Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini genapnya Tok Bah bersama sahabat alam maya sekalian selama enam tahun. Tiga tahun di akaun Bahlol Dana 1. Setahun di akaun Bahlol Dana 2. Dan dua tahun di akaun Tok Bah ini.
Alhamdulillah. Ada sahabat yang whatsapp Tok Bah. Bertanya khabar. Bertanya tentang perkongsian yang dilihat suram akhir-akhir ini. Maka ini perihal, tiadalah berkesempatan waktu untuk Tok Bah melakukan perkongsian. Berikutan banyaknya tempahan.
Rasanya telah banyak perkongsian alamiah yang diketengahkan. Baik dari segi teras, batu, minyak mahupun antik dan lainnya. Dan rasanya masih banyak yang belum dikongsikan untuk pengetahuan bersama.
Hatta selama enam tahun ini, pelbagai karenah manusia telah dihadapi. Yang mudah, maka mudahlah. Yang sukar, maka sukarlah. Hingga menjadi ia kelaziman bagi Tok Bah.
Demikianlah pegangan dan prinsip Tok Bah. Sedari awal hingga kini, tiadalah pernah berubah. Tentangan terhadap item penarikan, permohonan dan pengisian tetap sama dalam jatidiri ini. Tidak terugah sedikitpun. Adapun perkongsian alami Tok Bah adalah melalui pengajian diri. Petikan pedoman generasi lalu yang telah melaluinya. Bukanlah sekadar penceritaan membabi buta semata untuk melariskan item.
Dalam perkongsian beberapa ketika lalu, Tok Bah ada menyatakan untuk menulis dan membukukan setiap perkongsian yang telah Tok Bah lakukan. Mungkin telah sampai masanya penulisan itu dimulakan.
Apakala bermulanya tinta menyentuh dakwat, maka perkongsian di alam maya ini akan dihentikan seketika waktu. Hingga sampai ketetapan diri. Saatnya itu, sekutu-sekutu Tok Bah memainkan peranan meneruskan perkongsian alamiah ini. Insyaallah
Siapakah sekutu Tok Bah? Telah dikongsikan sebelumnya sekutu-sekutu ini. Akan dikongsikan kembali kelak. Apabila tiba masanya. Insyaallah
Pun buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Utamanya sahabat yang sebermula waktu kemunculan Bahlol Dana hingga wujudnya Tok Bah. Andai ada kesilapan dan kekasaran bahasa serta sikap Tok Bah yang kurang menyenangkan. Di malam yang mulia ini, Tok Bah menyusun sepuluh jari. Memohon keampunan. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Semoga ukhuwwah antara kita ini terjalin dalam ikatan rahmat dan barokahNya. Amin
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Tok Bah
14/09/2017
No comments:
Post a Comment