Sunday, July 26, 2020

BATU MATA AIR

Batu Mata Air. Ada yang cakap hasil dari penarikan. Ya benar. Tok Bah akui. Jika tidak dibuat penarikan. Masakan akan dapat hasilnya. Kenalah tarik dari celahan batu tanah di punca mata air.

Batu Mata Air disandarkan pedomannya sebagai penawar, penyejuk dan pemanis. Sesetengah orang pula meletakkan Batu Mata Air didalam ibu minyak urut. Mengambil berkat alamiah sebagai penawar urutan.

Batu Mata Air ghalibnya seperti Kecubung tanpa warna. Namun, dalam keadaan bentuk yang kecil seperti anak batu. Tidak seperti Kecubung yang mana roughnya besar-besar. Bahkan ada yang sebesar peha orang dewasa.

Tiga varian gambar Tok Bah tangkap. Matahari, biasa dan flash. Agar semua jelas akan urat batunya.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Saturday, July 25, 2020

TASBIH & GELANG TANDUK KERBAU MATI BERANAK

Semua dah milik orang. Sekadar kongsi sahaja. Tasbih dan Gelang Tanduk Kerbau Mati Beranak.

Dalam duk sayang dulu kata tak mahu usik. Akhirnya diusik juga. Bukan sudah tidak sayang. Tapi kerana memenuhi tuntutan hidup. Mudahan ada rezeki lagilah atas Tanduk Kerbau Mati Beranak. Buat ganti pengibu yang asal. Insyaallah

Untuk seterusnya, hanya biji bahagian imam sahaja diperbuat dari Tanduk Kerbau Mati Beranak. Lainnya dari tanduk biasa.






Friday, July 17, 2020

GELANG TERAS GAHARU

Sepetang bersama gelang teras gaharu dan wangian gaharu.

Wangian Gaharu RM35 satu botol. Pos RM10. Beli tiga botol. RM100 free postage.

whatsapp : 0189010623



GELANG TERAS CELAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GELANG TERAS CELAGI (ASAM JAWA)

Teras Celagi merupakan suatu teras alami yang diketahui umum sebagai suatu asbab besar dalam pemagar diri, keluarga dan tempat tinggal. Banyak dilihat para muallij menjadikan Teras Celagi sebagai suatu medium perantaraan dalam perubatan.

Teras Celagi terbahagi kepada dua. Teras Celagi Masam dan Teras Celagi Manis. Yang sukar diperolehi adalah dari celagi yang masam. Adapun khasiatnya itu tidaklah dinisbahkan manis atau masam. Hanyasahaya yang masam itu digelar sebagai item 'pisik'. Adapun milikan Tok Bah ini dari Celagi yang masam.

Sahabat-sahabat yang berminat dijemput untuk meminang. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623





Tuesday, July 7, 2020

TASBIH TANDUK

Barangsiapa telah menggapai ketinggian darjat syurga. Dan tiadalah jalan akannya menuju ke neraka. Maka gunalah ia akan tiap insan itu seutas tasbih. Jalan menuju ke neraka akan jelas kelihatan. Allah..Allah..

Sebermula hikayat bertasbih itu memuji-muji kebesaran Ilahi. Samada diam atau berpalu gendang. Apa jualah yang menuntut hati kepadaNya. Dengan tiadalah melangkaui perbatasan songsang. Ada pahala atas tiap niatnya. Serta berpahala pula akan tiap kelakunya.

Sementelah pula suatu golongan. Berpanas hendaknya sentiasa jiwa raganya melihat manusia berzikir. Hasilan dari ikutan sunnah. Maka sunnah apa yang mereka ikuti? Sunnah Rasul ataukala sunnah khayalan?

*Sengaja Tok Bah belitkan ayat. Agar otak yang kurang aktif menjadi aktif. Tapi kalau dah kurang aktif campur malas nak berfikir. Tara tu jelah juga kedudukan sampai kiamat. Tu je la taraf dia. Tak boleh buat apa dah.

Gambar : Limited Edition

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, July 6, 2020

TANDUK RUSA LURUH

Asah dan adun bersama minyak masak pun sudah mencukupi. Buat urut badan. Pekena semalam. Nyenyak tidur. Hilang lenguh urat naik turun bukit. Alhamdulillah

Untuk buasir pula perlu diasah dan diminum. Adapun asahan lainnya disapu pada uluran buasir sedikit.

Begitu jualah perihal penawar sihir dan pembalik tuju-tuju. Tanduk Rusa luruh dinisbahkan lebih mujarab berbanding Tanduk Kerbau atau Tanduk Lembu.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Thursday, July 2, 2020

TASBIH BUJANG GALAK PINANG PUTERI

BUJANG GALAK PINANG PUTERI (TERHAD)

Antara pembisa berbintik yang digeruni. Namun, terlebihnya akan ia pada perhiasan pengasihan dan pelaris. Bahkan turunan mengatakan Bujang Galak Pinang Puteri merupakan peluntur berbisa ilmu kebal.

Bujang yang sedang Galak hendak meMinang Puteri. Dalam kasihnya ada pembisanya. Amat berbahaya jika diganggu gugat tika hati yang sedang berkasih diusik keinginannya. Itu analogi mudah untuk memahami alamiah nan satu ini.

Tasbih itu terasnya. Agak tua berbanding permatanya. Bintik kurang kelihatan. Stok tinggal ini sahaja. Tiada lebih. Ada rezeki lain kali. Akan dikongsikan lagi. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com