Akhir-akhir ini organisasi politik PAS dikaitkan dengan penularan fahaman Wahabi. Hingga dikatakan sehingga melibatkan pimpinan tertinggi. Hingga ada ura-ura menyatakan kesediaan mereka untuk tidak lagi akan memilih PAS pada PRU kali ini.
Baik. Sekadar dari perspektif pemikiran Tok Bah. Muktamar lalu kita melihat pergelutan diantara golongan profesional dan golongan ulama di dalam PAS. Hingga rebahnya golongan profesional membawa rajuk. Lalu membuka parti serpihan.
Sedangkan jika dikaji dan direnungkan secara sepintas lalu. Kemenangan PAS pada PRU lalu adalah hasil dari gandingan profesional dan ulama. Namun, telah jelas kecenderungan golongan profesional yang bagaikan dikawal dari belakang tabir. Hingga disingkirkan mereka dari pucuk pimpinan. Adapun ini yang telah jelas. Tidak terlalu merisaukan.
Maka tidak mustahil muktamar yang akan datang kita dapat menyaksikan pergelutan diantara ulama Sunni dan Wahabi. Maka ini kerisauan. Andai perkara ini berlaku. Dan berulang mewujudkan satu lagi serpihan parti. Dikala itu, 'pemegang' Asy'ariyah dan AlMaturidiyah melalui pucuk pimpinan tertinggi terpaksa bergerak dengan lebih cekap dan pantas. Kerana andai ini berlaku, rakyat akan mengalami cabang perbahasan yang amat panjang dan mengelirukan pada masa akan datang. Naudzubillah min zalik. Moga dijauhi segala kerugian dan persengketaan.
Survival politik PAS mempunyai pasang surut tersendiri. Maka, diserahkan segalanya pada kebijaksanaan percaturan pimpinan. Sepertimana parti-parti lain.
Adapun ini sekadar dari sudut pandangan Tok Bah. Tok Bah tidak berpihak pada mana-mana parti. Sekadar ingin berkongsi perihal politik. Andai ada kekurangan dan kesalahan. Maka disusun sepuluh jari memohon keampunan.
Tok Bah
Parti Teras Kayu Malaysia
24/04/2018
No comments:
Post a Comment