Tuesday, November 28, 2017

TERAS LAKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS LAKA
(TEMAN SETIA DIPERJALANAN)

Teras Laka atau Teras Menang merupakan salah satu teras yang tiadalah ditinggalkan oleh Tok Bah. Menjadi ia pakaian diri. Yang sehampir utamanya diantara sekian yang sulit.

Pedoman menurunkan bahawa ia teras membawalah resam ketahanan urat dan kulit. Yakni dengan diamalkan mandian rendaman dan diminum rendaman. Jua sebagai ia pendinding dan pemagar diri dari sekatan dan ungkitan usikan halus.

Yakni dipedomankan bahawa ia tiadalah digagas, melainkan asbab padanya pembabas marabahaya dan meringan akannya musibah.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


Thursday, November 23, 2017

SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Esok pagi akan dimulakan perjalanan Tok Bah. Mudahan mendapat berkah dan rahmat dariNya.

Hari ini Tok Bah sempat melihat senyuman salah seorang sahabat Tok Bah. Terlalu gembira raut wajahnya. Berjaya setelah beberapa kali mencuba.

Serta suara keriangan dari salah seorang sahabat lainnya. Melalui panggilan telefon. Kerana anak kembarnya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

Serta satu panggilan dari sahabat dari Muar, yang nampaknya tidak sabar menanti ketibaan Tok Bah. Semoga masa dan ketika mengizinkan pertemuan kita setelah sekian tahun terpisah. Tok Bah akui, serasa rindu membuak-buak terutama pada sahabat dalam garisan perjuangan lampau.

Tok Bah juga mendoakan agar sahabat-sahabat alam maya ini. Baik yang pernah berurusan, mahupun belum pernah. Agar sentiasa dalam keadaan baik dan sejahtera. Jangan sesekali berputus asa apabila ditimpa sesuatu ujian. Dan zahirkanlah kemaafan bagi para musuh. Kerana memberi maaf itu adalah kekuatan sebenar orang yang beriman. Wallahualam

Gambar : Tok Bah Junior a.k.a Nur Muhammad


Wednesday, November 22, 2017

SEKADAR MELEPASKAN PENAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekadar melepaskan lelah bersama kemenyan yang dibakar. Menghirup wangian alamiah ciptaan Ilahi.

Sungguh para malaikat menyukai wangian. Mudahan agar wangian ini akan tercium oleh mereka. Lalu datanglah akan keberkatan dan rahmat. Insyaallah


KEYCHAIN ULAR CINTA MANI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KEYCHAIN ULAR CINTA MANI

Ular Cinta Mani tidak asing lagi pemahamannya dalam konteks bicara umum. Yakni sekehendak ia sebagai pengasih dan pelaris.

Pedoman mengatakan bahawa ia bahkan sebagai akannya pemanis diri, pendinding dan pemagar diri. Syahadan disebut pula oleh bijakpandai di zaman dahulukala. Tiadalah jatuh akannya kefakiran pada orang yang menanggung ia Pohon Cinta Mani.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Monday, November 20, 2017

SUATU PERJALANAN

Daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

"Melihat pada 3 perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibubapa, melihat Al Quran dan melihat lautan dan di tambah dengan melihat Kaabah." - (Riwayat Abu Daud)


TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT
DELIMA PUTIH

Ikatan perak 925. Semoga sahabat tersebut berpuas hati hendaknya. Perihal delima telah banyak kali diperkongsikan sebelum ini. Baik di fb mahupun di blog. Sahabat berminat boleh rujuk pada pos lalu.

Mahar Delima Putih. RM2500 dan keatas. Untuk permata sahaja.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Friday, November 17, 2017

FOSIL TULANG MAWAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

FOSIL TULANG MAWAS

Mawas atau digelar oleh orang tua dahulu sebagai Aman. Jika kedengaran akan bunyian Mawas ketika di hutan tebal, tiadalah perlu khuatir akan binatang buas. Kerana kehadiran Mawas ini, menjauhlah akannya binatang buas. Pada setiap jalan yang dilaluinya, mereka akan melibas dengan tangan mereka untuk membuka jalan. Dan mata mereka sentiasalah tergendah keatas. Memandang padanya langit. Yakni bersifat ia sifat orang 'gedebe'.

Mengikut perihal orang terdahulu. Tulang Mawas ini mempunyai daya tersendiri dalam kaedah pemakaian diri. Membawa akannya resam penunduk dan penggerun serta pembisa. Serta akannya ia sebagai pendinding diri dan pematah ilmu musuh.

Jika diikat padanya cincin, molek kiranya tiadalah lupa ditanggalkan apabila berada disamping anak isteri utamanya. Agar tidaklah bertepuk gurau itu membawa padanya umur. Yakni bisa pembisa. Khuatir saat dan ketika meragam itu tiadalah tepat pada waktunya.

Sekian lama Tok Bah tidak memasukkan item ini secara terbuka. Makanya, Tok Bah menjemput bagi sahabat2 yang serius berminat untuk meminangnya. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Thursday, November 16, 2017

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT

Sebahagian daripada tempahan sahabat. Akan diposkan Isnin nanti. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com



Monday, November 13, 2017

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w. telah bersabda :

“Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk." - (Riwayat Ahmad)

Gambar : Kayu sugi. Minat cari sendiri. Tak payah PM Tok Bah. Kalau PM juga, Tok Bah block tanpa ragu😁



TASBIH TERAS KENAUN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH TERAS KENAUN

Mengikut perihalnya turun temurun, bahawa ia teras membawa ia khasiat pada ummat manusia. Akannya khasiat sebagai kelimunan / pelimun. Juga sebagai pembabas marabahaya. Baik senjata atau kecelakaan lainnya.

Diambil pedoman bagi yang telah melaluinya. Bahawa ia menjadi asbab terkuncinya gerak dan niat musuh. Tika masih sepenggalah jarak persemukaan. Makanya tiadalah perseteruan apabila sampai saat dan ketikanya. Melainkan dipermudahkan ia jalan penyelesaian.

Hatta diatas segala pedoman dari perjalanan orang yang telah melaluinya, hendaklah dikembalikan padaNya jua bagi tiap duduk perkara. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Friday, November 10, 2017

SALAM JUMAAT

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran: 185)

Hakikat hidup adalah menuju kematian. Hakikat mati adalah menuju keabadian. Wallahualam



DELIMA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Telah mahsyur di dalam pelbagai kitab akan perihal batu Delima. Baiklah ia banyaknya perihal Delima Merah. Hatta satu hal tertulis mengenai Delima Putih. Lebihnya itu dari perjalanan.

Adapun petikan ini dari kitab Al Jauhar Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub. Yakni tersebutlah ia akan delima.

Dan yang terlebih mahal harganya delima yang merah. Dan memadailah kelebihannya sabda Nabi SAW pada sifat syurga anak batunya lu'lu' dan yaqut (delima). Dan tempat keluarnya pada bukit yang panjang pada pulau di belakang Sarandib (Sri Langka).

Adapun akan khasiatnya, merujuk pada halnya kitab. Bahawa setengah yang nyata pada setengah yang disembunyikan. Tiadalah api memberi bekas padanya dan tiada mengubahkan akan dia. Dan barangsiapa memakai cincin dan permata Delima yang merah atau ditanggungkan atasnya, menafikan daripadanya penyakit gila babi, ta'un dan papa dan dimudahkan kehidupannya dan menguatkan hatinya dan hebat akannya pandangan manusia dan dipermudahkan segala hajatnya.

Dan padanya delima yang putih, diluaskan akannya rezeki. Yakni cabang rezeki yang tiadalah tertakluk akannya harta benda sahaja.

Demikian petikan, maka halnya ini pedoman kitab. 

Sebarang urusan dan rujukan pameran :

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Friday, November 3, 2017

TERIMA KASIH SAHABAT PEMAHAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada sahabat pemahar sekalian. Sibuk Tok Bah kebelakangan ini menguruskan tempahan-tempahan bertindih. Masih berbaki 97 tempahan permata. Sahabat-sahabat yang ingin menempah. Tok Bah harap bersabar untuk menunggu giliran. Insyaallah

FB Tok Bah tidak diciptakan yang baharu. Kerana ketiadaan masa untuk Tok Bah menguruskannya. Sebarang urusan boleh terus sahaja whatsapp Tok Bah. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012