Thursday, September 29, 2016

MAKLUMAN (5)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MAKLUMAN
SEMPENA CUTI SEKOLAH

1. Booking untuk berkhatan/bersunat dibuka. Untuk 30 orang sahaja. Berumur 9-12 tahun sahaja. Berkhatan dirumah. Daerah Kota Bharu dan Pengkalan Chepa.

2. Sebarang whatsapp nak tambah bearing atau yang mengarut lainnya. Tok Bah akan screenshot. Dan muatnaik di fb. Termasuk nombor telefon dan gambar tuannya sekali.

3. Untuk tahun ini, Tara Klamp tidak akan digunapakai. Akan mengikut prosedur standard. Sepertimana dilakukan di klinik dan hospital.

4. Disposable Circumcision Set akan digunakan. Scissor, forcep dan lain2 dibuat dari carbon steel. Jadi, tidak perlu risau akan ketajaman dan ketahanannya.

5. Berkenaan bayaran. Bayaran bagi peralatan yang diguna adalah wajib. Upahnya adalah mengikut kemampuan.

Sekian. Terima kasih.

Tok Bah
M.A 12940
29/09/2016

Tuesday, September 27, 2016

TERAS BETIK JANTAN (RAMBAI) & TERAS BETIK BETINA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS BETIK JANTAN (RAMBAI) & TERAS BETIK BETINA

Umum mengetahui bahawasanya pohon betik itu tiadalah akannya ia berteras. Apakala berteras ia, maka disinilah duduk perkara yang perlu direnungkan. Adanya hikmah yang diturunkan untuk kebaikan ummat manusia.

Diantara khasiat2 yang diturunkan. Bahawa ia teras, asbab padanya sebagai penyejuk amalan. Utamanya amalan yang bersifat panas. Pun adanya sebagai pematah ilmu sihir dan seteru madu. Pendinding diri akannya dari kejahatan halus.

Atasnya ia penyebab menghentikan sedu tangis bayi. Dengan jelung ia rendaman air teras padanya bayi. Dan sebesar asbab padanya, pengikat kasih sayang suami isteri.

Adalah diceritakan dari sahabat pemahar sebelumnya. Beramal akannya rendaman air teras ini. Yakni rendaman kedua teras betik jantan dan betina. Diberi minum padanya si isteri yang bernafsu besar. Terpasung ia isteri. Tiadalah keluar malam. Terselamat akannya mahligai bersama.

Demikian segala halnya, maka wajiblah kita sebagai hamba mengembalikan segala sesuatu itu padaNya. Setiap usaha hendaklah sentiasa seiringan dengan ikhtiar.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan untuk item ini kepada sahabat2 sekaliannya. Insyaallah.

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Sunday, September 25, 2016

TERAS KEKABU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 Tok Bah sekaliannya.

TERAS KABU (KEKABU)

Maka telah diperturunkan petua serta pengajaran dari orang2 terdahulu mengenai Teras Kekabu. Mengikut halnya pengalaman mereka yang telah melaluinya.

Mujarablah akannya ia sebagai penawar bagi sakit sendi saraf.  Membawa ia resam ketahanan kulit dan kebal darurat. Pedoman mengatakan, tidaklah lemas barangsiapa yang menuntut ia akan teras ini.

Adapun yang utama dari yang lainnya. Yakni sebagai asbab ikhtiar menimbulkan mayat yang mati lemas. Menimbulkan mayat yang hilang. (Melalui kaedah)

Dan sesungguhnya segala sesuatu itu adalah dengan izinNya. Adapun usaha dan ikhtiar itu hendaklah sentiasa seiringan. Tidaklah dijadikan sesuatu itu sia2. Melainkan ada kerja gunanya untuk umat ini.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Friday, September 23, 2016

FOSIL TULANG HARIMAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

FOSIL TULANG HARIMAU

Adalah ia resam sang belang. Menjadi ia diantara kaedah pemakaian leluhur terdahulu.

Leluhur terdahulu menurunkan. Bahawa akannya pedoman, barangsiapa yang menanggung akannya resam si belang. Asbab atasnya sebagai penunduk. Serta padanya ia penggerun. Dan tiadalah hampir permusuhan itu, melainkan terpatah niatnya musuh.

Dipedomankan juga atasnya, dinafikan akannya ilmu sihir. Pada kiranya pandangan mata. Dan pengibu akannya sebagai pelimun.

Suka untuk Tok Bah ingatkan, setiap perihal itu hendaklah dikembalikan padaNya. Adapun ikhtiar dan usaha itu hendaklah seiringan.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Tuesday, September 20, 2016

KAYU LUZ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KAYU LUZ

"Tongkat adalah tanda orang beriman dan sunnah para Nabi. Dan sesiapa yang keluar berlayar jauh (musafir) dengan membawa bersamanya tongkat dari kayu Luz, dia diselamatkan Allah daripada segala binatang buas yang memudaratkan dan pencuri yang derhaka (berdosa)." - (Riwayat Ibnu Abbas)

Adapun perihalnya kayu Luz ini, banyak rata ratanya dikaitkan dan disamakan akannya ia kayu Tas/Limpanas/Hujan Panas. Dek kerana seakan sama sifat uratnya. Namun, berbeza ia sifat. Baik beratnya. Baik kulitnya. Bahkan tiadalah pohon Luz itu tumbuh, melainkan tumbuhnya hanya di kawasan padang pasir. Utamanya di Timur Tengah.

Tok Bah jadikan kayu Luz ini sebagai potongan2 kecil. Berukuran 5.5 cm setiap satunya. Sebagai meraikan keberkatannya. Dikongsi serba sedikit. Dan dengan harga yang tidak memberatkan. Insyaallah

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Sunday, September 18, 2016

MAKLUMAN (4)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MAKLUMAN

Kos penghantaran parcel ke Singapura telah meningkat sebanyak RM22.50. Berbanding sebelum ini iaitu RM50 bagi setiap timbangan 500 gm ke bawah.

Bagi sahabat2 pemahar dari Singapura. Kos pengeposan untuk kalian, Tok Bah tetap mengambil dengan harga sebelumnya. Iaitu RM50 sahaja. Selebihnya dibawah tanggungan Tok Bah. Bagi tidak memberatkan sahabat2 sekalian. Melainkan item yang ditempah melebihi berat 500 gm.

Semoga berpanjangan urusan dan ukhuwwah kita bersama. Insyaallah

Tok Bah
18/09/2016

Wednesday, September 14, 2016

FOSIL GERAHAM GAJAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

FOSIL GERAHAM GAJAH

Adalah halnya Geraham Gajah. Akannya perihal pemakaian diri. Mengikut akannya pedoman leluhur terdahulu.

Bahawa ia sebagai penggerun dan penunduk. Jua akannya pembabas marabahaya. Baiklah akannya keburukan zahir atau halus, terhindar sekira kira padanya.

Sifatnya ia sebagai pelimun (kelimunan). Berpedomankan akannya ia kelebihan yang ditanggung gajah. Yang mampu mengeluarkan wap dari tubuh tatkala merasakan dirinya diancam. Hingga tiadalah kelihatan hatta di depan mata. Maka, tiadalah musuh itu melainkan terhindar akannya.

Dan tiadalah ada kata2. Kecuali bagi mereka yang mengecapi dan melalui sendiri akannya. Tidaklah sesuatu perkara itu terkurung padanya beberapa perihal semata. Melainkan diambil ghalib2 pada pedoman yang sekata.

Suka Tok Bah ingatkan, hendaklah dipulangkan kepadaNya atas segala apa yang diizinkanNya.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Friday, September 9, 2016

TASBIH TERAS IBO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH TERAS IBO

Umum mengetahui khasiat Teras Ibo. Yang utama akannya sebagai pembisa. Sehingga dilarang olehnya orang2 tua daripada kanak2 dan perlulah dielak ia bergurau yang membawa kepada tepuk menepuk. Tiadalah izin gurauan diatas pembisa yang sebegini.

Khasiat lainnya pada kira2nya, diasbabkan atasnya sebagai pemagar diri dan meningkatkan wibawa diri. Serta padanya mengeraskan semangat yang lemah.

Pedoman leluhur terdahulu menyatakan. Asbab akannya sebagai penghalau makhluk halus dan pendinding dari kecelakaan yang bersifat hasutan. Dan menunduklah akannya lawan dalam pergelutan yang singkat. Dan padanya ia sebagai sebaik2 simpanan untuk mempertahankan diri.

Demikian pula akannya perihal Tasbih Teras Ibo. Makanya ia merupakan dalam kalangan 'Tasbih Pembisa'. Menyerap akannya zikir dan amalan yang diguna bersamanya. Makanya itu khasiat amalan dan alami bersatu. Mudahan mendatang ia segala rahmat dan berkah. Membisa amal dan berdarah daging ia akan halnya.

Adalah segala sesuatu itu dikembalikan padaNya. Pedoman dan pengajaran diambil sebagai rujukan ilmu. Sebagai panduan jalan.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

*Item ini adalah tunggal*

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Thursday, September 8, 2016

BADIK GAGAK BERSIUL (GAT TUNGGAL)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

BADIK GAGAK BERSIUL
(GAT TUNGGAL)

Diantara asuhan dan pedoman leluhur terdahulu. Badik bukanlah hanya menjadi senjata untuk bertikam. Bahkan ia sebagai salah satu diantara sekian kaedah pemakaian diri. Bahkan tidaklah ditempa sewenangnya. Melainkan akannya jadual jarah dan panduan bulan. Dan ditempa ia mengikut kaedah dan sifir pengajian.

Halnya ini adalah Badik Gagak Bersiul BerGat Tunggal. Bahawa akannya ia siulan (rujuk gambar 5,6,7) itu adalah ia ketandaan bagi rezeki. Siulan memanggil. Yang jauh didekatkan. Yang selisih dikasihkan. Yang sukar dipermudahkan. Rahsia jalan dalam ketenangan.

Dan akannya Gat Tunggal diatasnya siulan. Bahawa akannya Gat Tunggal itu hadapan akannya bersamaan siulan. Ketandaan ia akan penyekok (penyekat). Dijauhkan akan permusuhan ia. Pematah akannya ilmu seteru ia. Penyekat akannya sihir ia. Dan dari segala keburukan.

Bermiang perak seteri teri dari awalan hingga akannya akar. Aluran padanya jasad. Beralun alun si anak sungai. Jelas dan tersembunyi. Hasilnya ia kebijaksanaan leluhur terdahulu.

*Sebarang komen PM atau yang tidak berkaitan tidak akan dilayan untuk item ini. Tok Bah menjemput sahabat yang beradab dan berbudi. Yang faham akan nilainya antik untuk meminang. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012