Sunday, October 8, 2017

SAHABAT BAHLOL DANA PERTAMA

Assalamualaikum dam selamat sejahtera.

Encik Azam merupakan sahabat pemahar sejak enam tahun lalu. Sejak fb pertama Tok Bah. Iaitu Bahlol Dana Satu. Hampir lima bulan mendiamkan diri. Hari ini kembali menempah.

Mana-mana sahabat yang telah mengenali Tok Bah sejak fb pertama. Kalian merupakan orang beruntung. Kerana dizaman tersebut, lonjakan pemikiran berlaku. Perbandingan teras-teras dilakukan di fb tersebut. Contohnya persamaan urat gemunggal dan teras jati. Beko dan petai belalang. Serta lainnya.

Bahkan banyak video pembongkaran 'test item' yang merapu dibocorkan. Dan pelbagai lagi perkara lainnya.

Hayat fb tersebut tidak bertahan lama. Detik-detik terakhir hayatnya menyaksikan banyak serangan secara peribadi dilakukan. Akhirnya Bahlol Dana pertama hilang dari mukabumi. Sebak pula dimalam ini mengenangkan kisah lama. Ahahaha..

Apapun, Tok Bah mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan yang ikhlas. Buat sahabat-sahabat yang terus bersama Tok Bah sehingga kini. Alhamdulillah

Jika dipanjangkan rezeki hayat dan masa. Mungkin kita akan bersama sekali lagi dalam aktiviti riadah bersama Tok Bah. Sepertimana yang pernah dilakukan di fb Bahlol Dana pertama. Insyaallah

Tok Bah
18 Muharam 1438




No comments:

Post a Comment