BUNTAT HARIMAU
Buntat Harimau ini asalnya bukan sekadar perolehan zahir, tetapi limpahan batin hasil suluk panjang seorang guru tua yang menempuh jalan salik dengan sabar dan taat. Ia bukan diberi kepada yang meminta dan bukan pula jatuh kepada yang tamak. Melainkan diperturunkan kepada yang faham akan keilmuan ini dengan rezeki kefahaman yang benar sebenarnya. Agar tiadalah terbabas akan batas syariat dan hakikatnya pula.
Dalam kias ilmu tasawuf, Buntat Harimau ini diibaratkan nafsu yang telah dijinakkan. Harimau itu lambang qudrat dan kegagahan. Manakala buntatnya adalah simpulan akhir yang mengikat segala keseteruan diri. Maka ertinya itu kekuatan bukan untuk membinasakan, tetapi untuk menundukkan diri sebelum menundukkan yang lain. Barang siapa mengenal dirinya, maka gugurlah rasa takut musuh terhadapnya, kerana yang berdiri di hadapannya bukan lagi diri yang lemah. Akan tetapi insan yang bersandar sepenuhnya kepada Yang Maha Perkasa.
Khasiatnya sebagai penggerun musuh bukan kerana ia menakutkan pada rupa, tetapi kerana wibawa batin yang terpancar dari dalaman. Auranya. Musuh gentar bukan pada benda, tetapi pada cahaya yakin yang Allah tiupkan ke dalam dada hambaNya. Melalui wasilah alamiahNya pula. Inilah rahsia haybah dalam pengertian tasawuf, di mana kehadiran sesuatu kelebihan itu menjadi sandaran akan tilikan tiap anugerahNya.
Sebagai penunduk ilmu lawan, Buntat Harimau ini bukan melawan dengan lawan, tetapi memadam dengan tauhid. Ilmu yang berdiri atas hawa akan gugur bila bertemu ilmu yang berdiri atas reda. Seperti api yang padam oleh air, demikianlah ilmu batil hilang sinarannya apabila berhadapan dengan hati yang sentiasa menyebut “La hawla wa la quwwata illa billah”.
Sebagai penjauh dan pembabas marabahaya, ia seumpama perisai yang tidak kelihatan.
Dalam adat Melayu lama ada kiasan yang berbunyi
“Bukan besi yang menahan, tetapi doa yang menghalang."
Maka buntat ini menjadi asbab zahir, sedang hakikatnya perlindungan itu datang daripada Allah jua. Ia mengajar kita agar sentiasa berjaga, beradab, dan tidak mendahului takdir dengan kesombongan.
Inilah hikmah adat Melayu yang bersulam tasauf. Tiap suatu dijadikan sabit halaan diri kepada Ilahi. Mengikat yang liar dalam diri, menundukkan yang ganas dengan kasih Ilahi.
Whatsapp : 01137440313










No comments:
Post a Comment