Friday, December 30, 2022

BATU LINTAR KAPAK HIJAU

 Permaharan rough ditarik kerana sudah ada yang menempah permata. Bilamana dibelah nyatalah zahirnya. Petir Kapak Hijau. Hanya tiga permata sahaja berjaya dikeluarkan dari saiznya yang agak cinonet. Satu jasad tiga pamoran berbeza. 


Paling kanan kelapakan Tapak Jalak halusan. Tengah pula adanya satu keliang besi. Amat jarang bagi Batu Lintar yang mempunyai keliangan besi. Kiri gambar pula bercula sisikan ular. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com















Monday, December 26, 2022

FOSIL TULANG MAWAS

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


FOSIL TULANG MAWAS


Mawas atau digelar oleh leluhur tua sebagai Aman. Jika kedengaran akan bunyian Mawas ketika di hutan tebal, tiadalah perlu khuatir akan binatang buas. Kerana kehadiran Mawas ini, menjauhlah akannya binatang buas. Pada setiap jalan yang dilaluinya, mereka akan melibas dengan tangan mereka untuk membuka jalan. Dan mata mereka sentiasalah tergendah keatas. Memandang padanya langit.


Mengikut perihal leluhur. Tulang Mawas ini mempunyai daya tersendiri dalam kaedah pemakaian diri. Membawa akannya resam penunduk dan penggerun serta pembisa. Serta akannya ia sebagai pendinding diri dan pematah ilmu musuh.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com















Thursday, December 22, 2022

FOSIL MADU & FOSIL SARANG LEBAH

 FOSIL MADU & FOSIL SARANG LEBAH


"Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang-orang yang berfikir." -(An Nahl : 69)


Demikian sedikit petikan dari kitab yang mulia berkenaan perihalnya madu lebah. Dan beruntunglah bagi mereka yang dianugerahkan REZEKI FAHAM. 


Adapun Madu Lebah Menjadi Batu itu merupakan diantara sekian pakaian diri yang utama bagi leluhur terdahulu. Demikian itu diantara tapisan demi tapisan ilmu tua. 


Bahawa ia madu lebah menjadi batu, antara asbab ikhtiarnya sebagai pengasih, pelaris, pemanis, seri diri, penarik kerezekian dan diantara sekalian penawar yang mujarab. 


Tiadalah dinafikan ayatnya Al Quran itu, melainkan dilebar luaskan lagi ilmu dan pemahamannya. Demikian cerdik pandai terdahulu memainkan peranan yang amat besar untuk direnungkan generasi kini. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
















Wednesday, December 21, 2022

TARING BERUANG

 Taring Beruang. Permatanya tinggal satu. Satu dah ada sahabat pick up. Tak sempat ambil semua gambar terlebih dahulu. Yang taring pangkal tajam dia tu pun dah ada pemahar. 


Barang ni agak mahal dari kebiasaan permata lain. Tapi agak murah dan kurang ori bagi penganut 'mahal itu ori, murah itu tak ori' walaupun walhalnya dia sendiri nak beli mee celup lima amah pun cari syiling celah katil. 


Taring Beruang ni lebih ke arah penggerun, wibawa diri dan pendinding. Nak detail cek status Kuku Beruang semalam. Lebih kuranglah. Malas Tok Bah nak tulis panjang-panjang.


Whatsapp : 0189010623














Tuesday, December 20, 2022

KUKU BERUANG ASLI

 TARING BERUANG


Warisan ilmu leluhur itu pelbagai cabang. Terutama terhadap ilmu alam terhadap kegunaan bawaan diri. Makanya amatlah rugi kiranya kesenian ilmu warisan itu tidak diteruskan oleh generasi baharu. 


KUKU BERUANG melalui terusan leluhur dinisbahkan sebagai salah satu pakaian diri yang ampuh. Sarana penggerun dan jua penunduk. Serta antaranya itu menawar ilmu musuh. Pemasak gerak lawan dan pengukuh diri.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com