Tuesday, December 31, 2019

TASBIH BAHA HITAM

Terakhir untuk 2019.

TASBIH BAHA HITAM

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, December 28, 2019

TASBIH TERAS GEMUNGGAL

Sebelum mana-mana pihak nak test kebal pakai asid untuk menilai keasliannya. Izinkan Tok Bah ketip tetek kalian dengan pengetip kuku. Kalau tak putus. Baru kita sembang bab kebal.

Itu nak kebal ini nak kebal. Asli wajib kebal. Padahal dia tu yang asli bebal. Tapi tak mengaku.

ASLI ni bila kau mengenal barang. Tahu teras itu. Tahu teras ini. Kenal urat. Kenal pokok. Bukan asal kebal baru asli. 

Tak menahan tu konon siap petik nama kitab. Bila disuruh bawa kitab tu. Tunjuk kat kita yang jahil ni. Terus dia konar kena rujuk tok-tok guru. Tok guru dia je dia izin. Tok guru orang lain dia tak izin. Tak semakrifat tok guru dia mungkin. Babi.

TASBIH TERAS GEMUNGGAL KAMPUNG

Rujuk post-post lama untuk pedomannya. Nak mudah terus masuk cari di blog.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






TASBIH TERAS KELUAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS KELUAT NASI

Teras Keluat Nasi juga digelar keluat hitam. Tidaklah membezakan keduanya.

Diantara khasiat besar bagi keluat ini. Yakni sebagai ia selusuh bagi wanita bersalin. Pembangkit seri dalaman dan seri luaran. Menyembuhkan masalah sakit perut atau senggugut. Serta ikhtiar bagi menyembuhkan buasir. Adapun ini kaedahnya direndam dan diminum airnya.

Dalam kaedah pemakaian diri, leluhur terdahulu menurunkan akan alaminya beberapa perihal. Iaitu asbab padanya sebagai pemudah rezeki. Tahan urat dan penguat semangat. Pemudah perjalanan. Yakni apabila hendak bermusafir, maka dibawa bersama sepanjang perjalanan. Demikian ia pada penanggung, tidaklah kesulitan itu menghadang. Melainkan dipermudahkan.

Demikian pedoman orang-orang terdahulu. Wallahualam

Untuk tempahan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com













Friday, December 20, 2019

DELIMA MERAH (HEATED)

Delima Merah. Heated & glassfill. Ikatan handmade. Harga untuk handmade kalian faham sendirilah. Bagi casting kang nanti komplen. Nak handmade. Ni handmade dah keluar ni. Apa lagi? Belilah.

Barang lama. Belum cuci. Nak baru cuci. Tok Bah tengah belajar berjimat elektrik. Maklumlah tarif dengarnya nak naik. Elaun jadi barua DAP tak masuk-masuk. Lagi buka kerja kosong untuk RBA ka? Bangang dia tu terlalu abadi untuk dihadam.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





PERKONGSIAN

UJIAN atau BALA?

Ianya bergantung pada pandangan diri kita padaNya.

Jika kita menganggap sesuatu kejadian itu sebagai UJIAN. Maka ianya merupakan kaedah penyucian diri terhadap dosa-dosa kita. Apakala itu, kebergantungan hakiki padaNya wajib diperkuatkan.

Jika kita menganggap ianya suatu BALA. Demikian itu hasilnya dari perbuatan diri kita sendiri. Halnya wajiblah akan kita untuk kembali merunduk terhadap kekuatan Sang Pencipta.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan di setiap langkahan. Terutama buat saudara-saudara kita yang terlibat dengan ujian alam dan persengketaan hati yang melawan ketuhanan. Amin

Gambar : Tasbih 100 teras




Monday, December 16, 2019

TERAS KAYU MALAM

Tempahan sahabat dari Muar, Johor. Lama menunggu. Stok tidak cukup. Maka keluarlah sekadar ala kadar.

TERAS KAYU MALAM. Tasbih ini adalah stok terakhir dari teras ini. Untuk sementaralah. Hingga musim tengkujuh habis. Insyaallah

Teras Kayu Malam merupakan diantara teras-teras pilihan dalam pembuatan sapir dan hulu keris. Jarang sekali dibuat orang sebagai tasbih dan permata. Lantaran pedoman menyatakan khusus akan hikayat perangnya mengenai teras ini.


Menghormati permintaan sahabat pemahar. Tok Bah terbitkan jua. Sebagai sukuan akhir dalam simpanan.





AKIK YAMAN

Sementara menunggu Isyak.

YAMAN ASLI bermotif. Change colour. Ikatan chrodium saiz 18. Nak tukar ke ikatan perak pun boleh. Perubahan warna adalah melalui resapan. Kurang menonjol dalam tangkapan layar gambar. 

Umum mengetahui AKIK YAMAN merupakan jenis akik yang dianggap ‘berkat’, lantaran Yaman merupakan diantara salah satu tanah yang diberkati.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Monday, December 2, 2019

TANDUK KERBAU

Edisi terhad. Antara item yang makin kurang dalam simpanan. Dulu masa banyak barang. Siap tasbih kita buatkan. Dah makin kurang, nak buat permata pun fikir dua kali. Pengajaran disini. Beringat-ingat bila nak buat barang.

TANDUK KERBAU MATI BERANAK & TANDUK KERBAU DIPANAH LINTAR

Boleh rujuk perkongsian lalu untuk rujukan pedoman leluhur. Sandaran pedoman sebagai pegangan. Bukan untuk ketaksuban. Beringat-ingat dalam pemakaian diri. Khuatir Tuhan nan satu menjadi dua.

Sahabat yang berminat boleh terus whatsapp Tok Bah. Tak payah komen PM. Nanti kalau Tok Bah PM, salam pun kau tak reti nak jawab. Kata Yahudi kang nanti kau nerakakan Tok Bah.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com



Wednesday, November 27, 2019

KULIT BEDUK

Jika bukan kerana asbab ada permintaan dari salah seorang sahabat pemahar. Tok Bah tidak keluarkan mungkin milikan ini. 

Kulit Beduk Pecah bahagian tengah. Yakni bahagian yang dipalu. Nipis akannya ia tiadalah seperti biasanya dimaharkan sebelumnya.

Tok Bah jadikan ia sebagai lima bahagian sahaja. Bakinya buat simpanan peribadi. Memandangkan umur berjalan makin meningkat. Khawatir nanti makin tidak larat melangkah. Maka tiadalah ditemui lagi setelah ini.

Adapun pedoman akannya Kulit Beduk ini boleh kiranya dirujuk pada post yang lalu. Pedoman sebagai sandaran. Bukan sebagai ketaksuban. Ini pesan dari leluhur zaman.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Tuesday, November 12, 2019

FOSIL TERAS UBI KAYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

FOSIL TERAS UBI KAYU

Teras Ubi Kayu banyak manafaatnya. Baik untuk kesihatan. Mahupun lainnya. Umum mengetahui perihal fizikal batang ubi kayu. Yang tidaklah berteras. Malahan berlubanglah sifatnya. Apakala sesuatu perkara itu menyongsang adat. Disinilah duduk perkara yang perlu direnungkan.

Batang ubi kayu biasa sahaja telah banyak guna kerjanya. Petua mengatakan, dibacakan surah Al Fatihah 41 kali. Beserta selawat 41 kali. Sambil dilurut pada batang ubi kayu. Setelahnya disentak pada orang gila atau kerasukan. Sembuh sekehendak jadiNya. Insyaallah

Adapun khasiatnya teras ini. Asbab padanya sebagai pembisa. Serta padanya pengasih dan kerezekian. Serta akannya ia sebagai penawar lenguh urat. Dan menjauhlah akannya musibah. Atau berkurangnya musibah dari menimpa si penanggung.

Adalah segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Petua dan pedoman diguna sebagai rujukan ilmu. Raikanlah ilmu sebaiknya.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Monday, November 11, 2019

TONGKAT TAS

Sunnah bertongkat itu tidak kira apa kayu sekalipun. Walaupun kedapatan didalam hadis akan wujudnya ‘Luz’. Apakala sukarnya ia untuk diperolehi. Maka demikian gugurlah akan sunnah keserupaan itu dengan apapun.

Maka ini kelebihan ummat Melayu. Akan turunan demi turunan perihalnya alamiah. Antara salah satunya ia akan perihal Teras Tas. Keselainan akan sandaran sunnah. Termaktub pula akan khasiat demi khasiat tinggalan leluhur zaman.

Teras Tas dipedomankan akan utamanya ia sekehendak jadi sebagai penunduk binatang melata dan berbisa. Pembabas akan perseteruan binatang buas. Pematah akan tujuan sihir. Serta ia penawar bagi setengah kalam penyakit.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com