Wednesday, August 26, 2020

TONGKAT NIBONG LINTAR

 Punyalah gembira Nur Muhammad dapat tongkat baharu. Tongkat dia sebelum ni Tok Bah dah jual. Punya marah sampai merajuk hari tu. 


Nur Muhammad baru pandai melibas. Belum pandai mengipas. Nantilah besar sikit abi ajar. Insyaallah


Tongkat Nibong Lintar asa sebilah lagi hak besar dan sedap genggam. Berminat boleh terus whatsapp lah.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Sunday, August 23, 2020

KAYU KILIR MEMERANG

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KAYU KILIR BEREA
(KAYU KILIR MEMERANG)

Sekehendaknya sekian lama dibiarkan perbincangan dan pendapat. Maka ini pendapat. Dari pedoman mereka yang bijaksana.

Adalah ia haiwan, beberapa ketika akannya sebelum berbapak ia. Diambil olehnya kayu, dan diasah ia kemaluan (dikilir kilir) hingga sentuk masanya ia. Padu asahannya. Padat sekehendaknya. Melekat akan sisanya. Maka, selesai ia.

Membawa akannya resam pada manusia. Sebagai asuhan perjalanan diri. Sebagai pengasih dan penguat tenaga batin. Memperpanjangkan ia tempoh nafsu dan senggamaan. Mengeratkan ia kasih dan sayang suami isteri.

Hendaklah semoleknya ia sepasang. Agar tidaklah hanya sebelah pihak mencapai maksudnya. Adapun satu itu memadai. Bagi mereka yang tiadalah desakan.

Demikian itu tidaklah hanya pada nafsu semata ia. Kasih akannya seteru yang melihat. Mendekat akannya mereka yang dihajat. Mudah ia bicara. Capai segala maksud. Sekehendak ia pada yang mengerti.

Adalah segala sesuatu itu dikembalikan padaNya. Iktibar dan pedoman dijadikan rujukan. Inilah pengertian sebaik fahaman.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Thursday, August 13, 2020

AKIK

 Tak habis lagi cerita pasal penguatkuasa dan abang janggut. Makin merebak dan merapu pula. Penguatkuasa tetiba jadi rajin. Segelintir netizen pula mula rasa jelik dengan abang janggut.


Dari kalian duk mengomen tak tentu hala. Baik kalian beli tasbih Tok Bah. Buat zikir. Ada juga faedahnya. 


Tapi ni gambar batu. Gambar batu biasa. Akik biasa. Nak akik yang dikategorikan bermanfaat pun ada. Macam biasa. Terus whatsapp. Tak payah minta PM lah. Tok Bah malas layan. Dari layan komen PM. Baik Tok Bah main spin sambil berzikir. Allah..Allah. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Tuesday, August 11, 2020

FOSIL BULUH TUMPAT

 Fosil Buluh Tumpat. Mana berkenan boleh terus whatsapp. Tak larat nak menaip pagi-pagi. Mengantuk sahaja rasanya hari ini. .


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Monday, August 10, 2020

MARJAN MERAH AIR BERKACA

 Sepertimana setiap yang didarat ada kembarnya dilaut. Setiap apa yang ada di syurga ada kembarnya didunia. Namun, nisbahnya adalah berbeza. Kecantikan di syurga itu tidaklah dapat ditafsirkan dengan kata dan mata.


 "Aku menyediakan syurga kepada hambaKu yang soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak pernah terpandang oleh pandangan mata dan telinga ini tidak pernah mendengar betapa indahnya syurga itu. Hati kita tidak pernah terdetik seindah ini syurga Allah." - (Qudsi)


"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan" - (Ar Rahman : 58)


Marjan Merah air berkaca edisi terhad. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Sunday, August 9, 2020

FOSIL TANDUK KAMBING GURUN

 Penawar seliuhan, penawar gangguan, penguat urat saraf dan penguat nafsu.


Hak akhir tu biasa jadi keutamaan. Sebenarnya ianya lebih kepada pengikat nafsu. Terutama suami isteri tinggal berjauhan. Mengikut pedoman dari salah seorang perawat yang Tok Bah kenali. Ianya sebagai mengikat nafsu pasangan dari berlaku curang. 


Mengikut kaedah yang Tok Bah diberitahu. Ada beberapa kaedah untuk menjadi asbab mujarab. Antaranya direndam selama ganjil malam. Kemudiannya rendaman tersebut dijadikan ibu mandian. Sebanyak tiga atau lima kali ulangan.


Adapun kaedah paling mudah dah tidak menyukarkan. FOSIL TANDUK KAMBING GURUN ini dipakai oleh kedua pasangan. Suami dan isteri. Samada dikalungkan atau dibuat cincin. Kaedah ini lebih Tok Bah sukai. Mudah dan tidak merumitkan.


Hak tengah tu bahagian paling tumpat tanduk. Sebiji sahaja ada yang tu. 


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







MAKLUMAN

 MAKLUMAN


Item sahabat pemahar berkemungkinan akan diposkan esok. Hari ini Tok Bah sedikit sibuk. Mohon maaf kerana kebelakangan ini sedikit ada halangan untuk meneruskan kerja-kerja. Mudahan sahabat semua memahami.


Tasbih Batu Leleh sebelah kiri tu agak berat. Seperti besi beratnya. Item limited. Terhad untuk beberapa utas sahaja. Dalam gambar adalah utas pertama keinginan sahabat.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Friday, August 7, 2020

FERUS MERAH

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


FERUS MERAH


Akhir item ini diupdated adalah pada tahun 17/12/2015. Pertama dan akhir. Ada rezeki sebentuk buat dimaharkan. Setelah lima tahun penantian kemunculan semula.


Bab Ferus ni Tok Bah malas nak ulas panjang. Banyak dari pedomannya dari sumber-sumber Syiah. Jadi jika hendak memakai. Cukup sekadar pakai sebagai item rare yang sukar ditemui. Tak usah lebih.


Ferus berdaging seumpama besi yang melebihi daging batu asalan amatlah sukar untuk ditemui. Namun tidak mustahil untuk ditemui. Satu-satunya dalam simpanan Tok Bah tika ini. 


Bab pedoman Ferus. Itu terpulang pada masing-masing. Bagi Tok Bah, cukup sekadar pemanis jari yang jarang ditemui.


Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Wednesday, August 5, 2020

SET KASTURI

Pati empat serangkai.

Kasturi Hitam
Kasturi Kijang
Kasturi Habib
Kasturi Putih

Kasturi Putih stok belum sampai. Itu Tok Bah punya. Dah tinggal sedikit. Wangian Kasturi ni umum sedia maklum tentang bau nya yang halus dan manis. Semerbaknya perlahan dan mengasyikkan.

Kasturi Hitam Tok Bah ni tidaklah menyekit baunya. Kalau biasa guna. Kebiasaan Kasturi Hitam ni hampir hilang bau Kasturinya. Menyekit lebih. Tok Bah punya ni tidak hilang bau asalannya.

Bab khasiatnya pun umum dah ketahui. Dalam Hadis menyatakan sebaik-baik wangian adalah Kasturi. Asbab dari Hadis ini mungkin. Maka Kasturi dijadikan sebagai medium perawatan. Terutama dalam pemulihan semangat. 

Demikian telah banyak dinukil bijak pandai akan kelebihan lainnya. Terlalu banyak rujukan berkenaan perihal Kasturi. Bahkan terlalu banyak pula jenisnya.

Tok Bah ni setia dan cinta pada dua wangian sahaja dalam hidup Tok Bah. Wangian Gaharu dan Wangian Kasturi Putih. Lain pun cinta. Tapi tak setialah. Sekadar buat hidu-hidu. Jadi jangan tanya wangian mana lebih wangi. Lain orang lain citarasa. Senang cerita kau angkut semua keempat-empat. Kira set. 

RM50 satu set Kasturi. Postage RM10. Setel masalah. Tak payah komen PM. Kau whatsapp minta nombor akaun dan terus bank in. Kemudian Tok Bah pos. Tak payah tanya kalau isi khadam berapa kena tambah. Khurrrrrrrrrrafat semua tu..

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Tuesday, August 4, 2020

TASBIH TERAS

Siap tempahan sahabat..

Teras Gemunggal
Tasbih Amber
Tasbih Batu Petir
Tasbih Gemunggal
Gelang Teras Gemunggal

Whatsapp : 0189010623




Monday, August 3, 2020

CAPAL TERAS

Sentiasa ada bersama. Tak duk sembah dia. Kita ambil berkat dia. Arab kata bertabarruk. Kita gabung berkat ni. Berkat teras kayu. Berkat ukiran capal. Belakang ukiran capal, kita tanam besi-besi pilihan.

Pedoman ulama' dan pedoman leluhur kita satukan. Bawa sebagai bawaan. Tidaklah melangkaui batasan bagi yang berfikir.

Tok Bah jadikan kalung kerana adanya kunci sesentuh. Senang nak bawa. Gantung sahaja di leher. Bukan sengaja nak pakai kalung. Kot ada yang menghukum sebelum berfikir. Baik kita terangkan awal-awal.