Sunday, April 28, 2019

TANDUK KERBAU LURUH MENGAWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

TANDUK KERBAU LURUH MENGAWAN

Leluhur zaman menurunkan ini sebagai suatu ikhtiar pemakaian diri sejak berkurun lamanya. Memanfaatkan ilmiah alamiah, agar tidaklah ia sia-sia. Dikeranakan itulah, pedoman lama menjadi petua pegangan sehingga kini.

Maka ini perihal Tanduk Kerbau Luruh Mengawan. Luruhnya ia tanduk tatkala sedang ia kerbau mengawan. Pedoman besar disini dinyatakan bahawa mujarab ia akan sebesar pengasih dan pengikat suami isteri. Memperkuat ia nafsu bersama. Sebagai sebaik pelaris dan pemanis wajah. Meningkatkan daya penarikan seri dalaman.

Didalam ilmu 'bangkitan' Melayu, dinyatakan secara khusus sifat kelimunan bagi Tanduk Kerbau Luruh Mengawan ini. Dan tiadalah ditanggung orang yang kerasukan, melainkan lepas mudahlah ia gangguan. Dipermudah segala urusan. Hingga mudahlah keluarnya penanggung dari kesulitan.

Demikian pedoman lama menurunkan, maka atas segala perihal ini. Hendaklah dikembalikan semula padaNya. Pedoman leluhur zaman diambil sebagai rujukan dan pengajaran. Diatas pengisahan mereka yang telah melaluinya.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Friday, April 19, 2019

SEKADAR RENUNGAN

Walaupun jalan perjuangan kita berbeza. Namun, matlamat kita tetap sama. Puncak dari segala hal-hal kehidupan adalah kembali ke alam yang kekal abadi.

Senantiasa suka untuk mengulangi pegangan diri. Di akhir hayat, kita hanya miliki apa yang telah kita berikan. Bukan apa yang kita kumpulkan. Kerana apa yang kita kumpul akan ditinggalkan. Sementara apa yang kita beri akan dikumpulkan.

Sifir dunia ini hanyalah susunan bait-bait ayat indah untuk ditinggalkan. Terukir untuk kebaikan generasi selepasnya atau hanya sekadar ukiran yang menyakitkan mata memandang.




MARJAN ASLI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MARJAN

“Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.” - (Ar Rahman : 58)

Adalah Marjan itu disebut secara khusus dan jelas akannya melalui firman yang mulia. Adapun bezanya padanya nisbah keberadaan Marjan di dunia dan Marjan di syurga. Sungguh tiada akannya pertikaian keindahan di syurga.

Apakala telah jelas dan nyata akan keberadaan Marjan ini di syurga. Maka adanya ia Marjan di dunia ini sebagai wakilan gambaran keindahan sekehendaknya ia. Baiklah dari segi keseniannya. Mahupun akan atas khasiatnya.

Leluhur zaman menurunkan pedoman demi pedoman sebagai rujukan buat kita semua. Yakni akan khasiat seadanya melalui kecapan perjalan mereka.

Antaranya dinisbahkan ia sebagai pemanis diri. Serta ia sebagai pengasihan dan pelaris. Serta adanya sebagai pemanis wajah bagi sang Hawa. Penarik wajah bagi sang Adam.

Seutamanya ghalib pada asalan dari lautnya. Dikehendak pula padanya orang yang beramal. Agar mudahnya ia segala amal. Dipermudah pada kadar tetapan izinNya. Yakni diringankan masin amal ia.

Dan pada zahirnya kejadian. Tetaplah akan baunya dari lautan. Apakala telah ditetapkan ia pada asalannya. Demikian ini dari turunan pedoman.

Adapun dinisbahkan akan kecantikan bidadari itu padanya Delima dan Marjan. Sebagai bukti kasih dan sayang Tuhan. Maka ia menjadikan serpihan. Marjan dunia sebagai ukuran. Buat manusia yang mampu memikirkan. Khasiat serta alunan kelebihan. Demikian tanda rahsia diberikan.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Thursday, April 18, 2019

PERMATA TERAS LARAK & BAHA HITAM

TEMPAHAN SAHABAT

Gabungan Teras Larak dan Baha Hitam. Antara pengasih dan pelimun. Antara pembias dan penggerun. Antara pelaris dan penawar. Antara ketahanan dan garis kekuatan dalaman.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Wednesday, April 17, 2019

PACAK URUT TERAS CELAGI

Alat buang angin yakni untuk dibuat mengurut. Disamping sebagai salah satu kaedah diantara sekian kaedah pemakaian diri leluhur tua.

Sifir segenggam digunapakai sebagai kaedah bawaan. Dikata-kata kias dahulukala

Segenggam pulut mengenyangkan perut,
Segenggam beras alas semulut,
Segenggam pasir dibawa berdengkur,
Selisih ilmu musuh nan kabur

Gambar : Pacak Urut Teras Celagi / Teras Asam Jawa

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







TASBIH KOKA

Pagi-pagi jari menari. Jari menari membilang tasbih. Inilah kelaziman setiap hari. Tempahan sahabat diusap bersih.

Satu biji satu zikir. Tidak terhakis iman dikikir. Membilang tasbih kasihkan Nabi. Bukan seperti terpesongnya Wahabi.

Gambar : Tasbih Koka

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com



Sunday, April 14, 2019

TASBIH BAHA

Biji dan kaedah susunan asal. Tali sahaja baru. Tasbih tua. Tasbih Baha Putih, Imam Baha Hitam dan penanda Baha Emas yang padu. Tidak pernah ada dalam pemilikan sebelum ini.

Susunan asal mengikut pedoman. Alamat zikir itu seumpama orang yang sedang mengaji. Bermula dengan kecil (tidak tahu). Merangkak ke besar (tahu dan angkuh). Pelimau segala ibu ilmu kembali pada asal kecilnya ia (merendah diri hilang keakuan). Demikian kias atas susunan tasbih ini. Demikian pula kias atas ilmu dengan tasbih sebagai asbab penyampaian secara sulit.

Disini resah rezeki faham. Yang tidak semua orang miliki. Dan disini bukti kebijaksanaan ilmuan silam dari bangsa ini. Yang kian lapuk dimakan zaman. Kerana keangkuhan anak bangsa sendiri.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Monday, April 8, 2019

KURSANI KUNING

Dimana kedudukan kita dalam jajaran ilmu leluhur keMelayuan? Acapkali diutarakan soalan sebegini. Dan seringkali pula soalan yang sama dilontarkan kembali.

Bagi peribadi Tok Bah. Jajaran ilmu leluhur tua bangsa Melayu ini begitu banyak cabang kiasnya. Yang terpaut mahupun tidak terpaut pada logik akal. Pun demikian, hendaklah diambil pada kadar kemampuan. Khuatir jika taksub itu berlebihan akan membawa pada tergelincir dari pegangan asalan.

Lebih lagi dalam ketaksuban, tiada pula tempat bergantung rujuk. Adapun tempat yang bergantung rujuk pula banyaknya berpijak jua pada angan khayalan. Habis tok guru dan anak murid sama naik peningnya.

Kerana itu Tok Bah sentiasa mengambil pendekatan bersederhana. Umum yang mampu ditafsir awam. Tidak berlebihan. Tidak membawa para sahabat agar terlalu taksub pada ‘pakaian tampal’. Kerana hakikat diri kita adalah seagung ciptaan. Yang sempurna kejadian. Adapun para ‘tampalan’ hanyalah sekadar pengukuh jalan. Dalam menempuhi aturan. Wallahualam

Gambar : Batu Kursani Kuning

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, April 6, 2019

SATU PERKONGSIAN

Kesibukan kini berbeza dengan kesibukan pada masa-masa lalu. Sibuknya menguruskan ternakan. Sibuknya menguruskan tanaman. Sibuknya menguruskan amanah yang diberikan. Sibuknya menguruskan perihal orang-orang yang memerlukan bantuan. Sibuknya segala hal-hal berkaitan tempahan para sahabat utamanya.

Tok Bah kini lebih banyak menolak pertemuan untuk bersantai mengeteh mengopi. Kerana sedikit masa yang tersisa itulah waktu istirehat Tok Bah bersama keluarga. Makanya maafkan Tok Bah andai jemputan sahabat-sahabat yang ingin bersilaturrahim terpaksa Tok Bah ketepikan. Tidak pernah terdetik jemu dalam melayan karenah sahabat. Hanyasahaya Tok Bah terlalu penat.

Sentiasalah pula akannya senyum itu tidaklah luput padanya wajah. Kerana itu ghalib perkara yang dilaku. Adakala sahaja Tok Bah tidak tersengaja melayan serius akan para sahabat. Kerana Tok Bah bukan malaikat yang tidak diberikan sifat kesalahan.

Apakala terkadang merasa akan serba salahnya pada tingkah diri. Moga ia tidaklah terukir pada dada-dada sahabat yang dikasihi. Moga dimurahkan rezeki para sahabat. Dilapang akan dada. Diringan akan musibah. Dan segala kebaikan sekehendak Dia. Amin

Gambar : Batu Mata Air

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com




Thursday, April 4, 2019

KAYU LUZ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KAYU LUZ

"Tongkat adalah tanda orang beriman dan sunnah para Nabi. Dan sesiapa yang keluar berlayar jauh (musafir) dengan membawa bersamanya tongkat dari kayu Luz, dia diselamatkan Allah daripada segala binatang buas yang memudaratkan dan pencuri yang derhaka (berdosa)." - (Riwayat Ibnu Abbas)

Adapun perihalnya kayu Luz ini, banyak rata ratanya dikaitkan dan disamakan akannya ia kayu Tas/Limpanas/Hujan Panas. Dek kerana seakan sama sifat uratnya. Namun, berbeza ia sifat. Baik beratnya. Baik kulitnya. Bahkan tiadalah pohon Luz itu tumbuh, melainkan tumbuhnya hanya di kawasan padang pasir. Utamanya di Timur Tengah.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Wednesday, April 3, 2019

TERAS DELIMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS DELIMA

Diantara khasiat yang seringkali diperkatakan mengenai Teras Delima. Diantaranya, mujarablah ia sebagai penawar lenguh badan dan sakit urat. Serta akannya penawar bagi batuk berdarah. Serta akannya sebagai penawar resdung. Juga sebagai selusuh bersalin. Dengan diminum ia air rendaman teras.

Demikianlah pula padanya pedoman. Diasbabkan padanya sebagai pengasih. Serta ia sebagai pemanis diri. Menaikkan seri wajah. Dan padanya sebagai penyejuk dalaman.

Demikianlah diantara halnya khasiat. Segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan pada izinNya. Sebagai hamba, hendaklah seiringan usaha dan ikhtiar. Insyaallah

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com