Assalamualaikum dan salam sejahtera.
BADIK GAGAK BERSIUL
(GAT TUNGGAL)
Diantara asuhan dan pedoman leluhur terdahulu. Badik bukanlah hanya menjadi senjata untuk bertikam. Bahkan ia sebagai salah satu diantara sekian kaedah pemakaian diri. Bahkan tidaklah ditempa sewenangnya. Melainkan akannya jadual jarah dan panduan bulan. Dan ditempa ia mengikut kaedah dan sifir pengajian.
Halnya ini adalah Badik Gagak Bersiul BerGat Tunggal. Bahawa akannya ia siulan (rujuk gambar 5,6,7) itu adalah ia ketandaan bagi rezeki. Siulan memanggil. Yang jauh didekatkan. Yang selisih dikasihkan. Yang sukar dipermudahkan. Rahsia jalan dalam ketenangan.
Dan akannya Gat Tunggal diatasnya siulan. Bahawa akannya Gat Tunggal itu hadapan akannya bersamaan siulan. Ketandaan ia akan penyekok (penyekat). Dijauhkan akan permusuhan ia. Pematah akannya ilmu seteru ia. Penyekat akannya sihir ia. Dan dari segala keburukan.
Bermiang perak seteri teri dari awalan hingga akannya akar. Aluran padanya jasad. Beralun alun si anak sungai. Jelas dan tersembunyi. Hasilnya ia kebijaksanaan leluhur terdahulu.
*Sebarang komen PM atau yang tidak berkaitan tidak akan dilayan untuk item ini. Tok Bah menjemput sahabat yang beradab dan berbudi. Yang faham akan nilainya antik untuk meminang. Insyaallah
Whatsapp : 0182549012
No comments:
Post a Comment