Tuesday, March 19, 2024

BADIK COLEK KAPUR

 Badik Colek Kapur merupakan Badik istiadat pemakaian sulit orang-orang terdahulu terutama bagi warisan Kelantan-Pattani.


Badik Colek Kapur dijadikan sebagai istiadat menyireh pinang dalam bawaan pakaian sulit. Yang terkandung padanya hikmah dan hikmat. 


Antara diperturunkan itu adalah sebagai pelusuh sihir dan ilmu halus, menyelar saka serta menundukkan lawan.


Adapun besinya pula pada ghalib tempaan itu dari besi yang terpilih. Yang membawa resam berbisa dan berpenawar. 

Whatsapp : 01167643990










Saturday, March 16, 2024

BESI KUNING + GOBEK BUTA

Item Pre Order. Permata Besi Kuning + Ring Gobek Buta.

Whatsapp : 01167643990









Monday, March 11, 2024

BADIK AZIMAT

 Badik seringkali terkait dengan 'rahsia jalan'. Dalam kaedah bawaan diri masyarakat Melayu Kelantan-Pattani. Awalan perjalanan itu bermulanya dengan Badik. Setingkat setelahnya Lembing. Terkemudian Keris. Dan akhirnya Sundang yang dinisbahkan sebagai takhta.


Badik yang dinisbahkan sebagai pakaian diri adalah pelbagai. Antaranya segenggam pulut iaitu bersaiz segenggam lebih. Sepucuk ubi iaitu bersaiz telapak tangan dan secuit garam iaitu pada kadar dua ruas jari. Gelar kias orang tua dulu macam-macam. Ambo pun petik ayat orang tua. Toksah minta dalil. Secuit garam ambo tak sama dengan secuit garam kalian. 


Bawaan sebagai pakaian sulit pada ghalibnya disandarkan pada yang utama itu keberkatan tukangnya. Pemilihan besi terpilih. Dan ketandaan-ketandaan pada badik. Ada lagi kaedah cabang lainnya. Sekadar adanya dikongsi disini.


Sapir dan hulu badik ini dari Kayu Kemuning Kuning. Jika berkenan boleh terus whatsapp. Insyaallah


Whatsapp : 01167643990










Friday, March 8, 2024

KERIS LOK GENAP

 Keris Lok Enam. Tidak dituntut oleh pemahar asal. Permaharan dibuka kembali untuk sahabat lain. Kenan boleh terus whatsapp.


Lok Genap banyak versinya. Ada yang mengatakan keris bagi orang perempuan. Ada juga mengatakan keris untuk orang kidal. Bahkan ada yang menyatakan keris penutup tempaan, yakni tukang keris sudah tidak mahu lagi menukang.


Adapun dari versi kebatinan. Keris Lok Genap menjadi aras kekuatan si penanggung dalam menghadapi sebarang keilmuan seteru. 

Whatsapp : 01167643990








Friday, March 1, 2024

PANDAI SARAS BAJA PUTIH

 Pandai Saras Baja Putih Ular Lidi. Lok Sembilan. 


Pandai Saras Baja Putih merupakan antara karya Saras yang semakin sukar untuk ditemui. Lebih lagi dalam saiznya yang diperkira sebagai saiz pakaian diri. Ditambah pula dalam bentukannya yang terdiri dari Lok Ular Lidi. 


Whatsapp : 01167643990