Keris Pandai Saras. Bunga Saras sepanjang bilah.
Whatsapp : 01167643990
Assalamualaikum. Semoga segala isi kandungan di sini membawa manafaat buat sahabat2 sekalian. Bagi sahabat yang berminat untuk menempah. Boleh membuat tempahan melalui:- Whatsapp : 01167643990 FB : Tok Bah (Original) IG : tok_bah_permata
PANDAI SARAS TUAN KECIL
Pandai Saras Tuan Kecil ada ceritanya tersendiri. Diturunkan dari mulut ke mulut yang bertukar milik pada tiap pemilikan. Di zaman tiga Pandai menempa besi keramat lagi berhikmah sebagai senjata. Adalah tiap ceritanya itu pada tiap penempaan.
Arakian terdapatlah seorang alim yang digelar sebagai Tuan Besar ingin menempa Keris sebagai bekalan perjalanan kepada anaknya yang dikata anggar berumur belasan. Maka dibawa iringlah besi-besi terpilih kepada tukang Pandai Saras dengan diiringi para muridnya Tuan Besar berambal-ambalan menuju kepada Pandai Saras. Melalui akannya alun-alun sekati sebudi semampat tanah nenek moyang pusaka.
Mahsyurlah anta permana dengan lantunan zikir agar mendapat akannya kelak isi-isian yang dipenuhi afwah.
Demikian setelah ditanya akan ia Pandai Saras kepada Tuan Besar akan sekehendak jadinya Keris berjalan. Maka diserah tugas sepenuh-penuh atas keikhlasan dan kepandaian Pandai Saras. Semenjadi agar berkatlah jalan dan haluan. Hanya satu diingin tambahan. Hujung bilahnya dari batu langit yang hitam. Iaitu besinya dari tahi bintang.
Maka sesudah penempaan yang berjumlah dua tahun waktu. Baharilah akan kejadian Kerisnya. Terpukullah keindahan yang tidak terperi dan semangat yang bagaikan mengalir menyebati tatkala digenggam akan dia Keris.
Syukurlah Tuan Besar diatas keindahan nan kian seperti senja yang melabuh alam. Seketika Pandai Saras mengambil kembali tatkala Tuan Besar ingin berangkat pergi. Seakan tidaklah mengizinkan lepasnya ia Keris. Walhal pada isian itu telah mencangkupi keinginan. Seakan-akan tidaklah dibuat berbeka-beka pula hajatnya yang lain.
Maka dalam kehairanan Tuan Besar. Tujulah akannya Pandai Saras agar datanglah Tuan Kecil sendiri yang menyambut pulang Kerisnya. Pada makrifatnya Pandai Saras, Tuan Kecil itu ada keberkatan yang lebih besar dari bapanya itu sendiri.
Segandi guni beriras papat, besi ditempa menjadi berkat. Hadirlah Tuan Kecil memenuhi permintaan Pandai Saras. Yang terkemudian menghulurkan Keris tersebut dalam berbogel rupa tanpa sarung dan hulu.
Menyambutlah akan ia Tuan Kecil tanpa menyentuh matanya senjata. Digenggam puting setelam nafas. Rasuk akannya semangat yang terbatas. Menimbulkan hairan si Tuan Besar. Namun dibiar kerana tiadalah akannya ahli didalam keramatnya ilmu persenjataan.
Dalam rasuk yang terbatas, dalam makrifat yang telah jelas. Maka ditekanlah ibu jari dan jari telunjuk Tuan Kecil akan bilah Keris yang telah sempurna kejadiannya itu. Saat tika itulah berbekas kesannya jari Tuan Kecil pada bilah Keris. Sebagaimana kemudiannya menjadi ketandaan buat generasi-generasi terkemudian.
Picit keramat genggaman jalan. Melangkah selamat pulang keharuman.
Demikian kisahnya Keris Pandai Saras Tuan Kecil mendapat nama.
#whatsapp #01167643990
Badik Colek Kapur merupakan Badik istiadat pemakaian sulit orang-orang terdahulu terutama bagi warisan Kelantan-Pattani.
Badik Colek Kapur dijadikan sebagai istiadat menyireh pinang dalam bawaan pakaian sulit. Yang terkandung padanya hikmah dan hikmat.
Antara diperturunkan itu adalah sebagai pelusuh sihir dan ilmu halus, menyelar saka serta menundukkan lawan.
Adapun besinya pula pada ghalib tempaan itu dari besi yang terpilih. Yang membawa resam berbisa dan berpenawar.
Badik seringkali terkait dengan 'rahsia jalan'. Dalam kaedah bawaan diri masyarakat Melayu Kelantan-Pattani. Awalan perjalanan itu bermulanya dengan Badik. Setingkat setelahnya Lembing. Terkemudian Keris. Dan akhirnya Sundang yang dinisbahkan sebagai takhta.
Badik yang dinisbahkan sebagai pakaian diri adalah pelbagai. Antaranya segenggam pulut iaitu bersaiz segenggam lebih. Sepucuk ubi iaitu bersaiz telapak tangan dan secuit garam iaitu pada kadar dua ruas jari. Gelar kias orang tua dulu macam-macam. Ambo pun petik ayat orang tua. Toksah minta dalil. Secuit garam ambo tak sama dengan secuit garam kalian.
Bawaan sebagai pakaian sulit pada ghalibnya disandarkan pada yang utama itu keberkatan tukangnya. Pemilihan besi terpilih. Dan ketandaan-ketandaan pada badik. Ada lagi kaedah cabang lainnya. Sekadar adanya dikongsi disini.
Sapir dan hulu badik ini dari Kayu Kemuning Kuning. Jika berkenan boleh terus whatsapp. Insyaallah
Whatsapp : 01167643990