Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
MAKLUMAN
FB Tok Bah Permata & Teras tidak lagi dapat diselamatkan.
Sahabat-sahabat yang sedang berurusan dengan Tok Bah, diharap menghubungi Tok Bah melalui whatsapp untuk memudahkan urusan.
Untuk sementara, sahabat-sahabat boleh mengikuti perkembangan semasa Instagram dan Blog Tok Bah.
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Assalamualaikum. Semoga segala isi kandungan di sini membawa manafaat buat sahabat2 sekalian. Bagi sahabat yang berminat untuk menempah. Boleh membuat tempahan melalui:- Whatsapp : 01167643990 FB : Tok Bah (Original) IG : tok_bah_permata
Tuesday, October 10, 2017
Sunday, October 8, 2017
SAHABAT BAHLOL DANA PERTAMA
Assalamualaikum dam selamat sejahtera.
Encik Azam merupakan sahabat pemahar sejak enam tahun lalu. Sejak fb pertama Tok Bah. Iaitu Bahlol Dana Satu. Hampir lima bulan mendiamkan diri. Hari ini kembali menempah.
Mana-mana sahabat yang telah mengenali Tok Bah sejak fb pertama. Kalian merupakan orang beruntung. Kerana dizaman tersebut, lonjakan pemikiran berlaku. Perbandingan teras-teras dilakukan di fb tersebut. Contohnya persamaan urat gemunggal dan teras jati. Beko dan petai belalang. Serta lainnya.
Bahkan banyak video pembongkaran 'test item' yang merapu dibocorkan. Dan pelbagai lagi perkara lainnya.
Hayat fb tersebut tidak bertahan lama. Detik-detik terakhir hayatnya menyaksikan banyak serangan secara peribadi dilakukan. Akhirnya Bahlol Dana pertama hilang dari mukabumi. Sebak pula dimalam ini mengenangkan kisah lama. Ahahaha..
Apapun, Tok Bah mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan yang ikhlas. Buat sahabat-sahabat yang terus bersama Tok Bah sehingga kini. Alhamdulillah
Jika dipanjangkan rezeki hayat dan masa. Mungkin kita akan bersama sekali lagi dalam aktiviti riadah bersama Tok Bah. Sepertimana yang pernah dilakukan di fb Bahlol Dana pertama. Insyaallah
Tok Bah
18 Muharam 1438

KAYU KILIR BEREA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
KAYU KILIR BEREA
(KAYU KILIR MEMERANG)
Sekehendaknya sekian lama dibiarkan perbincangan dan pendapat. Makanya ini pendapat. Dari pedoman mereka yang bijaksana.
Adalah ia haiwan, beberapa ketika akannya sebelum berbapak ia. Diambil olehnya kayu, dan diasah ia kemaluan (dikilir kilir) hingga sentuk masanya ia. Padu asahannya. Padat sekehendaknya. Melekat akan sisanya. Maka, selesai ia.
Membawa akannya resam pada manusia. Sebagai asuhan perjalanan diri. Sebagai pengasih dan penguat tenaga batin. Memperpanjangkan ia tempoh nafsu dan senggamaan. Mengeratkan ia kasih dan sayang suami isteri.
Hendaklah semoleknya ia sepasang. Agar tidaklah hanya sebelah pihak mencapai maksudnya. Adapun satu itu memadai. Bagi mereka yang tiadalah desakan.
Demikian itu tidaklah hanya pada nafsu semata ia. Kasih akannya seteru yang melihat. Mendekat akannya mereka yang dihajat. Mudah ia bicara. Capai segala maksud. Sekehendak ia pada yang mengerti.
Adalah segala sesuatu itu dikembalikan padaNya. Iktibar dan pedoman dijadikan rujukan. Inilah pengertian sebaik fahaman.
Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Friday, October 6, 2017
SEKADAR BICARA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah. Tok Bah baru keluar dari alam bunian ni. Bolehlah kiranya Tok Bah beramas mesra bersama sahabat semua. Setelah sekian lama menjarakkan diri dari dunia manusia😂
Tiada item yang Tok Bah kutip di alam bunian sana. Bunian yang buat permohonan untuk item Tok Bah ramailah. Siap membuat permintaan untuk buat penarikan item dari alam manusia lagi. Haaa..tu barulah betul. Manusia ni khalifah. Mana boleh sang khalifah yang diciptakan sebaik-baik kejadian boleh meminta pada makhluk lain. Sekadar gurauan sahaja. Jangan marah.

Monday, October 2, 2017
TIGA TERAS
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dari kiri Teras Beko (Bonglai), Larak Salah dan Teras Pisang.
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Dari kiri Teras Beko (Bonglai), Larak Salah dan Teras Pisang.
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Sunday, October 1, 2017
OKTOBER DATANG LAGI
1 Oktober berulang lagi,
Rindu lama bertaut kembali,
Buat dirimu yang dikasihi,
Kini berada disamping Ilahi
Aturan Ilahi tidak mengizinkan,
Tiadalah dapat kami saksikan,
Pemergianmu hanyalah berseorangan,
Agar luka kami tiadalah kehausan
Oktober itu kumelihat,
Jasad terbujur tiadalah bergerak,
Kaku berseorangan tiada yang dekat,
Diam diriku bagai anak kecil berteriak
Tragedi Oktober masih diingatan,
Kasih terlerai mengikut perjanjian,
Pergilah kekasih pergilah insan,
Senyumlah dirimu diribaan Tuhan
Oktober datang lagi,
Mengutus airmata rindu kembali,
Dikala senja turunnya matahari,
Terputus ikatan nikmat duniawi
Duhai kekasih si wali keramat,
Impianmu dititip penuh berkat,
Inilah kasih tiada berpenamat,
Hancur jasad cinta tersemat
Umpama masih merah kuburanmu,
Umpama masih baru kuturun keliangmu,
Umpama masih segar penutup kuburmu,
Umpama masih terserlah senyumanmu
Masa terus berlalu,
Saat terus berdetik tanpa silu,
Airmata telah terhenti tanpa ragu,
Namun rindu selalu mengaburi kalbu
Tenanglah engkau disisi Ilahi,
Kelak kami akan menyusuri,
Sungguh rindu ini tiadalah terperi,
Menanti perutusan untuk kembali
Sepuluh tahun telah berlalu,
Kenangan bersamamu membuatku kaku,
Tiada lagi sentuhan kasihmu,
Hanya doa kuiringi buatmu
Al Fatihah :-
Allahyarhamah Jawias Binti Mat Adan. Keberangkatan pulang pada 01 Oktober 2007 jam 1700. Semoga perpisahan kita di dunia ini menjadi titik mulanya penyatuan kita diakhirat kelak. Insyaallah
Jua kepada seluruh Muslimin dan Muslimat yang telah pergi meninggalkan kita semua. Semoga roh mereka didalam kedamaian. Dan semoga kubur mereka menjadi salah satu diantara taman-taman syurga.
Semoga perjalanan kita semua bernoktah kebaikan dan husnul khatimah. Insyaallah. Amin
Gambar : Abah bersama Allahyarhamah Bonda
Tok Bah
10 Muharam 1439

Subscribe to:
Posts (Atom)