Wednesday, September 28, 2022

SEGENGGAM PULUT, SEKILAS HURUF

 Segenggam Pulut, Sekilas Huruf


Lam Jalalah samada amalan atau sekadar bawaan amat besar khasiatnya. Ianya merupakan sebuah simbolik ketas kalimah La Haula Wala Quwwata Illah Billah yang bererti Tiada  Daya Upaya Dan Tiada Kekuatan Kecuali Dengan Izin Allah. Lam Jalalah sebuah perisai ghaib yang tidak akan sama sekali ditembusi. 


Ianya juga membawa maksud hapusnya atau tiadanya keakuan diri makhluk. Melainkan berdirinya makhluk dan berlakunya sesuatu kehendak itu melalui kehendakNya. Adapun kehendak makhluk itu pilihan, tiadalah terjadinya kehendak makhluk itu tanpa kehendak izinNya. Mahu atau tidak. Sebagai makhluk, keakuan diri itu haruslah dihapuskan. Dengannya itu mudahan membawa keberkatan.


Adapun Ba itu akannya segenap isi rahsia. Yang segenap rahsianya itu terkandung diatas titiknya. 


Bikana makana wabiyaku mayakunu. Fawajudul awamilibi.


Kerana AKU ada apa sahaja yang telah ada, kerana AKU akan ada apa sahaja yang akan ada. Maka adanya apa sahaja yang ada di alam ini adalah kerana AKU.


Segenggam Pulut, Sekilas Huruf ini dipatilkan diatas segenggam Tanduk Rusa Putih Luruh. Yang dipasak akannya debuan khusus dari simpanan yakni debuan senjata Besi Pa Tempur. 


Khususi wajahan Selawat Dhomir 10,000x dan Selawat Tafrijiyyah 41x.


Asbab kalimah, asbab alamiah, asbab sandaran leluhur maka dijadikan pedoman sebaik pakaian diri. Insyaallah


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com














Monday, September 26, 2022

TARING KIJANG EMAS

 Perkongsian malam ini mungkin sedikit panjang. Suatu cebisan ilmu turunan dari ilmu leluhur terdahulu. Yang mengandungi akannya hikmah dan hikmat alamiah. Mudahan bermanfaat untuk semua.


Adapun hikayat berhikmat ini dari tanah kelahiran Tok Bah yang tercinta. Yakni setitis ilmu dari Tanah Jawi Kelantan. Terkaitlah akan ghaibnya duduk perkara. Luar dari kebiasaan namun tiadalah mustahil akannya ia.


TARING KIJANG EMAS


Taring Kijang Emas diperkaitkan dengan mitos serta tiadalah persetujuan antara pendebat akan kewujudannya. Malam ini Tok Bah kongsikan pemilikan Tok Bah beserta asalan dari kepala Kijang itu sendiri sebagai bukti bahawa mitos yang diperkata demikian itu adalah benar bentuk wujudnya.


Kijang Emas pada dasarnya tiadalah bertaring. Kerana ianya bukanlah dari jenis baka sedemikian.


Demikian itu halnya akan Kijang Emas Bertaring itu tidaklah adanya diperburukan. Melainkan ianya akan mati beragan. Yakni mati secara alami. Kekebalan dan kelimunan semasa hayatnya menjadikan Kijang Emas Bertaring tidaklah dapat dimiliki secara mutlak akan hayatnya. 


Hikayat leluhur zaman menegaskan bahawa Kijang Emas Bertaring hanya mampu dimiliki hayatnya akan raja yang berdaulat. Yang terhikmat akan batang tubuhnya. Bukan bersandar gelar semata. Adapun yang mati beragan itu pada ghalibnya terdinding zahir kelakunya hinggalah dimamah zaman. 


Adapun ghaibnya itu keadaan maka segelintir pula diizinkanlah zahirnya bagi mereka yang diberi izin olehNya untuk menemui dan mendapatkannya. Kelangkaan atas 'izin' terhadap yang diizinkan pula rezeki kefahaman.


Antara hikmat yang dipertuturkan akan Taring Kijang Emas ini antaranya sebagai suatu asbab penggerun, pengasih, pasak juang, wibawa diri dan pelimunan.


Pedoman juga dikaitkan akannya bagi Cik Siti Wan Kembang sebagai pengukuh kedudukan dan takhta. Antara lain diperkirakan bahawa Cik Siti Wan Kembang merupakan sosok tubuh raja berdaulat yang disegani. Maka akannya itu diizinkan pemilikan hayat Kijang Emas Bertaring diatas ribaannya. 


_________________________________


Taring Kijang Emas Tunggal hanya ada satu dalam pemilikan Tok Bah. Yakni pada gambaran tengah itulah wujudnya. Taring Kijang Emas Tunggal amat berat untuk Tok Bah lepaskan. Kerana itulah Taring Kijang Emas pertama yang Tok Bah miliki sejak awalan Bahlol Dana lagi. Darinya itu menjadi pendenak kedatangan taring-taring yang lain. Seolah menjadi penyeru. Bahkan seolah menjadi siulan tarikan. Kerana Tok Bah hanya menemui Taring Kijang Emas lainnya ketika masuk ke hutan bilamana dibawa denak yang pertama. Dan tiadalah pula selalu ditemui, melainkan pada jarak-jarak tertentu. Yang kebanyakannya tiadalah diizin temu. Nadir pada yang zahir. Tertin pada yang batin.


Terdetik di hati Tok Bah untuk melepaskannya. Andai ada sahabat yang berminat. Sesuaikanlah akan maharnya. Jangan dipinta tiap satu keaslian ini pada kadar main-main. Gurauan ada batasnya. 


Yang timbulnya keinginan memperlekeh, Tok Bah persilakan kalian untuk masuk mencari di hutan. Cari sendiri cubalah berburuan. Andai ketemu untunglah badan. Andai gagal maka itulah pedoman. Tok Bah hanya sebagai pengantaraan. Menjadi asbab dilerah jalan. Untuk sahabat yang terpilih menjadikan pemilikan.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


















Sunday, September 25, 2022

KEYCHAIN GABUNG

 Tanduk Kerbau Mati Beranak (frame)

Tanduk Kerbau Dipanah Lintar (frame)

Tanduk Rusa Putih

Tanduk Lembu Mati Beranak Selasa

Tulang Harimau

Tanduk Kijang Putih


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Tuesday, September 20, 2022

TERAS GAMAL GUNUNG

 Gamal Gunung diberi nama,

Bawaan sulit orang lama,

Panduan adat amat kesima,

Kejadian indah adil saksama


Penguat semangat sebagai pedoman,

Tahan urat utamanya sandaran,

Memagar diri dari rasukan,

Bangkit alam anugerah Tuhan


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com













Sunday, September 18, 2022

TERAS LAKA

 TERAS LAKA / TERAS MENANG (HATI TERAS)


Antara pakaian utama bagi orang bergelanggang zaman dahulu. Diamalkan minum air rendaman pada kiraan tegukan ganjil. Air rendamannya disapu seluruh tubuh. Mujarab untuk kesihatan. Insyaallah 


Leluhur zaman menurunkan diantara jalan pedoman yang telah dilalui. Yakni menjadi asbab tahan kulit, tahan urat dan tahan selur (penangkis sihir). 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com