Sunday, April 29, 2018

MAKLUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MAKLUMAN

Sedikit makluman pada sahabat pemahar tasbih dan gelang. Tidaklah sempat pada masa Tok Bah untuk siapkan tempahan kalian pada masa dijanjikan.

Sebagai membalas jasa kesabaran sahabat yang terlibat. Tok Bah akan memberikan saguhati tiap tempahan. Bermaksud satu tempahan tasbih/gelang kalian akan diberikan satu lagi tambahan lainnya. Maknanya beli satu percuma satu. Semoga sahabat yang terlibat memahami. Insyaallah




SULUR BERTAM JADI BATU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SULUR BERTAM JADI BATU

Item pembisa yang dikatakan tidaklah mengenal tuan. Dipesan orang-orang lama, janganlah kiranya sesekali dibuat gurauan. Elakkan diikat cincin rapat padanya kulit.

Andai terbias tanpa sengaja. Kala waktu pula hendak dizahirkan dirinya. Rendamlah permata tersebut di dalam air. Sapulah pada tempat yang terkena bias. Mudahan lurut akan segala bisanya.

Sebarang urusan dan rujukan :

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










Thursday, April 26, 2018

DELIMA KUNING ASLI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DELIMA KUNING ASLI
ITEM PINJAM

Terdapat beberapa kitab yang menyebut tentang perihal batu delima. Adapun yang menjadi pegangan Tok Bah adalah dari kitab Jauhar Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub. Terkandung akannya pada Bab 19 Pada Menyatakan Kelebihan Doa. Melalui edisi tafsiran Jawi-Rumi.

Disebut padanya itu Yaqut akan keberadaannya empat hal. Yakni Merah, Kuning, Biru dan Putih.

Telah disentuh akannya perihal kitab pada sisi yang merah dan satu yang putih. Lebihnya itu atas pengajian. Tiadalah adanya tersurat kata dalam lembaran kitab. Melainkan kembara akannya berguru padanya ahli.

Yaqut Kuning mengikut halnya dari pengajian. Merupakan ia suatu ketandaan alim pada yang memiliki. Yakni bicara itu pemilikan oleh orang-orang yang alim. Maka satu ini sebagai tunggal untuk perkongsian. Tidaklah dapat dilebihkan. Kerana menghormati akannya sanad asalan.

Tok Bah amat merasa gembira dapat berkongsi dengan sahabat akan item ini. Walaupun hanyalah item pinjam. Milikan siapa dan dari mana ia datang. Tok Bah tidak mendapat izin untuk dikongsikan. Hanyasahaya beberapa kepingan gambar ini sebagai tatapan teman.

Wallahualam













SUATU KATA

Adakalanya sifat kemanusiaan itu mengatasi segala pemikiran akal dan keberadaan pegangan. Sama ada dizahirkan atau disembunyikan. Tetap terlihat oleh mereka yang mampu menilai. Bukan sekadar ikut-ikutan.

Gambar : Teras Cendana

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Wednesday, April 25, 2018

TERAS KERANJI HITAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS KERANJI HITAM

Pohon Keranji terdiri daripada beberapa jenis. Keranji Tunggal, Keranji Bulu, Keranji Hutan, Keranji Lingkar dan lain-lain. Adapun padanya tiap satunya tiadalah mudah ditemui akan terasnya.

Teras Keranji Hitam merupakan diantara teras yang menjadi pilihan dalam kaedah pemakaian diri. Halnya ini banyak dipetik dari petua leluhur terdahulu.

Teras Keranji Hitam membawa resam padanya penawar, pendinding diri, pemanis, pelaris dan penunduk.

Antara kaedah pemakaian atasnya itu beberapa cabang. Umumnya dijadikan permata cincin. Dipakai sekehendak terkena lapisan kulit.

Adapun pula padanya orang-orang yang beramal akan sesuatu amal. Teras Keranji Hitam menjadi suatu daya kaedah dengan diamalkan dengan mandian embun. Atau 'lesek embun'. Terpulang pada turunan kaedah amal. Tidaklah tetap akan satu kaedah.

Dikatakan padanya mandian embun berintikan Teras Keranji Hitam dapat memberikan kekuatan dalaman pada pengamalnya. Dijauhi akan sifat bermalasan. Dan diperkukuhkan akan batang tubuhnya.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Tuesday, April 24, 2018

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhir-akhir ini organisasi politik PAS dikaitkan dengan penularan fahaman Wahabi. Hingga dikatakan sehingga melibatkan pimpinan tertinggi. Hingga ada ura-ura menyatakan kesediaan mereka untuk tidak lagi akan memilih PAS pada PRU kali ini.

Baik. Sekadar dari perspektif pemikiran Tok Bah. Muktamar lalu kita melihat pergelutan diantara golongan profesional dan golongan ulama di dalam PAS. Hingga rebahnya golongan profesional membawa rajuk. Lalu membuka parti serpihan.

Sedangkan jika dikaji dan direnungkan secara sepintas lalu. Kemenangan PAS pada PRU lalu adalah hasil dari gandingan profesional dan ulama. Namun, telah jelas kecenderungan golongan profesional yang bagaikan dikawal dari belakang tabir. Hingga disingkirkan mereka dari pucuk pimpinan. Adapun ini yang telah jelas. Tidak terlalu merisaukan.

Maka tidak mustahil muktamar yang akan datang kita dapat menyaksikan pergelutan diantara ulama Sunni dan Wahabi. Maka ini kerisauan. Andai perkara ini berlaku. Dan berulang mewujudkan satu lagi serpihan parti. Dikala itu, 'pemegang' Asy'ariyah dan AlMaturidiyah melalui pucuk pimpinan tertinggi terpaksa bergerak dengan lebih cekap dan pantas. Kerana andai ini berlaku, rakyat akan mengalami cabang perbahasan yang amat panjang dan mengelirukan pada masa akan datang. Naudzubillah min zalik. Moga dijauhi segala kerugian dan persengketaan.

Survival politik PAS mempunyai pasang surut tersendiri. Maka, diserahkan segalanya pada kebijaksanaan percaturan pimpinan. Sepertimana parti-parti lain.

Adapun ini sekadar dari sudut pandangan Tok Bah. Tok Bah tidak berpihak pada mana-mana parti. Sekadar ingin berkongsi perihal politik. Andai ada kekurangan dan kesalahan. Maka disusun sepuluh jari memohon keampunan.

Tok Bah
Parti Teras Kayu Malaysia
24/04/2018




Monday, April 23, 2018

TERAS DAMAR MINYAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS DAMAR MINYAK
TEMPAHAN SAHABAT

Damar Minyak atau dikenali umum sebagai 'Raja Kayu Damar Minyak'. 

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, April 21, 2018

FOSIL TULANG PLAKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

FOSIL TULANG PLAKA

Plaka atau dalam bahasa Melayu tua digelar Bumbuning. Merupakan dari jenis hidupan laut dalam. Yang dikata berupa ia seperti belangkas atau pari. Sahaya beda akannya pada otot dan sifatnya. Serta gasar akan tulangnya.

Leluhur zaman menurunkan keberadaan Plaka sebagai suatu lambang kebanggaan pada orang-orang yang dapat menanggung ia. Dek kerana tiadalah mudahnya ditemui ia.

Adalah pula pada pegangan pedoman. Tulang Plaka menjadi asbab dalam merawat karang dan permasalahan sendi. Menyemah kelelahan anak kecil. Sunting pemanis bagi anak dara. Pengeras semangat padanya sang teruna.

Kadar diatas pedoman lainnya, khusus padanya pemagar diri, pembisa, penyekat, sepuh diri, pemanis dan pengasih.

Tok Bah menjemput sahabat yang berminat untuk peminangan.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Thursday, April 19, 2018

BATANG PISANG JADI BATU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BATANG PISANG JADI BATU

Batang Pisang Jadi Batu merupakan diantara salah satu item langka. Yang mempunyai pedoman atasnya. Turunan dari leluhur zaman. Tidaklah termaktub akannya dalam ruang pemahaman yang sekadarnya.

Adapun dikatakan turun temurun, Batang Pisang Jadi Batu membawa resam penyejuk. Penyejuk dalaman, penyejuk seri, penyejuk amal dan lainnya.

Demikian pula atas nilai perubatan alternatif. Batang Pisang Jadi Batu menjadi suatu medium dalam menawarkan sihir dan santau. Pemagar diri padanya si penanggung. Serta ia sebagai sarana penunduk dan pengerat.

Terdapat dua cabang pisahan turunan. Pertama, menjadi batu dari sifat asalannya dikeranakan disumpah ia tiadalah berteras dan tiadalah mati seumurnya. Kedua, menjadi batu dari sifat asalannya dek kerana persekitaran alaminya.

Apapun, sekadar mana ia pedoman. Ambillah pada kadar yang tidak melampaui batasan.

Tok Bah menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk menyunting permata ini. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







MAKLUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah. Tamat jelajah pada kali ini. Jelajah yang dilakukan tanpa pengumuman secara zahir sememangnya sesuatu yang amat menarik dan penuh kejutan. Checkpoint terakhir adalah di Pahang semalam.

Terima kasih Tok Bah ucapkan pada sahabat-sahabat yang sudi menerima kunjungan Tok Bah. Yang muka 'blurr' terkejut sebab Tok Bah ketuk pintu rumah pun ada. Maafkan Tok Bah tentang itu. Alhamdulillah

Syukur setinggi syukur. Tanpa paksaan atau 'dakwah'. Seramai lima orang sahabat yang sudi dengan rela hati untuk bersama-sama Tok Bah dalam rangka memberi 'hibah' kepada Maahad Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan. Dengan potongan gaji bulanan. (Rujuk post lalu untuk lebih lanjut)

Walaupun Tok Bah tidak menerima sebarang komisyen atau apa-apa keuntungan diatas kepentingan ummah tersebut. Tok Bah merasa amat gembira kerana secara tidak langsung berjaya menarik sahabat-sahabat untuk memperkukuhkan benteng organisasi pembangunan modal insan mengikut landasan Islam.

Bagi Tok Bah secara peribadi. Jelajah pada kali ini adalah jelajah yang terbaik diantara sekian siri jelajah sebelumnya. Tahniah dan terima kasih sahabat semua!

Tok Bah akan berehat selama dua hari sebelum menyambung tempahan sahabat-sahabat pemahar. Insyaallah

Yang ikhlas,
Tok Bah
19/4/2018



Friday, April 13, 2018

IBU LOKET (FRAME)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

IBU LOKET
(FRAME)

Adalah ini perihal permintaan sahabat. Adapun luarannya itu dari ia Teras Bidara. Lapisan kedua ia dari Teras Kemuning Hitam. Dan dikamilkan akan gabungan beberapa juzuk diantara juzuk Batu Petir / Batu Lintar.

Adapun ini ikhtiar, kaedah padanya itu atas kehendak sahabat pemahar. Tidaklah tertakluk semata kebergantungan pada keinginan Tok Bah.

Demikian darinya pedoman pada tiap satunya. Mudahan berkat atas jalannya. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com