Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masihkah sahabat-sahabat mengingati Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh? Telah dua kali sebelum ini pernah Tok Bah kongsikan di ruangan ini.
Puan Haliza iaitu pengasas pertubuhan ini semalam menghubungi Tok Bah. Memohon dana bagi meneruskan program-program kemasyarakatan yang dikendalikan oleh pasukan beliau.
Baitul Fiqh merupakan salah satu sekutu rasmi Tok Bah. Maka tidak perlu diragui akan status dakwahnya. Sahabat yang berminat untuk menghulurkan bantuan amat Tok Bah hargai.
Untuk kita bergerak sendiri dalam meringankan beban masyarakat. Dirasakan amat mustahil dek kesibukan seharian kita. Maka disinilah kesempatan kita menumpang amal dengan bersedekah.
Untuk yang berminat untuk menghulurkan tenaga kerja. Boleh terus whatsapp Tok Bah untuk mendapatkan nombor telefon Puan Haliza. Insyaallah
No comments:
Post a Comment