Thursday, June 30, 2016

TEMPURUNG KELAPA BUTA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sahabat2 sekaliannya sentiasa diiringi barokah dan rahmat. Insyaallah

Tidaklah menjadi halangan buat Tok Bah ingin berkongsi serba sedikit pemilikan pakaian diri Tok Bah. Yang pada nisbah 9:10 darinya untuk tatapan dan perkongsian. Insyaallah

TEMPURUNG KELAPA BUTA

Adapun telah dipedomankan akannya bahawa tempurung kelapa buta ini amatlah tinggi nilai kelebihannya. Yang padanya diambil iktibar dari orang2 terdahulu.

Bahawa adalah menjadi keutamaan padanya yang mengerti. Akannya tiadalah dapat pencuri atau perompak dapat menembusi mana2 rumah atau kedai yang tertanggung akannya kelapa buta. Dinafikan akannya pandangan mata terhadap niat yang tiadalah elok pada hati. Serta padanya pembabas kecelakaan dan memudahkan akannya penanggung keluar dari kesulitan.

Amatlah menjadi keresahan apakala sang pencuri atau perompak memiliki tempurung kelapa buta ini. Hingga mudah baginya jalan membuat kejahatan. A'uzubillah min zalik.

Suka ingin Tok Bah ingatkan, segala kejadian itu hendaklah dikembalikan padaNya. Adapun kita sebagai hamba hendaklah seiringan segala usaha dan ikhtiar.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk menempah item ini. Yang potongan petak sahaja. Yang bulat itu merupakan hak peribadi Tok Bah. Sebagai tatapan dan tidak dimaharkan. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

Wednesday, June 29, 2016

TANDUK LEMBU MATI BERANAK (HARI SELASA)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TANDUK LEMBU MATI BERANAK
(SPECIAL EDITION)

Telah diambil pedoman dari orang tua dan orang yang bijakpandai dari Tanah Jawi ini.  Akannya ia fadhilat dan khasiat. Yakni ia Tanduk Lembu Mati Beranak.

Padanya ia asbab yang ampuh sebagai ikhtiar pendinding diri daripada segala marabahaya. Baik ia ancaman fizikal mahupun ancaman dalaman. Mengikut perihal setengah dari setengah guru tua yang arif. Tanduk Lembu Mati Beranak juga mampu dijadikan sebagai 'penyekak' senjata api. Yakni mengunci senjata dari memuntahkan peluru. Asbab padanya juga sebagai pematah sihir dan hasad dengki manusia. Serta lainnya mengikut perihal pengajian masing2.

Adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai bonus terhadap item ini. Pemilikan Tok Bah ini adalah Tanduk Lembu Mati Beranak Hari Selasa. Lebih lagi tanduk ini bersifat tumpat dan tidaklah berlohong atau berlubang.

Adalah kesenangan dihati Tok Bah untuk mengingatkan. Bahawa segala hikmah dan hikmat itu adalah dengan izin dariNya. Adapun pedoman dan pengajaran itu diambil sebagai rujukan generasi kini.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk menempah. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

JALAN KEHIDUPAN (3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sementara menunggu waktu bersahur. Tok Bah sekadar ingin berbicara. Semoga bermanfaat. Insyaallah

Manusia diibarat memikul kubur yang belum ditimbus tanah. Perihal membawa kematian hati. Demikian pertamanya  diantara tanda kematian hakiki. Merugilah akannya ia manusia, yang tidaklah hidup sebagaimana hidup seorang hamba. Merugilah ia manusia, yang hidup seperti merekalah tuan pada diri.

Kematian akal dan fikiran. Hingga hilang segala kewarasan. Kematian mata yang deminya melihat kebenaran. Kematian pendengaran yang deminya mendengar kebaikan. Kematian kecapan rasa yang deminya menilai sesuatu yang haq atau batil. Mati sebelum mati yang merugikan. Tiadalah ubah seperti hanya sekadar haiwan ternak. Bahkan lebih hina akan darjatnya.

Sedang matinya hati orang yang beriman itu adalah kefanaan pada Ilahi. Mabuk yang halal. Gila yang berpahala. Keceluparannya satu zikir. Bahkan lebih lagi. Neraka tidak ditakuti. Syurga tidak diperlui. Demikian perihal mereka yang terpilih.

Adalah kita mengikuti syariat yang ditetapkan. Usah digasak padanya berlebihan. Bawalah amal dengan kesederhanaan. Hingga datangnya sesuatu ketetapan.

Saturday, June 25, 2016

JALAN KEHIDUPAN (2)

Assalamualaikum pembuka seri,
Meniti dingin di malam hari,
Ingin berbicara terdetik di hati,
Semoga bermanfaat perkongsian ini

Ramai mengaku keramatnya diri,
Sedang para wali menyembunyikan diri,
Angkuh dan riak bersarang dihati
Tersenyum kutukan di tabir tersembunyi

Konon bertemu Sang Kekasih umat,
Mimpi dan yaqazah kata disemat,
Dijaja cerita segenap tempat,
Itulah tanda kepalsuan keramat

Taubat nasuha dicanang berapi,
Istighfar permohonan ditolak ketepi,
Asasnya huruf tidak dipelajari,
Hatinya mati meninggikan diri

Demikian juga perihal penuntut,
Pelita terang kian menyusut,
Seribu kitab alim dituntut,
Mati ia iman tercabut

Bahlol Dana
25/06/2016


Wednesday, June 22, 2016

FOSIL TULANG MAWAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

FOSIL TULANG MAWAS
(LIMITED EDITION)

Mawas atau digelar oleh orang2 tua dahulu sebagai Aman. Jika kedengaran akan bunyian Mawas ketika di hutan tebal, tiadalah perlu khuatir akan binatang buas. Kerana kehadiran Mawas ini, menjauhlah akannya binatang buas. Pada setiap jalan yang dilaluinya, mereka akan melibas dengan tangan mereka untuk membuka jalan. Dan mata mereka sentiasalah tergendah keatas. Memandang padanya langit.

Mengikut perihal orang2 terdahulu. Tulang Mawas ini mempunyai daya tersendiri dalam kaedah pemakaian diri. Membawa akannya resam penunduk dan penggerun serta pembisa. Serta akannya ia sebagai pendinding diri dan pematah ilmu musuh.

Andai diikat sebagai cincin, semoleknya ditanggalkan apabila berada dirumah. Khuatir terlepas tepukan pada anak isteri. Khuatir terlekat akannya bisa. Bisa yang ghalib padanya membawalah akan umur. A'udzubillah min zalik

Sekian lama Tok Bah tidak memasukkan item ini secara terbuka. Makanya, Tok Bah menjemput bagi sahabat2 yang serius berminat untuk meminangnya. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

Tuesday, June 21, 2016

TERAS KEMUNING HITAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS KEMUNING HITAM

Seringkali Teras Kemuning Hitam ini disamakan ia dengan Teras Penawar Hitam. Padanya adalah dua perkara berbeza.

Teras Kemuning Hitam diketahui umum akan khasiatnya yang pelbagai. Bahkan banyak kaedah gunanya bagi yang memahami.

Diantara khasiat Teras Kemuning Hitam ini adalah sebagai penawar dalam mengubati luka dalaman tubuh. Utamanya bagi mereka yang menjalani pembedahan atau kelahiran. Rendaman air teras ini amat elok diamalkan minum.

Serta ia amatlah mujarab bagi mengubati penyakit kulit. Yakni sopak atau kudis atau kurap atau lainnya. Dengan disapu ia air rendaman teras pada seluruh tubuh yang berkenaan. Dan mujarab ia pada sengatan binatang atau serangga berbisa. Dengan kaedah ditekan serta dilurut teras pada tempat yang terkena sengatan. Adalah halnya ia sebagai pendinding diri dari usikan halus. Utamanya bagi anak2 kecil yang sering menangis.

Makanya adalah segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Adapun usaha dan ikhtiar kita hendaklah sentiasa seiringan. Insyaallah

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

Monday, June 20, 2016

TERAS GEMUNGGAL MERAH & HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar memenuhi sedikit waktu.

TERAS GEMUNGGAL MERAH & TERAS GEMUNGGAL HITAM

Tempahan dari salah seorang sahabat fb. Akan diposkan esok. Insyaallah

*Sebarang tempahan boleh terus ke

Whatsapp : 0136278789

Saturday, June 18, 2016

KEYCHAIN PEMBISA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tok Bah ucapkan.

KEYCHAIN PEMBISA:-
SULUR BERTAM TIKAM BATU
IBOR DIPANAH LINTAR
NIBONG DIPANAH LINTAR

Umum telah maklum akan ketiga2 kategori pembisa ini. Yang disebut akan khasiatnya sebagai pembisa, penunduk, penggerun dan lainnya. Ketiganya Tok Bah telah kacukkan menjadi satu. Bagi mereka yang tidak gemar memakai cincin. Keychain ini adalah satu ikhtiar lain dalam kaedah pemakaian diri.

Satu keistimewaan sentuhan Tok Bah keatas gabungan ini. Ialah dengan dipasak ketiganya dengan LIDI KELAPA SULUNG (kaedah pasak sebatang). Yang mana telah sekian lama Tok Bah tidak keluarkan secara umum. Lidi Kelapa Sulung membawa akannya khasiat sebagai pelaris, pemanis, pengasih dan lainnya.

Menjadi kesukaan dan kesenangan di hati Tok Bah. Untuk mengingatkan. Bahawa setiap kejadian itu tidaklah sia2 ciptaannya. Dan setiap kelebihan dan khasiat itu adalah seizin dari kehendakNya.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

Friday, June 17, 2016

JALAN KEHIDUPAN (1)

Assalamualaikum

Bersempena sedikit waktu menunggu untuk bersahur. Tok Bah ingin sedikit berbicara. Andai baik bicara ini, sematlah dilubuk hati. Andai cacatnya bicara ini, letaklah ia ketepi.

Firman Allah swt:-

"Hari manusia menjadi seumpama kelkatu yang berkeliaran." - (Al Qariah : 4)

Satu petikan dari Al Quran yang mulia. Bahawa manusia disaat tibanya kiamat. Hilanglah arah tujuan mereka. Hilanglah segala kecerdasan akal. Hilanglah segala kesihatan tubuh badan. Bergelumanglah ia seperti kelkatu merebut cahaya.

Dalam konteks kehidupan mereka yang mencari ilmu dan amal. Akan tiba saat dan ketika mereka menemui titik titik cahaya. Titik cahaya yang dirasakan ia adalah kebenaran hakiki yang dicari. Bagi mereka yang sentiasa mencari kelebihan diri. Tanpa ada ikhlas sejati. Tika inilah ghalibnya mereka akan terjerumus ke lembah yang hina. Kerana titik cahaya itu bukanlah cahaya yang hakiki. Melainkan hanya satu kepalsuan yang menyesatkan. Merugikan dan menyakitkan.

Makanya, dalam menuntut ilmu. Jangan terlalu gelojoh untuk menjadi guru. Dalam beramal, jangan gelojoh untuk ke puncak. Tenang dan rasailah kenikmatan ilmu dan amal. Wallahualam

Gambar : Kelkatu depan rumah

Bahlol Dana
17/06/2016

Thursday, June 16, 2016

TERAS BETIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS BETIK (TERAS TUA SELAM AIR)

Umum mengetahui bahawasanya pohon betik itu tiadalah akannya ia berteras. Maka, diatas kejadian ganjil seizinNya terdapatlah juga betik yang berteras. Juga merupakan satu lagi keganjilan, apakala teras betik itu terselamlah akannya didalam air. Dan sesungguhnya ia keganjilan itu membawalah akannya manafaat pada manusia. Insyaallah

Telah dipedomankan oleh orang2 terdahulu, teras betik merupakan satu pakaian diri bagi pendekar2 dan para mu'allij sekaliannya. Dek dikeranakan dua golongan ini pada kebanyakannya banyak mempunyai ilmu2 yang memanaskan tubuh batin. Yang mendatangkan padanya resah rasa kemarahan dan hilang pertimbangan pada ketika sabitnya sesuatu perkara. Makanya teras betik ini dijadikan sebagai penawar penyejuknya.

Sesuai dengan khasiat yang diizinkan keatasnya sebagai penyejuk dan peneutral tenaga negatif. Teras betik juga dijadikan sebagai asbab musabab menghentikan sedu tangis sang bayi. Dengan direndamkan teras tersebut beberapa ketika didalam air. Dan disapukan di kepala bayi. Serta padanya khasiat ketahanan kulit. Baiklah ia dari kaedah bangkitan. Mahupun tikamana darurat.

Demikian segala halnya, maka wajiblah kita sebagai hamba mengembalikan segala sesuatu itu padaNya. Setiap usaha hendaklah sentiasa seiringan dengan ikhtiar. Insyaallah.

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan untuk item ini kepada sahabat2 sekaliannya. Insyaallah.

Whatsapp : 0136278789

TERAS PISANG GGALO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat2 yang dihormati. Semoga masih diperpanjangkan kesihatan dalam menghadapi bulan barakah ini. Insyaallah

Kesempatan ini, Tok Bah ingin berkongsi dan memaharkan sedikit pemilikan Tok Bah. Semoga memperolehi manafaat diatas perkongsian ini.

TERAS PISANG GGALA / BENGGALA / GALA / GALO

Umum mengetahui sifat pohon pisang yang mana batangnya yang gebuk lembut dan berair. Yang tidaklah tersauk di akal bahawa ianya akan berteras. Namun, inilah satu anugerah khazanah alam ciptaan Ilahi untuk umat yang mahu berfikir.

Adalah halnya khasiat Teras Pisang Ggala ini. Mujarablah ia sebagai penyejuk amalan dalaman. Serta ia sebagai ketahanan kulit. Serta padanya penawar kesutuhan. Serta ia penawar sihir. Serta pembabas dari sebarang ia marabahaya dan kecelakaan. Molek benar ia rendaman teras, atas padanya perempuan yang sukar untuk bersalin.

Dan adalah perihalnya mengikut kecapan ilmu pengajian dan perjalanan masing2. Usah disempitkan perihal ilmu alam ini. Raikanlah ia sebaiknya. Insyaallah

Segalanya dengan izin dariNya. Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat untuk memilikinya. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789

Wednesday, June 15, 2016

GELIGA EMBUN (ASLI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

GELIGA EMBUN (ASLI)

Yakni ia geliga, meresaplah ia pada bawahnya lidah. Akannya ia sebagai kerezekian dan pengasihan.

Adalah ia beberapa khasiat yang menuntut ia pemakai padanya beramal. Beramal ia padanya ilmu bawaan hulubalang dahulukala. Yang tiadalah menyongsang pegangan. Selagi mana ia berakal untuk berfikir.

Adapun kaedah dan amalan. Tiadalah Tok Bah kongsikan di ruangan terbuka ini. Melainkan diberikan kepada yang memaharkannya sahaja.

Ruang peminangan dibuka bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

*Gambar memaparkan sebelum dan selepas direndam air. Yakni putih bersih kepada warna jernih.

Whatsapp : 0136278789

TERAS KEKABU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 Tok Bah sekaliannya.

TERAS KABU (KEKABU)

Maka telah diperturunkan petua serta pengajaran dari orang2 terdahulu mengenai Teras Kekabu. Mengikut halnya pengalaman mereka yang telah melaluinya.

Mujarablah akannya ia sebagai penawar bagi sakit sendi saraf.  Membawa ia resam ketahanan kulit dan kebal darurat. Pedoman mengatakan, tidaklah lemas barangsiapa yang menuntut ia akan teras ini.

Adapun yang utama dari yang lainnya. Yakni sebagai asbab ikhtiar menimbulkan mayat yang mati lemas. Menimbulkan mayat yang hilang. (Melalui kaedah)

Dan sesungguhnya segala sesuatu itu adalah dengan izinNya. Adapun usaha dan ikhtiar itu hendaklah sentiasa seiringan. Tidaklah dijadikan sesuatu itu sia2. Melainkan ada kerja gunanya untuk umat ini.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0136278789