BATU LELEH AKAR
Leleh Akar sudah lama tidak ditemui. Akhir kalam tentangnya semasa zaman fb Bahlol Dana 1. Lama benar kiranya tu. Itu jam mencari alamiah. Terjumpa dua tiga ketul. Yang satu ni agak menarik. Persis sistem pernafasan macamtu. Ada trakea, bronkus dan peparu. Macamlah. Jangan nak lurus sangat.
Leleh Akar merupakan alamiah asli tanpa usikan manusia. Mengikut penceritaan generasi terdahulu yang amat dekat dengan karenah alam. Leleh Akar terjadi apakala 'Leleh' sejati yang bersifat besi melaluinya. 'Leleh' asli pernah dikongsikan lama dahulu. Yakni sesuatu yang hidup dan mengengsot. Menyerupai helaian-helaian rambut. Apakala ianya melalui batu atau besi, batu atau besi tersebut akan mencair leleh. Dek kerana itu ianya digelar batu/besi Leleh.
Hayat Tok Bah hanya pernah melihat sekali sahaja Leleh Asli. Tak payah sembang nak kutip Leleh Asli. Gunting pun boleh terputus kalau nak kerat dia. Jangan tanya lebih. Misteri alam tidaklah semua dalam pengetahuan Tok Bah. Kongsi hanya apa yang diketahui.
Bagi pedoman khasiatnya. Batu Leleh Akar dikatakan menjadi sabit atas penggerun, pembisa dan meluluh ilmu musuh. Tidaklah digalakkan akan wanita hamil untuk menanggungnya. Juga dilarang bagi suami memakainya ketikamana ingin bersama pasangan. Sabit kita ambil sebagai pedoman. Takut-takut tidak lekat zuriat. Nak pakai juga silakan. Zuriat-zuriat ni kerja Tuhan nak bagi atau tidak. Kita hanya beringat-ingat sahajalah atas pesanan leluhur terdahulu.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com