Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terlalu lama rasanya tidak menjenguk sahabat-sahabat alam maya. Semoga sahabat semua baik-baik sahaja.
Waktu amat mencemburui untuk Tok Bah lakukan perkongsian. Yang sekian lama rasanya telah tidak dilakukan.
Kesibukan dialam realiti membataskan Tok Bah untuk menzahirkan diri di alam maya ini. Diulangi. DI ALAM REALITI. Bukan alam sebelah. Mahupun alam ghaib. Apatah lagi di alam fantasi. Ahahaha..sekadar bergurau. Rindu pula Tok Bah pada sahabat semua.
Apapun, andai berkesempatan. Tok Bah akan lakukan perkongsian. Insyaallah
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Assalamualaikum. Semoga segala isi kandungan di sini membawa manafaat buat sahabat2 sekalian. Bagi sahabat yang berminat untuk menempah. Boleh membuat tempahan melalui:- Whatsapp : 01167643990 FB : Tok Bah (Original) IG : tok_bah_permata
Saturday, September 30, 2017
Wednesday, September 20, 2017
AIR MANI GAJAH JADI BATU
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
AIR MANI GAJAH JADI BATU
*Tiada Ulasan
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
AIR MANI GAJAH JADI BATU
*Tiada Ulasan
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
TEMPAHAN SAHABAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sebahagian lagi tempahan sahabat siap. Akan diposkan esok. Insyaallah

Monday, September 18, 2017
SEKADAR BICARA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masuk alam ghaib nak buat penarikan. Jumpa raja bunian. Raja bunian bagi item sintetik. Keluar dari alam ghaib. Jumpa guru. Buat pengisian pula. Kemudian masukkan di fb untuk dijual.
Sold out. Masuk lagi alam ghaib. Ulang bacaan diatas sampai lena. Hahaha..
Yang Tok Bah hairan dari dulu sampai sekarang. Orang yang percaya sangat tu. Tak sedar kah diri sedang diperbodohkan? Tok Bah tanya je. Jangan marah.
Karut marut disukai ramai,
Ramainya bebal si bodoh piang,
Kalau mengarut kesukaan ramai,
Alamak pening sampai ke siang
P/s : Tok Bah buat penarikan joran je. Itupun kalau umpan mengena.
Tok Bah
27 Zulhijjah 1438

Saturday, September 16, 2017
TERAS PENUNDUK HITAM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TERAS PENUNDUK HITAM
Teras Penunduk Hitam merupakan salah satu diantara sekian banyak pakaian diri pahlawan dahulukala.
Adapun diturunkan dari generasi ke generasi, bahawa Teras Penunduk Hitam ini akan khasiatnya yang alami.
Akannya sebagai penunduk bagi pandangan mata. Jualah ia sebagai satu sarana pemagar diri dari kejahatan makhluk. Serta asbab padanya pematah sihir dan ilmu tuju-tuju. Sekira-kira ia sebagai suatu pedoman menundukkan musuh seteru.
Halnya akan pakaian 'ibu rumah', tiadalah merosak akannya khianat manusia. Dengan ditanggungkan ia padanya pintu utama dan pintu kedua perteduhan.
Leluhur tua menurunkan bahawa Teras Penunduk Hitam dijadikan asbab penawar dan pematah serangan musuh. Yakni menjadi ia pakaian para pahlawan. Tiadalah masuk sebarang tusukan, melainkan dibabaskan ia serangan.
Demikian pedoman dari mereka yang telah melaluinya.

Friday, September 15, 2017
ANAK-ANAK TAHFIZ
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
BERKENAAN ANAK-ANAK TAHFIZ
Berkenaan anak-anak Tahfiz yang terkorban dalam tragedi kebakaran.
Usahlah dibicarakan perihal dosa pahala mereka. Sedih Tok Bah membacanya. Jika mereka mempunyai dosa sekalipun. Dosa bagi mereka itu seumpama debu yang melekat di pakaian. Cukup sekadar dikibas untuk menghilangkannya.
Bicarakanlah perihal yang baik-baik. Mereka mendahului kita diatas landasan ilmu.
Bagi sahabat-sahabat Tok Bah yang ingin menyalurkan bantuan. Sila rujuk gambar di bawah. Bantuan terus ke Tahfiz DQI.

Thursday, September 14, 2017
ENAM TAHUN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini genapnya Tok Bah bersama sahabat alam maya sekalian selama enam tahun. Tiga tahun di akaun Bahlol Dana 1. Setahun di akaun Bahlol Dana 2. Dan dua tahun di akaun Tok Bah ini.
Alhamdulillah. Ada sahabat yang whatsapp Tok Bah. Bertanya khabar. Bertanya tentang perkongsian yang dilihat suram akhir-akhir ini. Maka ini perihal, tiadalah berkesempatan waktu untuk Tok Bah melakukan perkongsian. Berikutan banyaknya tempahan.
Rasanya telah banyak perkongsian alamiah yang diketengahkan. Baik dari segi teras, batu, minyak mahupun antik dan lainnya. Dan rasanya masih banyak yang belum dikongsikan untuk pengetahuan bersama.
Hatta selama enam tahun ini, pelbagai karenah manusia telah dihadapi. Yang mudah, maka mudahlah. Yang sukar, maka sukarlah. Hingga menjadi ia kelaziman bagi Tok Bah.
Demikianlah pegangan dan prinsip Tok Bah. Sedari awal hingga kini, tiadalah pernah berubah. Tentangan terhadap item penarikan, permohonan dan pengisian tetap sama dalam jatidiri ini. Tidak terugah sedikitpun. Adapun perkongsian alami Tok Bah adalah melalui pengajian diri. Petikan pedoman generasi lalu yang telah melaluinya. Bukanlah sekadar penceritaan membabi buta semata untuk melariskan item.
Dalam perkongsian beberapa ketika lalu, Tok Bah ada menyatakan untuk menulis dan membukukan setiap perkongsian yang telah Tok Bah lakukan. Mungkin telah sampai masanya penulisan itu dimulakan.
Apakala bermulanya tinta menyentuh dakwat, maka perkongsian di alam maya ini akan dihentikan seketika waktu. Hingga sampai ketetapan diri. Saatnya itu, sekutu-sekutu Tok Bah memainkan peranan meneruskan perkongsian alamiah ini. Insyaallah
Siapakah sekutu Tok Bah? Telah dikongsikan sebelumnya sekutu-sekutu ini. Akan dikongsikan kembali kelak. Apabila tiba masanya. Insyaallah
Pun buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Utamanya sahabat yang sebermula waktu kemunculan Bahlol Dana hingga wujudnya Tok Bah. Andai ada kesilapan dan kekasaran bahasa serta sikap Tok Bah yang kurang menyenangkan. Di malam yang mulia ini, Tok Bah menyusun sepuluh jari. Memohon keampunan. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Semoga ukhuwwah antara kita ini terjalin dalam ikatan rahmat dan barokahNya. Amin
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Tok Bah
14/09/2017

Wednesday, September 13, 2017
DI JALANNYA (11)
Assalamualaikum pembuka kata,
Buat sahabat dirindui sentiasa,
Sekadar Tok Bah meluahkan kata,
Pesanan diri dan umumnya nyata
Rumi menari atas jalanNya,
Aku menari atas kecelakaanNya,
Membuahkan hasil kurang bermaya,
Lantas terhapus kealam maya
Ramainya orang berkehendak ilmu,
Ditipu pula oleh sang bergelar guru,
Konon sucinya sanad berlagu,
Hakikat asalnya hanyalah palsu
Jalan kekafiran dikata Iman,
Jalan sesat dikata kebenaran,
Jalan terpesong dibuat pedoman,
Kelak tersungkur disalahkan Tuhan
Tarian itu seni menawan,
Lenggang lengok mencari keTuhanan,
Langkah sepi beralun aman,
Nafas sebidang hilanglah syaitan
Wahai sahabat dikasihi sekalian,
Berpegang teguh pada keimanan,
Pedoman tua dijadikan pengajaran,
Hikmah leluhur tinggalan zaman
Tok Bah Junior (Nur Muhammad Bin Hafiz)
23 Zulhijjah 1438
Buat sahabat dirindui sentiasa,
Sekadar Tok Bah meluahkan kata,
Pesanan diri dan umumnya nyata
Rumi menari atas jalanNya,
Aku menari atas kecelakaanNya,
Membuahkan hasil kurang bermaya,
Lantas terhapus kealam maya
Ramainya orang berkehendak ilmu,
Ditipu pula oleh sang bergelar guru,
Konon sucinya sanad berlagu,
Hakikat asalnya hanyalah palsu
Jalan kekafiran dikata Iman,
Jalan sesat dikata kebenaran,
Jalan terpesong dibuat pedoman,
Kelak tersungkur disalahkan Tuhan
Tarian itu seni menawan,
Lenggang lengok mencari keTuhanan,
Langkah sepi beralun aman,
Nafas sebidang hilanglah syaitan
Wahai sahabat dikasihi sekalian,
Berpegang teguh pada keimanan,
Pedoman tua dijadikan pengajaran,
Hikmah leluhur tinggalan zaman
Tok Bah Junior (Nur Muhammad Bin Hafiz)
23 Zulhijjah 1438
Tuesday, September 12, 2017
MAKLUMAN TEMPAHAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
MAKLUMAN TEMPAHAN
Tempahan terakhir diterima adalah pada 17/09/2017. Dan tiada tempahan akan diambil sehingga 27/09/2017.
Ini berikutan Tok Bah akan melakukan trip pendakian dan pencarian teras. Kerana stok sedia ada semakin berkurangan. Berikutan tempahan-tempahan yang tiada henti.
Semoga sahabat sekalian yang terlibat. Memahami akan perkara ini.
Tok Bah
22 Zulhijjah 1438

Assalamualaikum dan selamat sejatera.
TEMPAHAN SAHABAT
Sebahagian tempahan sahabat dari Temasek. Akan diposkan Khamis nanti. Insyaallah
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
TEMPAHAN SAHABAT
Sebahagian tempahan sahabat dari Temasek. Akan diposkan Khamis nanti. Insyaallah
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
Sunday, September 3, 2017
PENANGGUHAN TEMPAHAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PENANGGUHAN TEMPAHAN
Buat sahabat pemahar yang dikasihi sekalian. Tok Bah dengan merendah diri menyatakan bahawa tempahan yang dilakukan ditangguhkan sementara pembuatannya. Minggu ini Tok Bah tidak akan menyentuh sebarang tempahan.
Bahawa ini perihal faktor kesihatan Tok Bah yang tidak mengizinkan kerja-kerja dilakukan.
Semoga sahabat-sahabat yang terlibat mengerti akan putusan ini. Satu sanjungan kemaafan dan balasan budi baik sahabat pemahar sekalian dipinta. Setinggi-tinggi kemaafan sekali lagi diucapkan.
Tok Bah
12 Zulhijjah 1438

Subscribe to:
Posts (Atom)