, March 26, 2019

GADING GAJAH PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GADING GAJAH PUTIH ASLI

Gading Gajah merupakan salah satu diantara banyak warisan pedoman dan kaedah pemakaian diri bangsa Melayu.

Mengikut halnya pegangan, telah mujarab atas mereka yang telah melaluinya. Yakni ia akan khasiat.

Sekira-kira ia meringankan atau melintang akan marabahaya. Sama ada bagi ia penanggung dari keberatan zahir dan batin.

Serta adalah resamnya pada petua-petua akan pelimun padanya penanggung. Dengan tidaklah diberatkan akannya akan sifat-sifat yang membawa mudarat. Yakni ia pelimun pada kadar sekira-kira kadar.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Saturday, March 23, 2019

TERAS CELAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS CELAGI (ASAM JAWA)

Teras Celagi merupakan suatu teras alami yang diketahui umum sebagai suatu asbab besar dalam pemagar diri, keluarga dan tempat tinggal. Banyak dilihat para muallij menjadikan Teras Celagi sebagai suatu medium perantaraan dalam perubatan.

Dalam kaedah penggunaan sebagai ‘ibu rumah’, Teras Celagi diletakkan di alang pintu utama dan pintu dapur. Sebagai asbab mencegah gangguan dan kecurian.

Teras Celagi terbahagi kepada dua. Teras Celagi Masam dan Teras Celagi Manis. Yang sukar diperolehi adalah dari celagi yang masam. Adapun khasiatnya itu tidaklah dinisbahkan manis atau masam. Hanyasahaya yang masam itu digelar sebagai item 'pisik' yang lebih sukar untuk didapati. Adapun milikan Tok Bah ini dari Celagi yang masam.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Tuesday, March 19, 2019

TASBIH & PERMATA ULAR CINTA MANI

Tasbih sebagai asbab untuk mengingatiNya. Tengok tasbih terus hati berzikir secara tidak langsung. Pegang tasbih terus jari jemari menari membilang sambil memujiNya.

Ada ke orang tengok tasbih terus ingat kat maria ozawa? Tiada kan? Haa..dah tu syirik kot celah kangkang mananya? Sana melalak syirik. Situ melalak syirik. Benda mudah macam tu pun tak boleh nak fikir.

Small small not die. When big trouble people.

Gambar : Tasbih & Permata Ular Cinta Mani

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Sunday, March 17, 2019

AKIK YAMAN (HABSYI)

AKIK YAMAN

Tempahan sahabat. Ikatan perak tangan. Mengambil berkat dari tanah yang diberkati. Bukan sekadar hiasan semata.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Friday, March 8, 2019

SELOKA JUMAAT

Assalamualaikum pembuka kata,
Buat sahabat dikasihi semua,
Sekadar Tok Bah ingin berseloka,
Mari semua rapatlah kita

Penyisir Bunian diberi nama,
Beroleh dari tanah yang pertama,
Dibuka hijab sekeping nama,
Menjadi sempadan nyawa nan sama

Dipetil kemenyan berambu wangian,
Diusir anyam sebagai panduan,
Dimenterai janji sebatas sempadan
Antara zahir diri kebatinan

Berhulu badik dijelmakan jasad,
Halus ukiran bagaikan tarian,
Tidaklah hati ingin berhasad,
Kerana ia alami kejadian

Adalah syair si ratu pari,
Menjadi kalam pengganti diri,
Siulan sakti melangkah dinihari,
Terhenti akal dirempuh syari’e

Hikayat terhenti mengundur diri,
Semoga kita kan bertemu lagi,
Andai kasih datanglah kemari,
Agar Tuhan terus mencemburui,
Berkasih hamba syurga menanti







Tuesday, March 5, 2019

TASBIH 13 TERAS

Assalamualaikum dan selamat pagi.

TASBIH 13 TERAS

Tempahan khas sahabat.

- Teras Kemuning Hitam
- Teras Asam Gelugor
- Teras Gemunggal
- Teras Mempelas
- Teras Bidara
- Teras Katak Puru
- Teras Damar Minyak
- Teras Delima
- Teras Sukun
- Teras Macan Hitam
- Teras Penunduk Hitam
- Teras Hitam Arang
- Teras Kemuning Emas

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Monday, March 4, 2019

TASBIH TERAS KOKA

Tempahan sahabat. Tasbih Teras Koka Bukit. Minggu depan akan diposkan. Berikutan minggu ini teramat sibuk dengan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf diatas kesulitan.